2

206 19 0
                                    

Luna terbangun kerana terasa bahunya di sentuh seseorang. Dia segera memalingkan wajahnya kearah pelajar tersebut.

"kau buat apa kat sini?" tanya pelajar lelaki tersebut. Dia memerhati Luna dari atas hingga ke bawah.

"aku nak bersihkan kelas tadi tapi tertidur" jawab Luna sambil menggeliat.

"ouhh.. I see" pelajar lelaki tersebut menangkat kedua belah keningnya.

"kau pulak buat apa kat sini.. Asal tak balik lagi?" tegur Luna apabila melihat pelajar lelaki tersebut tidak berganjak dari tempat nya.

"aku belajar kat library" jawab pelajar lelaki tersebut.

"ouhh.. Oky kalau macam tu aku nak balik" Luna ingin segera beredar dari situ. Dia tidak ingin berlama di situ dengan lelaki asing.

"kau siapa?" tanya lelaki tersebut sambil memandang Luna.

"Luna Larissa" jawab Luna sambil mengemas barangnya.

"ouhh cantik nama kau... Aku Adrian"Adrian menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan. Luna hanya memandang tangan Adrian.

" kenapa? "tanya Adrian apabila menyedari Luna hanya memandang tangan nya.

" tak ada apa"Luna segera menyambut huluran tangan Adrian.

Dia kemudian beredar dari kelas tersebut dan menuju ke pintu pagar sekolah. Adrian hanya memerhati gerak geri Luna dari atas dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.

***

Setelah tiba dirumah dia segera menuju ke bilik. Selepas membersihkan diri, dia merebahkan diri di atas katil. Ingatannya kembali kepada kejadian petang tadi di mana dia berjumpa dengan Adrian.

" Adrian.... Siapa ehh... Muka macam tak pernah nampak pun" Luna baring mengiring ke sebelah kanan.

"dia senior ke? Tapi..... Senior apanya aku lh senior kat sekolah tu..." Luna kemudian meniarap.

"dia pelajar baru ke? Dia kelas mana eh? Ishh serabutlah fikir pasal diaa" Luna segera bangun dan menuju ke tingkat bawah. Dia menuju ke dapur untuk mengisi perutnya yang sedari tadi asyik minta di isi.

TUNGGU AKU (complete ✔️✔️) Where stories live. Discover now