Aku terpinga-pinga melihat sekitarku adalah perkuburan. Kulihat sebelah ku tertera pada batu nisan tersebut nama sahabatku. Dia telah meninggal dunia pada tahun lepas pada tarikh semalam.
Tidak terasa airmata ku mengalir deras membasahi pipiku. Sesungguhnya aku bersama dengan roh sahabatku sepanjang malam tadi. Patutlah segalanya tidak kena.
Aku mengimbau apa yang berlaku sepanjang malam. Tidak heranlah orang di sekitar ku memandangku dengan sangat pelik.
Makan di kedai lama makanan tiada rasa, minuman tawar. Aku dikatakan gila oleh amoi kedai makan. Mereka seakan nampak aku sahaja tapi tidak sahabatku. Rupanya aku bercakap sorang-sorang.
Dia memberi aku banyak klu. Tapi aku tidak paham. Sekarang baru aku mengerti. Di bilik air tiada air. Sabun kecut. Tiada bekalan eletrik. Semua peristiwa pelik aku lalui tanpa aku sedari semuanya menjurus kepada suatu yang tidak betul.
Tapi macamana dia meninggal dunia, ingin juga aku tahu. Gilalah ia adalah suatu pengalaman yang sangat istimewa. Tapi dia sedikitpun tidak menghadirkan rasa seram kepadaku. Tapi andai kali ini aku terserempak lagi dengannya, mungkin aku akan pengsan.
Sepanjang malam kami bersama, patutlah dia sangat sedih. Aku yang bodoh tidak paham segala petanda di sekitarku. Apakah mungkin aku terlalu merinduinya dan sangat asyik bila bersamanya menjadikan aku tidak sedar petanda yang ditunjukkan di sekelilingku.
Ya Tuhan, kau masukkanlah sahabat ku dalam syurga, peliharalah rohnya agar dia sentiasa tenang. Apapun terima kasih sahabat kerana bersama ku sepanjang malam tadi dan membuatkan aku melepaskan segala kerinduan padamu.
Kepala berpinar dan aku tidak sedarkan diri.
YOU ARE READING
Kasih Seorang Sahabat
HorrorIa mengisahkan kasih sayang dua orang sahabat yang lama terpisah. Pertemuan mereka tidak diduga, akhirnya mereka bersama untuk seketika.