S-3 »Tea«

30 4 0
                                    

Seuncang serbuk teh aku letakkan ke dalam jag air lalu tiga sudu gula aku masukkan sekali. Air panas yang siap dimasak itu aku tuangkan ke dalam jag. Sudu diambil lalu aku mengacau air itu sehingga gulanya larut.

Akhirnya, siap juga sarapan pagi.

"Lambat awak pergi kerja?" sapanya yang baru sahaja masuk ke ruangan dapur. Aku mengangguk benar lalu apron yang tadi tersarung di badan kini ditanggalkan.

"Terlepas alarm. Awak lah, siapa suruh tutup?"

"Saya pun penat sebab tidur lambat." keluhnya sedikit sebelum melabuhkan punggung ke atas kerusi. Sekeping roti diambil lalu disapukan dengan mentega kacang dan coklat. Aku pula menuangkan air teh ke dalam cawan sebelum mengambil tempat bertentangan dengannya.

"Itulah, minum kopi lagi. Padan muka tak boleh tidur." bebelku perlahan. Dia mendecit lalu roti itu digigitnya.

"Sekurang-kurangnya saya dapat siapkan kerja. Tak ada lah membazir masa main game sangat." jawabnya selamba. Aku sekadar menggeleng.

Apa-apa saja lah, Kim Taehyung.

"Jiyeon, kejap lagi kita pergi lunch sama-sama nak?" soalnya sambil menyisip air teh yang ada di dalam gelas.

"Tak boleh rasanya. Harini saya dah janji nak belanja students saya makan 4Fingers. Sempena birthday saya minggu lepas." kataku dengan sengihan. Taehyung yang mendengar mula membulatkan mulutnya dan mengangguk.

"Kalau macam tu... Saya datang ke tadika, boleh? Lama juga saya tak melawat budak-budak tu. Mesti dia rindu abang handsome kan?"

"Excuse me, Mr.Kim Taehyung. You are 26 years-old, not 6 years-old anymore."

Jawabku dengan sindiran. Cebikan bibir aku bunyikan dengan jelingan kecil. Tiba-tiba dia mencuit hidungnya sendiri dengan mata yang menyepet memandang aku. Ceh, baru perasan diri dah tua lah tu.

"Awak tu layak jadi pangkat pakcik je dekat diorang. Jangan perasan diri tu muda, ok?" bidasku lagi. Saja mahu mendidihkan darahnya. Dia mula tersenyum sinis. Tangannya mula memeluk tubuh.

"Tak kira macam mana sekali pun, saya tetap handsome, tahu?"

"Tak tahu tak tahu. Sudah lah. Bercakap dengan awak memang sampai lusa tak habis. Saya gerak pergi tadika dulu, ok?" sambungku sambil bingkas berdiri. Air teh yang berada di dalam gelas dihirup sehingga habis.

"Jumpa awak dekat tadika." kataku dan menghadiahkannya satu kucupan di pipi. Dia mengangguk sebelum bingkas berdiri bersama-sama. Beg kerjanya di sebelah diambil.

"See you, teacher."

"Okay, kiddy."

🌸🌸🌸🌸

Flower Road [KTH] Where stories live. Discover now