Hidayah Yang Ditakdirkan

75 6 1
                                        

PENULIS : pryncessv

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


PENULIS : pryncessv

INSTAGRAM : @pryncessyuen

GENRE : Islamic Fiction + Romance Fiction

BLURB / DESKRIPSI CERITA :



Mempunyai sebuah kehidupan yang sempurna seolah satu mimpi yang pasti jauh sekali daripada realiti. Takdir yang tidak dijangka mampu membadai mimpi-mimpi indah sang hamba dalam sekelip mata pada bila-bila masa. Airene Milana boleh dikatakan menjalani sebuah kehidupan yang hampir sempurna dengan gelaran Tengku pada namanya. Rumahnya yang gah bagai istana, wajahnya yang jelita bak Puteri Aurora malah harta yang entah bila akan habisnya. Dia bahagia!

Sehingga satu malam durjana yang membawa pergi segalanya. Mimpi indahnya dihempas teruk dengan ombak membadai yang entah dari mana datangnya. Umpama bencana tsunami yang berjaya menghapuskan ribuan harta mahupun nyawa. Tsunami ini berjaya menghancurkan perkara yang lebih berharga; hati nurani seorang wanita.

“Mama dengan papa decide untuk bercerai,”

Dia buntu malah tidak mampu menerima kenyataan yang sedang bermain di hadapannya. Di mana dia harus meraih kasih sayang selepas ini? Kenapa keluarganya harus berbelah bahagi? Namun dia cuba untuk pasrah dengan takdir ilahi.

Siapa sangaka, belum sempat banjir angkara tsunami durjana itu surut dan menghilangkan diri, satu bencana lebih teruk langsung melemaskan wanita ini.

“This is your mummy,”

Wah, hebat sungguh bapanya dalam mencari pengganti! Dia penat beralah dengan takdir yang entah mengapa begitu kejam kepada dirinya. Dia bangkit melawan arus; mula muncul di sebalik tirai aur lembut yang bertukar ganas ingin bertempur dengan tsunami yang menggunung tinggi.

“Airene tak akan terima perempuan ni! Nama je pakai tudung tapi perangai tak tahu malu!”

Dia mula meliar; menjadi singa yang dahagakan kehancuran insan yang bergelar ibu tirinya. Dia ingin membuang terus insan ini daripada kamus hidupnya. Daripada kamus hidup keluarganya.

“Aku nak tengok berapa lama kau tahan nak jadi MUMMY aku,”

Perlu diingat bahawa setiap langit malam pasti ada bintangnya. Malah seekor singa juga punya sifat lembutnya. Zayn Irfan, sang jejaka yang menjadi cahaya bagi Airene dalam malam yang kelam. Menjadi tiupan angin lembut yang mula menggoyahkan tembok kebencian wanita ini terhadap ibu tirinya. Mampukah angin lembut ini memadamkan api kemarahan yang sudah lama bertapa di dalam diri Airene? Inginkah gadis ini menerima sinar daripada ilahi bagi dirinya? Andai sudi, mari kita mulakan cerita ini.













🎤 Jangan lupa baca, vote dan komen karya ini.

🎤 Masukkan di dalam library dan reading list.

🎤 Follow penulis di Wattpad dan Instagram.

🎤 Support ❤










🎤 Support ❤

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
DE PROMOTE | CLOSETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang