"Kelas Tingkatan 5 Berdikari di SMK Sentosa berhantu!" Itulah yang saya dari dulu lagi selalu bagitahu kawan-kawan saya, tapi tidak kena percaya.
Cerita dia begini:
Pada 6 Jun 2010, 10 tahun lalu, Sekolah Menengah Sentosa mengadakan kem motivasi untuk semua pengawas disiplin, bertempat di sekolah itu.
Selaku salah satu guru disiplin SMK Sentosa, papa saya pun terlibat lah dalam itu kem.
Atas sebab-sebab tertentu, saya terpaksa ikut papa join itu kem selama satu malam sahaja. Masa itu saya baru enam tahun.
Saya masih ingat... Saya kena suruh tidur di kelas yang sama dengan sekumpulan pengawas perempuan tingkatan dua di bangunan lama sekolah.
Itu malam, saya terbangun gara-gara terdengar suara macam ada perempuan menangis diikuti bunyi kayu yang ditendang secara berterusan.
Sekali saya buka mata, saya terkejut sebab saya baru perasan yang saya sedang berdiri. Lagi teruk, saya bukan sudah berada di tingkat yang saya sepatutnya berada... Saya sedang berdiri di tingkat paling atas bangunan lama sekolah yang sepatutnya kosong masa itu.
Macam mana pula saya buli sampai sini ni?!
Selama ini, mama selalu cakap yang saya pandai berjalan masa tidur. Saya tidak tahu pula seteruk begini. Boleh boleh naik tangga lagi dalam keadaan masih bermimpi.
Tapi apa pula suara tangisan ni? Siapa lagi yang ada di sini malam-malam begini?
Saya pandang atas untuk baca papan tanda kelas di depan saya dalam keadaan gelap gelita... 5 Amanah. Suara tangisan datang dari kelas sebelah... 5 Berdikari.
Saya tidak fikir lama-lama lagi, saya terus jalan dengan perlahan dan mencubuk melalui pintu depan kelas 5 Berdikari.
Ada satu pelajar perempuan menangis teresak-esak. Berbaju pinafore ketat yang lusuh, rambut bertocang dengan serabut. Dia sedang duduk di atas meja guru sambil menghayunkan kaki dia yang tertendang-tendang meja guru itu. Dia duduk membelakang dari saya. Jadi dia tidak nampak saya.
Apa dia buat sini?
Tiba-tiba dia berhenti menangis dan kaki dia pun berhenti bergerak.
"Apa kakak buat sini?" Saya tanya.
Kakak itu pusing... Dan saya baru perasan... Dia tiada biji mata. Dan dia menangis air mata darah. Muka dia pucat.
Tiba-tiba, saya rasa sesak nafas, dan udara sekeliling terasa semakin sejuk.
Dia tersenyum sambil menghulurkan tangan dia tempat saya "Marilah."
Saya terkaku di luar pintu kelas. Saya tidak tahu apa saya patut buat.
"Marilah... Jangan malu-malu," panggil kakak itu lagi, masih tersenyum.
Kaki kanan saya bergegar sambil memijak ke dalam kelas itu. Tapi sebelum saya menggerakkan kaki kiri saya, tiba-tiba saya rasa ada orang tarik lengan saya ke belakang.
"Jangan."
Saya pusing kepala untuk tengok siapa... Satu pelajar lelaki.
Dia pun pakai uniform sekolah. Rambut dia ada sikit kekuningan. Dia pakai anting-anting berbentuk cincin di telinga kiri dia.
Saya pusing balik ke arah pelajar perempuan itu. Senyuman dia hilang. Dahi dia berkerut. Dengan suara yang lebih kasar, dia ulang "Marilah."
Tidak mungkin dia ni baik.
Saya cuba lari meninggalkan kelas itu. Tapi kali ini, betul-betul saya beku. Macam seolah olah saya tidak boleh kontrol badan saya sendiri.
Perempuan itu berjalan mendekati saya. Semakin dia dekat, semakin lemah badan saya, macam mahu pengsan.
Dengan tidak membuang masa lagi, pelajar lelaki yang menghalang saya tadi mengangkat saya di tangan dia. Dia bawa saya lari ke tangga.
Perempuan itu terhenti di pintu kelas 5 Berdikari, sambil merenung kami dengan penuh kegeraman. Saya tunggu-tunggu dia mengejar, tapi macam seolah-olah dia boleh berjalan sampai sana saja. Dia tidak keluar kelas itu langsung.
Lelaki tadi mengangkat saya turun tangga, meninggalkan bangunan sekolah. Dia berjalan sampai ke padang sekolah, barulah dia turunkan saya.
"Boleh berdiri?" dia tanya saya. Padahal sudah dia kasih lepas saya pun.
"Tadi..." saya masih sedang menangkap nafas saya. "tu hantu kah?"
Lelaki itu meletakkan jari telunjuk dia di depan bibir dia sambil mengenyit mata. "Rahsia SMK Sentosa."
Lain juga dia ni.
Saya tengok persekitaran sekolah yang gelap gelita, tinggal beberapa lampu lagi yang dipasang. Sangat sunyi.
"Adik ni macam baru budak tadika kan? Buat apa di sini malam-malam? Bukan kem pengawas kah ni?"
Lelaki itu bercakap balik selepas beberapa saat merenung jauh memandang bintang-bintang yang bertaburan di langit malam.
"Saya anak Cikgu Welfred," saya jawab.
Aih? Selalunya orang kenal saya. Saya selalu pula singgah sini selepas pulang dari tadika.
"Oh... Gitu... Jadi, siapa nama adik?"
"Esther Amber Welfred."
Lelaki itu tertawa. "Esther? Macam tu lagu dusun?"
Lagu dusun apa lagi ni?
"Esther, koupusan ku ika songulun... Ngaran nu manud-tanud doho, Eeeestherr~" lelaki itu nyanyi. "Tidak pernah dengar?"
Cantik juga lah suara dia.
"Tidak pernah," saya menggelengkan kepala. "abang pula buat apa malam-malam berjalan di tingkat atas? Bukan lelaki patut tidur di bangunan baru kah?"
Dia tersengih sambil mengusap-usap belakang leher dia. "Abang ni kena suruh meronda malam ini... Manatau ada yang merayau macam adik ni."
Saya baru mahu bagitahu yang saya sebenarnya bukan merayau. Tapi dia tidak tunggu respon saya.
"Esther tidur kelas mana? Mari abang hantar balik."
Abang itu hantar saya balik di tingkat 2, kelas 5 Cerdik, di tempat saya sepatutnya tidur.
"Terima kasih abang... Siapa nama abang?" Saya tanya masa saya perasan yang saya belum tahu nama dia.
Dia terus meletakkan tangan dia di atas dada kiri dia. "Nanti Esther sekolah sini, Esther tau lah tu... Kali... Bah bah tidur lah."
Dia cium kepala saya dan tunggu saya betul-betul masuk kelas sudah sebelum jalan.
Itulah kali pertama dan kali terakhir saya jumpa dia.
![](https://img.wattpad.com/cover/230638043-288-k505676.jpg)
YOU ARE READING
Esther Bilang SMK Sentosa Ada Hantu! (A Sabahan's Rom-Com Story)
FantasyApa reaksi kau kalau teori "sekolah berhantu" itu menjadi fakta yang betul? Esther Amber Welfred tahu terlalu banyak... Ternampak lebih lagi daripada pelajar-pelajar SMK Sentosa yang lain. Apa akan terjadi kalau dia cuba untuk lari? Apa akan terja...