9

215 19 8
                                    

Luna mendengar dari sebalik pintu tersebut. Kedengaran dari luar bilik seperti orang bergaduh. Tiba-tiba pintu itu terbuka sendiri. Luna terkejut apabila melihat wajah orang yang disayangi.

"Mama Papa.." Luna berlari menuju ke arah Mama dan Papa. Mereka bertiga berpelukan.

Adrian memandang Luna dengan pandangan yang sayu. Maria memeluk Adrian dia tahu berat untuk anaknya melepaskan Luna.

" Adrian.. Pergilah dengan tenang... Itu cukup untuk ibu sayang... Ibu tak nak Adrian terus terperangkap dekat dunia ni.. Ini bukan dunia Adrian" Maria melepaskan pelukannya. Dia mencium dahi Adrian lembut. Adrian hanya menangguk kepala nya.

" Adrian mintak maaf sebab buat ibu sakit" Adrian menyentuh lembut luka di pipi Maria. Maria hanya tersenyum nipis.

Luna datang mendekati Adrian, Maria memberi ruang untuk Adrian dan Luna.

" aku mintak maaf... Aku buat semua ni sebab aku sayangkan kau Luna..." Adrian memegang tangan Luna.

" aku tau..." jawab Luna tenang.

"tapi kenapa kita ditakdirkan bertemu pada waktu yang salah Adrian.." sambung Luna lagi. Air matanya jatuh perlahan-lahan. Adrian turut menangis.

"kalau kita ditakdirkan untuk bersama.. Kita akan tetap bersama Luna..." jawab Adrian tenang.

"tapi Adrian mustahil kita dapat bersama"

"tak ada yang mustahil Luna" Adrian mengusap lembut pipi Luna.

"tunggu aku Luna" Adrian memeluk Luna. Dan akhirnya bayangan Adrian hilang di dalam pelukan Luna.

Luna menangis, dia akui dia mencintai Adrian. Walaupun tidak mengungkapkan kata tersebut namun dia yakin Adrian turut rasa apa yang dia rasai.

Mama dan Papa mendekati Luna. Mereka keluar dari bangunan tersebut. Mama mulai rasa seber salah dengan Maria.

"saya mintak maaf Maria.. Saya tak tahu anak awak dah tak ada" Mama memegang tangan Maria.

"tak pe.. Sepatutnya saya yang mintak maaf sebab arwah anak saya buat anak awak macam tu.. Mesti Luna takut kan" Maria mengusap lembut kepala Luna. Luna hanya membalas dengan senyuman manis dan mengelengkan kepalanya.

"dahlah sekarang ni semua dah selamat kan..dah jum kita balik" Mama dan Papa masuk ke dalam kereta diikuti dengan Maria. Luna memandang sayu bangunan tersebut.

"saya tunggu awak Adrian" Luna kemudian masuk ke dalam kereta tersebut.

****

TUJUH TAHUN KEMUDIAN

" Berapa cik?" tanya pelanggan tersebut kepada Luna.

"semuanya RM 30 cik" jawab Luna sambil tersenyum.

"nah ni duitnya" duit bertukar tangan.

"terima kasih datang lagi tau" Luna tersenyum manis kepada pelanggan di Cafe nya.

"tak pe cik Luna.. Cik Luna boleh balik... Nanti saya and the geng boleh uruskan cafe ni.. Lagipun dah nak malam kan" kata salah seorang pekerja nya yang bernama Julia.

"okylh kalau macam tu saya balik dulu lah.." Luna kemudian berlalu menuju ke bilik nya dan mengambil barangan keperluan nya. Dia kemudian keluar dari Cafe tersebut.

"tutup semua pintu dan suis tau" pesan Luna kepada pekerjanya.

"baik boss" jawab mereka serentak sambil meletakkan tangan kanannya di tepi kepala lagaknya seperti askar menerima arahan. Luna hanya menggelengkan kepalanya.

Sebelum balik Luna singgah sebentar di tasik untuk menenangkan fikirannya. Hampir tujuh tahun dia ditinggalkan oleh Adrian. Dia tetap menunggu Adrian, walaupun kedengaran mustahil kan.

Namun hatinya belum bersedia menerima mana-mana lelaki didalam hidupnya. Walaupun umurnya kini sudah 23 tahun. Dia tidak mempunyai rasa ingin bercinta, kerana dia masih berharap pada cinta yang tidak pasti.

Biar beribu tahun lamanya dia terpaksa menunggu, dia akan tetap terus menunggu.

Luna berjalan menusuri jambatan tanpa sengaja dia terlanggar bahu seseorang menyebabkan barang lelaki tersebut terjatuh.

"eh maaf saya tak sengaja" Luna segera mengutip barangan lelaki tersebut.

"it's okay" jawab lelaki tersebut turut tunduk mengutip barangnya.

Luna mengangkat kepalanya. Hampir terjatuh rahangnya apabila melihat wajah lelaki tersebut.

"Adrian" nama tersebut akhirnya keluar dari bibirnya.

Lama mata bundar milik Luna menatap wajah lelaki dihadapannya. Luna terasa seperti mimpi bertemu dengan lelaki sebijik seperti Adrian.

Lelaki tersebut pelik melihat Luna. Dia melambaikan tangannya dihadapan wajah Luna.

"hello cik.. Cik okay tak ni?" tanya lelaki tersebut, dahinya berkerut melihat Luna yang seperti tidak berkelip memandang wajahnya.

"hah.. Ye saya okay.. Sorry.. My bad.. " jawab Luna dia kemudian bangun dan memberi barang lelaki tersebut.

"awak nampak terkejut bila tengok muka saya... Awak okay ke?" soal lelaki risau. Luna hanya tersenyum.

" saya okay.. " jawab Luna sambil merenung wajah lelaki yang berada dihadapannya saling tak tumpah seperti Adrian.

Lelaki itu merasa tidak selesa apabila direnung oleh Luna. Dia meminta diri dan kemudian menuju ke keretanya. Luna hanya memerhati lelaki tersebut dengan linangan air mata.

"adakah kita memang ditakdirkan untuk bersama Adrian" air mata Luna jatuh.

Luna tahu lelaki tersebut hanya orang yang mempunyai wajah seiras Adrian. Mustahil itu Adrian, kalau betul itu Adrian pandangan yang diberikan Adrian pada Luna lain daripada lelaki tersebut.

"saya tetap tunggu awak Adrian... Sampai bila-bila" Luna berjalan menuju ke kereta. Dia memandu menuju ke rumahnya. Hati nya tetap untuk insan yang bernama Adrian. Tetap menunggu biar beribu tahun lamanya.

TAMAT

TUNGGU AKU (complete ✔️✔️) Where stories live. Discover now