Bab 3

23 2 4
                                    

  Empat hari berlalu dengan lambat sekali.

  Tapi itu tidak penting... Yang penting sekarang kem pengawas sudah bermula!

  Sekarang saya sama Emma dua orang sahaja di dalam kelas 5 Cerdik. Kami berkongsi bilik tidur ini dengan 8 orang pengawas tingkatan 4 yang lain. Tapi saya sama Emma lah yang paling awal siap mandi. Yang lain masih berbaris di tandas lah.

  Sekarang jam 9:40pm. Arahan dari cikgu ialah semua lampu bilik tidur ditutup pada jam 10pm.

  Saya kecewa juga sikit lah. Ingatkan syok. Tidak juga berapa pula.

  Adakah kem pun kena suruh tidur begini awal? Tau lah sebab cikgu ialah untuk "mendisiplinkan diri".

  "Tiapa Esther... Esok lagi banyak aktiviti tu!" mata bulat Emma bersinar. Dia sedang menyisir rambut panjangnya sambil duduk bersila di lantai.

  Emma ni selalu positif. Saya mengeluh sikit, disitu lah dia dengan perkataan "tiapa" dia.

  "Bukan apa lah kan Em," saya memusingkan badan saya dari tingkap kelas 5 Cerdik untuk berhadapan dengan Emma. "tapi saya rasa sia-sia oh dorang mau buat ini kem kalau tiada apa-apa juga yang kita dapat nanti. Faham kah?"

  "Ya... Betul juga lah," Emma senyum sambil mengeluarkan sleeping bag dia.

  Pada jam 10pm tepat, barisan jawatankuasa pengawas tingkatan 5 meronda; memastikan semua sudah bersedia untuk tidur.

  Rakan sebilik saya, termasuklah Emma, hanya berpura-pura ingin tidur masa peronda limpas. Selepas sahaja ditinggalkan, semua sambung main phone.

  Kenapa baini saya rasa ngantuk betul hari ni?

  Saya menutup muka saya dengan selimut saya dan tutup mata.

°°°

  PAKK... PAKK...

  Siapa bah yang malam-malam buat bising ni?

  PAKK... PAKK...

  Macam sengaja saja tendang-tendang meja sana... Mau trip kuat lah tu.

  PAKK... PAKK... PAKK..

  ARGHH. MAKE IT STOP!!

  Saya buka mata saya dan saya terkejut apabila sedar yang saya sedang dalam keadaan berdiri.

  Apakah... Ini sangat dejavu.

  PAKK... PAKK...

  Eh? Jadi itu bunyi bukan dari mimpi?

  Saya menggosok kedua-dua mata supaya boleh tengok sekeliling dengan lebih jelas.

  Saya berada di depan kelas 5 Amanah... Bunyi tendangan meja itu datang dari kelas 5 Berdikari.

  Kedua-dua kelas ini tidak digunakan. Kosong.

  Tidak... This must be a dream... Saya tidak percaya... Tidak mungkin.

  Bunyi tendangan itu tiba-tiba diikuti dengan suara tangisan yang baru saja muncul.

  Arh. Semua ini tidak masuk akal.

Esther Bilang SMK Sentosa Ada Hantu! (A Sabahan's Rom-Com Story) Where stories live. Discover now