Sepanjang malam itu kami bersembang mengimbau kenangan. Namun riak wajahnya tidak begitu ceria. Nampak sugul.
"Kenapa wahai sahabatku, wajahmu bermuram durja?" aku berkias cuba menghiburkan hatinya. Kerana aku perasan dari tadi seperti ada sesuatu yang mengganggu fikirannya. "Kau akan faham jua nanti" balasnya ringkas.
Wajah sugulnya nampak jelas. Walaupun kami berdua cuma menggunakan lilin menerangi ruang tamu rumah sewa itu. Bil elektrik tidak dibayarnya. Apakah itu yang meresahkan sahabatku ini. Kekangan kewangan!
"Kau ada masalah duit ka bro?" tanyaku. Ingin benar aku tahu apa yang bermain di benaknya. "Ini bukan soal duit, dunia kita sudah berbeza bro" ujarnya dengan nada sedih. "So, apalah sebenarnya masalah kau, kau tukar jantina ka?" tanyaku berseloroh mengusik agar sugulnya reda. "Kau ni memang bangang la, ada ke aku nak tukar jantina pula" jawabnya dengan sedikit gelak tawa mungkin geli hati dengan pertanyaan ku tadi.
Dia menitiskan airmatanya lagi. Sungguh aku tidak paham apakah masalah yang sedang membelenggu dirinya. Aku ni tak pandai pujuk laki sama laki ni.
"Kau rindu awek kau kah bro? Ala takkan awek pergi sambung belajar pun dan jadi macam ni" sakatku lagi inginkan kepastian sebenarnya. "Bukan soal awek bro, tentang dunia kita, kau lain aku lain" jawabnya lagi. "Apa benda la kau ni, dunia ni ok je pun, malah Sarawak ni makin membangun jer aku tengok" tambahku lagi. Dia senyap tidak membalas kata-kata ku.
"Sorilah bro, aku tak tahu apa yang mengacau jiwa kau, kau tidak jelaskan padaku perihalnya" ujarku. "Kau akan tahu juga sampai masanya, kita sudah tidak boleh lagi bersama bila kau sudah sedar tentang segalanya" ujarnya dengan nada sedih. Aku semakin bingung tidak faham langsung apa yang cuba disampaikannya.
Aku sebenarnya sangat gembira hari ini kerana dapat berjumpa dengan orang ingin sangat aku jumpa. Sembang punya sembang, kelopak mataku sudah terasa berat. Aku terus terlena.
Wah, cerahnya hari, sudah siang rupanya. Aku menggeliatkan badan ku. Terasa sangat sejuk. Ku lihat sekitar ku. Aku berada di tanah perkuburan. Aku terkejut. Sekaligus jantung berdegup kencang.
YOU ARE READING
Kasih Seorang Sahabat
HorrorIa mengisahkan kasih sayang dua orang sahabat yang lama terpisah. Pertemuan mereka tidak diduga, akhirnya mereka bersama untuk seketika.