Part 7: Bermalam Di Rumah Sewa

39 1 0
                                    

Aku rasa pelik kenapa semua orang melihat aku ketawa dengan pandangan semacam. Lantak korang la, aku bukannya kacau korang pun.

"Wei kau nampak ke diorang tengok aku gelak, semacam jer, aku rasa ko gelak lagi kuat kot" ujarku pada sahabatku. "Pedulikanlah bro, sekarang dunia ni kita yang punya" balasnya. Kami pun apa lagi, meneruskan gelak sakan kami. Orang-orang dalam kedai makan tu memang pandang aku semacam jer. Tapi kami tak peduli.

"Eh jom pergi rumah sewa aku pulak" pelawa sahabatku setelah dia nampak aku selesai makan. Makan kat situ baru ada rasa makanannya walaupun rasa tak puas hati dengan amoi tadi yang panggil aku ni gila. Kenyang juga rasa perutku. "A ah, jom sebelum mereka ni kata kita gila baik kita belah dulu" balasku. Aku pergi kaunter dan bayar bil tadi. Selepas itu, kami bangun dan berlalu pergi dari kedai tersebut.

Malam itu seperti berlalu amat perlahan. Aku sangat seronok. Kami meronda-ronda bandaraya Kuching malam itu sambil mengimbau kenangan lalu bersama.

"Punya kau jauh bawa aku pusing-pusing, rumah sewa kau belakang area tadi jer" ujarku. "Saja bawa kau jalan-jalan bro, kau kan VVIP terhormat aku" balasnya. Kami pun masuk ke dalam rumah sewanya. Rumah teres yang sederhana keluasannya dengan kadar sewaan RM350 sebulan tu nampak selesa. Namun, semua kejiranannya senyap sepi. Best la macam tu banyak privasi fikirku.

"Mana bilik mandi bro, dari tadi nak mandi ni" kataku merasakan badan ku yang melekit. "Kat hujung sana, sabun mengecut dah, tak beli lagi bro, jangan main sabun tu pulak kang habis" sempat dia menyakatku. "Ke engkau yang banyak main sabun ni, tu yang sabun kau cepat habis ni" aku membalas gurauannya.

Aku masuk bilik airnya. Waduh budak ni pengotornya. Bilik air itu kelihatan lama tidak digunakan. Siap dengan sarang labah-labahnya. Aku pulas pili airnya, tapi tiada air yang keluar. Apa ni, air pun tiada macamana nak mandi.

"Wei mangkuk! Kau bayar bil ke tak ni, takda air pun" jeritku dari bilik air tu. "Alamak, 3 bulan lupa bayarlah petang tadi ada lagi air, nasib kau la membusuk" balasnya. "Ee engkau yang aku kenal bukanlah pengotor, kau tak cuci ka bilik air ni bro?" tanyaku lagi. "Orang bujang bro, Balik kuliah turun kuliah mana ada masa nak berkemas semua" jawabnya.

"Dah la jom tengok tv jom" suaranya mengajak aku tengok tv. "Kau ni apa benda tv tu tak hidup pun, tengok tv apa camtu" kataku terpinga tengok dia menatap tvnya. "Aku tak ajak ko menonton tv kan, aku ajak ko tengok je kan, kau lah bangang" tidak habis dia menyakatku.

Kasih Seorang SahabatWhere stories live. Discover now