Bertahun lamanya aku duduk di perantauan. Aku belajar di sebuah universiti di Malaysia. Sepanjang 4 tahun pengajian aku tidak pernah balik kampung halaman. Bukan lupa bukan tidak mahu balik, tapi segalanya adalah penjimatan. Maklumlah aku bukan dari keluarga yang berada.
Hari ini adalah hari bahagia aku. Aku akan terbang tinggi di awan hari ini. Satu persatu wajah-wajah yang ku rindui mula bermain di kepalaku. Aku rindu pada semuanya lebih-lebih lagi atuk dan nenekku. Kedua-dua orang tuaku pula sudah lama meninggal. Aku dijaga oleh datuk dan nenek ku.
Dan di antara yang aku rindu adalah seorang sahabatku. Teman sepermainan ku dulu. Kami dari kecil hingga dewasa adalah sahabat yang tidak dapat dipisahkan. Bersekolah bersama, mancing ikan bersama, makan pun selalu kongsi pinggan dan banyak benda kami selalu buat bersama. Bermalam dengannya dulu adalah perkara biasa. Dia satu-satunya, sahabatku.
Apa yang memisahkan kami, apabila aku mendapat tawarkan ke universiti di Timur Malaysia. Manakala dia berjaya masuk universiti tempatan. Semenjak itu kami jarang bertemu dan berhubung. Maklumlah zaman kami mana ada teknologi seperti zaman ini. Telefon pun tiada.
Seperti sudah jadi saudara ku sendiri. Sahabatku ini juga selalu menjenguk datuk dan nenek ku jua. Lebih mudah kerana keluarga kami sebenarnya berjiran. Malahan keluarganya melayani aku seperti mana sahabatku, aku bagaikan anak bagi mereka. Kerana dia juga satu-satunya anak tunggal. Kehadiran aku selalu menjadi penyeri keluarga itu.
Tidak sabar rasanya akan balik ke kampung halaman. Rasa rindu terhadap semua sangat membuak-buak. Kejap-kejap aku memerhatikan jam. Barang semua ku sudah kemas.
Ya sudah tiba masanya aku berangkat pulang. Aku naik teksi dan terus menuju ke lapangan terbang. Rasa hiba juga meninggalkan tempat pengajianku. Kerana di sini juga banyak mengajar aku erti kehidupan. Di situ juga aku mendapat segulung ijazah.
YOU ARE READING
Kasih Seorang Sahabat
HorrorIa mengisahkan kasih sayang dua orang sahabat yang lama terpisah. Pertemuan mereka tidak diduga, akhirnya mereka bersama untuk seketika.