Selesai makan dia mengajak aku lepak kat taman belakang kedai itu tadi. Kami hanya berjalan kaki. Kat situ ada sebuah taman yang bertentangan dengannya adalah tokong Buddha. Dan ada tempat duduk juga disediakan di situ.
Kami pun duduk melepak di situ dan mula bersembang. Perangainya memang tidak berubah dari dulu suka menyakat dan cakap besar. Tapi dengan aku saja dia akan cakap besar. Bila wujud orang lain kami berdua akan buat perangai pijak semut pun tak mati. Perangai kami hampir serupa sebab itulah kami jadi sahabat agaknya.
"Kau ingat lagi tak, zaman sekolah dulu?" dia buka cerita. "Pasal yang mana satu ah! Kita memang banyak memori nakal la zaman sekolah dulu" balasku. Rasanya satu malam itu takkan habis jika kami berdua mula bersembang. Kadangkala sampai tidak tidur sepanjang malam bila dah mula.
"Masa sekolah rendah, kita mandi sungai, lepastu kita main baling membaling dengan tanah liat" ujarnya mengimbau memori zaman kanak-kanak kami. "A a la, lepas tu seorang pakcik turun mandi masa tu, kau terbaling pakcik tu dengan tanah, punya la dia marah sampai report kat mak kau, padan muka kau kena bila balik rumah" aku menjelaskan dengan teliti salah satu kenangan itu. Kami berdua sama gelak tawa.
"Kau mesti tak puas hati dengan aku dulu kan?" tanyaku. "Yang kes mana ni?" tanya dia. "Ala, kau minta tolong aku ngorat awek untuk kau, lepas tu budak tu tak mau kat kau, tapi dia kata syok kat aku pula" jelasku. "Oh ya, lepas tu kapel seminggu jer dengan budak tu kan? Takda makna nak marah kat kau pun masa tu, budak tu aku hanya nak buat sparepart jer!" balasnya. "Tu sudah terbukti aku ni jauh lebih kacak dan tampan dari kau, budak tu reject kau kot dan syok kat aku" kataku menyakatnya.
"Lagi satu, kau ingat tak masa satu kelas kena hukum pasal kita dua punya angkara" tanyanya. "Pasal kes singgam(gula-gula getah) tu kan?" tanyaku untuk kepastian. "Ye lah, kita dua nak perkenalkan rakan sekelas tapi cikgu tu datang dan duduk terus kat situ, bila dia perasan singgam tu, satu kelas dia siasat, nasib baik kita dua tidak ngaku" ujarnya. "Satu kelas kena, rasa bersalah pulak kat dorang kan" balasku.
"Tapi selepas kita masing-masing sambung belajar, aku tiada kawan seperti kau agi lepas tu, bukan kata tiada kawan, ramai tapi tak sama" ujarnya. "Wei aku pun sama gak, tau la tempat orang lagi, tapi aku dah balik per, kitai jadi macam dulu la" balasku.
Dia diam seketika. Dia memalingkan wajahnya ke arah lain. Dia menangis lak. Pasal apa mamat ni. Sentimental tak pasal. "Wei ko pesal ahhh, kalau ya pun rindu tak payah la koyak camtu" kataku cuba menghiburkannya.
YOU ARE READING
Kasih Seorang Sahabat
HorrorIa mengisahkan kasih sayang dua orang sahabat yang lama terpisah. Pertemuan mereka tidak diduga, akhirnya mereka bersama untuk seketika.