Part 10: Perpisahan Sebenarnya

52 3 1
                                    

Aku terjaga. Aku berada di atas katil hospital. Aku pandang di sebelahku. Nenek dan datuk ku berada di sebelahku. Dan keluarga sahabatku juga ada di situ. Nenekku memeluk rapat aku.

Aku diceritakan bagaimana sahabatku pergi selamanya. Dia kemalangan maut di jalan raya setelah menghantar kekasihnya ke lapangan terbang. Tarikh ulangtahun kematiannya sama dengan saat pertemuan kami di lapangan terbang.

Aku menceritakan kembali pengalaman ku bersamanya semalaman sehinggalah aku sedar aku di tanah perkuburannya. Kulihat wajah ibunya sayu dan menitiskan airmatanya.

Ibunya menceritakan betapa dia merindui aku selama ini. Kepulangan aku memang dia nantikan. Pelbagai rancangan masa depan yang dia ceritakan pada keluarganya dia ingin membuka syarikat bersamaku.

Ibunya menunjukkan kertas kerjanya padaku, sesungguhnya sahabatku mempunyai impian untuk sama-sama membangun bersamaku. Dalam failnya sekeping gambar kami bersama semasa di sekolah menengah disimpan kemas menjadi dorongannya berusaha keras selama ini.

Wahai sahabatku, mengapakah kau harus pergi mendahului ku? Kau menyeksa aku terus merinduimu. Apapun wahai sahabat, tunggulah aku di sana. Kita akan kekal sahabat selamanya.

Aku memalingkan muka ku tidak mahu mereka melihat airmata ku berguguran. Di sebalik tingkap aku terpandang kelibat sahabatku berdiri diluar tersenyum memandangku sambil melambai-lambai tangannya. Aku terpaku. Aku membalas senyumannya bersama tangisan ku. Perlahan kelibatnya menghilangkan dari pandanganku.

TAMAT!

Terima Kasih kerana sudi membaca.

Cerita ini adalah rekaan semata-mata tiada kena-mengena dengan yang masih hidup ataupun telah meninggal.

Kasih Seorang SahabatWhere stories live. Discover now