8

153 15 0
                                    

"cepatlah papa.. Nanti tutup pulak balai polis tu" jerit Mama.

"ehh ada pulak balai polis tutup... Merepek jer kamu ni... Sabarlah nak siap dh ni" Papa kemudian menuruni anak tangga dan menuju ke arah Mama. Tiba-tiba mereka di sapa oleh seseorang.

"encik puan.. Saya ada benda nak cakap" seorang wanita yang sebaya Mama menyapa.

"maaflah puan kami dah lambat ni.. Nak pergi balai polis" jawab Mama. Papa hanya mengelengkan kepalanya.

"saya tahu mana anak puan dan encik berada.." jawab wanita tersebut. Mama kemudian menuju kearah wanita tersebut.

"awak tahu mana anak saya..." Mama memegang kedua belah bahu wanita tersebut. Papa mendekati Mama dan menarik Mama. Takut nanti Mama buat bukan-bukan dekat wanita tu.

"ye saya tahu... Encik dan puan tak payah pergi balai polis sebab polis pun takkan jumpa anak puan.. Hanya saya je yang tahu anak puan dekat mana."jawab wanita itu dengan tenang.

" kalau macam tu kita jumm kita pergi... Kita cari Luna.. "Mama hampir menitiskan air matanya.

" sabar Mama.. Nanti kita pergi sana.. "
" nanti tu bila pa... Hah.. Bila Luna dah tak de baru nk pergi" marah Mama.

"takdelah macam tu.. Sabarlah kan dia janji nak bawak kita jumpa Luna.. Luna mesti baik-baik jer kan" Papa memandang wanita tersebut.

"ye.. Saya yakin dia baik-baik sahaja." jawab wanita itu tenang.

"kita pergi malam ni..." sambung wanita itu.

"kenapa tak sekarang je" Mama merenung tajam ke arah wanita tersebut.

"sekarang tak boleh.. Malam baru boleh.. Kalau awak nak anak awak selamat... Malam nanti kita pergi sana.. Nanti saya hantar lokasi nya..." jawba wanita itu.

"bagi saya nombor awak.. Senang nanti saya nk call" Jawab Papa. Setelah bertukar nombor, wanita tersebut balik.

"macamana kalau dia tipu kita pa" tanya Mama dengan risau.

"tak adanya... Percayalah... Dia tak tipu kita.. Dahlah jangan fikir bukan-bukan.. Malam ni kita dah janji nak jumpa kan" Papa kemudian membawa Mama masuk ke dalam rumah.

****

"ish Adrian ni pergi mana?" rungut Luna. Sedari tadi perutnya asyik berbunyi.

"Luna..."

Luna hampir melatah apabila mendengar suara Adrian. Adrian datang mendekati Luna.

"ni aku ada bawak makanan untuk kau.. Kau makanlah.. Mesti kau laparkan.." Adrian menghulurkan bungkusan makanan tersebut.

Luna ragu-ragu, dia takut nanti Adrian bagi dia makanan ermm macam cerita hantu tu bagi makan ulat tu.

"kau tak payah risau... Ni aku curi kt kedai makan" Adrian seolah-olah tahu isi hati Luna.

"kau curi!" terbeliak biji mata Luna apabila mendengar kata-kata Adrian.

"yelah curi... Takkan aku nak mintak pulak.. Mahunya mati orang tu terkejut tengok aku" jawab Adrian selamba.

Adrian kemudian membuka bungkusan makanan tersebut.

"dahlah.. Makan.. Nanti sejuk pulak" Adrian ingin menyuap Luna.

"eh tak pe aku boleh makan sendiri" Luna ingin mengambil sudu di tangan Adrian namun segera di halang oleh Adrian.

"aku kata makan" suara Adrian kedengaran tegas di telinga Luna. Luna segera membuka mulutnya menerima suapan Adrian.

"sedap?" tanya Adrian. Luna menganggukkan kepalanya dan tersenyum. Adrian senyum apabila melihat Luna memakan habis makanan tersebut.

****

"betul ke ni tempat nya pa.. Macam lain jer ni" Mama melihat keadaan di sekeliling nya.

"betullh tu... Tu hah Puan tadi yang datang rumah" tunjuk Papa apabila melihat wanita tadi yang datang ke rumah mereka. Mama dan Papa turun dari perut kereta dan menuju ke arah wanita tersebut.

"maaf kami lambat" kata Papa. Wanita itu hanya menanggukkan kepalanya.

"saya lupa nak kenalkan diri.. Saya Mariana.. Boleh panggil saya Maria." Maria menghulurkan tangan sebagai tanda perkenalan mereka. Mama dan Papa menyambut huluran tangan tersebut.

"dahlah jum masuk nanti Luna cari" jawab Mama. Mereka pun masuk kedalam bangunan usang tersebut.

"awak yakin anak saya ada kat sini?" tanya Mama, Maria tersenyum.

"ye saya yakin" jawab Maria tenang.

Setekah beberapa minit berjalan mereka akhirnya tiba di bilik stor yang paling hujung. Di situ terdapat figura seorang budak lelaki seperti sebaya Luna.

"Adrian..." Maria cuba mendekati Adrian.

"ibu buat apa kat sini?" tanya Adrian dingin.

"ibu tau kamu bawak Luna kat sini kan... Tolong lepaskan dia" rayu Maria. Mama dan Papa sedikit terkejut mendengar perbualan dua beranak tersebut.

"Ad.. Takkan lepaskn Luna.. Tak ada yang boleh pisahkan kami... Walaupun maut datang menjemput" dingin sekali suara Adrian.

"kamu siapa... Kamu tak ada hak ke atas anak kami..." jawab Papa. Hatinya panas apabila Adrian berkata begitu.

"tolong lepaskan Luna..." Mama menangis cuba mendekati Adrian. Namun segera dihalang oleh Maria.

"pergi dari sini sebelum terjadi apa-apa... Ad pun tak jamin kalau ibu selamat" halau Adrian dingin.

"Adrian tolong... Tolong lepaskan Luna" rayu Maria sekali lagi. Adrian tersenyum sinis.

"Adrian cintakan Luna.. Adrian takkan lepaskan dia" Papa terkejut mendengar pengakuan daripada Adrian.

"cinta... Cinta apa kalau kau culik dia seksa dia macam tu" jerit Mama. Hatinya sakit apabila memikirkan perbuatan Adrian terhadap anaknya.

"kamu berdua boleh tak jangan masuk campur.. Anak saya biar saya yang uruskan" tegas Maria.

"cehh.. Dari tadi asyik merayu... Tak jugak anak kau lepaskan anak aku" bidas Mama.

"Mama... Jangan macam tu biar dia yang uruskan anak dia.. Kita diam je" Papa menenangkan hati Mama. Mama hanya menurut dan mendiamkan diri.

"kalau betul Adrian cintakan dia.. Lepaskan Luna... Mustahil untuk kamu bersama dengan Luna... Dunia kamu lain Adrian.." Maria mendekati Adrian.

"TAK ADA YANG MUSTAHIL!" jerit Adrian.

Tingkap kaca bangunan tersebut pecah apabila mendengar jeritan Adrian. Kaca-kaca tersebut bertaburan di atas lantai dan serpihan kaca terkena Mama, Papa dan Maria.

" Adrian tenang...." Maria mendekati Adrian.

"pergi sebelum aku buat apa-apa kat korang semua" Adrian memandang mereka dengan pandangan yang tajam.

" Adrian... Kalau kita cintakan seseorang itu... Tak semestinya kita perlu bertahan untuk terus bersama dengannya... Adakala kita kena lepaskannya kerana kita cintakan nya Adrian.. Melepaskan tak semestinya Adrian tak cintakan Luna." riak wajah Adrian berubah apabila Maria berkata begitu.

" Ad sayang dia Ibu... Ad tak sanggup berpisah dengan dia"suara Adrian mulai kendur.

" ibu tahu sayang... Kamu pun tahukan ibu sayang kamu.. Sayang sangat-sangat... Ibu dulu pun tak sanggup berpisah dengan kamu... Sampaikan satu tahap ibu hampir bunuh diri sebab nak bersama dengan kamu.. Tapi kamu sendiri yang halang ibu buat benda tu... Kamu tak nak ibu sakit... " Maria memegang kedua belah pipi Adrian.

" Adrian... Melepaskan memerlukan cinta yang lebih dalam berbanding untuk terus bertahan" Adrian memandang sayu wajah ibunya.

TUNGGU AKU (complete ✔️✔️) Where stories live. Discover now