Selepas tamat sesi persekolahan Luna segera beredar dari kelas tersebut. Dia ingin balik kalau boleh dia tak nak duduk sini lama-lama. Dia tak nak jumpa dengan Adrian. Apa yang diceritakan oleh Cecelia memang menyeramkan.
Dalam perjalanan Luna ke pintu utama sekolah. Entah apa silap Luna,dia tersadung menyebabkan dunianya gelap gelita.
Luna terasa ada seseorang menyentuh lembut dahinya. Dia lalu membuka matanya. Alangkah terkejutnya apa bila melihat Adrian.
"Ad..." suaranya tersekat di kerongkong.
"kau jatuh tadi lepas tu pengsan" jawab Adrian sambil tangannya membalut kepala Luna.
Luna memandang Adrian dengan perasaan yang bercampur aduk. Takut seram risau semua bersatu.
"kenapa kau pandang aku macam tu?" tanya Adrian sambil mengangkat keningnya.
"tak... Erhmm tak ada apa" jawab Luna.
"kenapa? Ada something ke yang ganggu pemikiran kau?" tanya Adrian lagi. Kali ini kedengaran sinis di telinga Luna.
"aku nak balik" hanya itu yang mampu Luna luah. Dia tergesa-gesa untuk turun dari katil tersebut. Adrian hanya memandang Luna tanpa sebarang reaksi.
"kau nak pergi mana Luna?" tanya Adrian.Pertanyaan Adrian dibiarkan oleh Luna apa yang penting sekarang ialah lari. Tiba di pintu tersebut Luna memutarkan tumbol pintu namun pintu tersebut seolah-olah terkunci dari luar. Luna berusaha membukanya namun tidak berhasil.
" membazir tenaga kau je Luna. Pintu tu tak akan terbukak pun" kata Adrian dengan sinis sambil duduk menyandar pada kerusi.
Luna masih lagi setia berdiri menghadap pintu. Peluh mulai menitik didahi. Apa yang Luna rasa sekarang ialah takut yang teramat sangat.
"apa yang handsome sangat pintu tu.. Baik kau tengok aku Luna" Adrian ketawa sambil menyilangkan kakinya.
Luna seperti hendak menangis apabila terasa dirinya akan terperangkap disitu bersama dengan hantu.
"aku... Nak balik..." tergagap-gagap Luna berkata.
"alaa.. Relax lah blm mlm lagi kn" jawab Adrian. Dia tersenyum memerhati Luna yang masih lagi setia menghadap pintu.
Adrian bangkit lalu mendekati Luna. Luna terasa seperti Adrian datang dekat dengan nya. Dia memejam matanya.
"luna.. Look at me" bisik Adrian di telinga Luna.
Luna membatukan dirinya. Adrian semakin dekat dengan Luna. Dia kemudian memeluk pinggang Luna dari belakang. Terasa lemah lutut Luna apabila Adrian memeluknya.
"Luna... Look at me" bisik Adrian dengan lebih dekat menyebabkn bulu tengkuk Luna berdiri tegak. Luna tidak berganjak dari tempatnya.
"luna..." Adrian seperti tidak berpuas hati lalu memusingkan tubuh Luna menghadapnya.Luna segera memejamkan matanya. Adrian ketawa melihat reaksi Luna.
"oky fine.. Kalau kau taknak pandang aku.. Aku kiss kau" setelah mendengar ugutan Adrian mata Luna serta merta terbuka luas memandang wajah Adrian. Luna memandang tepat kearah anak mata Adrian.
"luna takut?" tanya Adrian sambil tersenyum sinis.
"aku ... Nak balik..." jawab Luna sambil menunduk kepalanya.
"kau tak boleh balik" jawab Adrian sambil mengusap rambut Luna. Luna hanya mampu menelan air liurnya yang terasa pahit.
Adrian semakin dekat dengan Luna hanya beberapa cm je nk kiss.
"adrian pls.. Lepaskan aku" Luna berkata sambil menahan dada bidang milik Adrian.
"kenapa?" Adrian mengalihkan tangan Luna.
"aku nak balik"
"kau tak boleh balik! Berapa kali aku nk ulang aku kata kau tak boleh balik.. Tak boleh lah!" kali ini Adrian meninggikan suaranya di hadapan Luna membuatkan Luna terkejut dan hampir pitam.
"Luna... Aku mintak maaf.. Aku tak sengaja" suara Adrian mulai kendur apabila tersedar keterlanjuran nya tadi. Adrian kemudian memeluk erat Luna.
Luna menangis di bahu Adrian. Dia amat terkejut dengan apa yang berlaku tadi.
"kenapa.. Buat aku macam ni.. Aku nak balik"Luna menangis. Adrian memujuk Luna sambil mengusap belakang kepala Luna. Luna masih lagi menangis dan akhir nya pengsan kerana kepalanya pening.
YOU ARE READING
TUNGGU AKU (complete ✔️✔️)
Cerita PendekAuthor xpandai buat sinopsis so hope korang enjoylah eh.. Kalau rasa macam mengarut nak mampus jangan baca.. Kalau rasa xbest jgn baca kalau rasa apa-apalah yg tidak menyeronokkan pun jagn baca... Tapi apa yg pasti cerita ni 100% idea aku jgn copy p...