S-7 »PinkyPromise«

23 5 0
                                    

Aku memandang mereka berdua silih berganti. Tiba-tiba sahaja suasana di dalam rumah ini menjadi senyap sunyi. Terasa janggal buat seketika.

Kening yang tidak gatal digaru sedikit. Sesekali aku berdehem untuk memulakan sesi perbualan.

"Ehem. Jadinya... awak setuju?" tanyaku. Kim Taehyung menjungkitkan keningnya dengan bibir yang dikemamkan.

"Kalau itu satu-satunya cara untuk kita tolong Sungjae?"

"Tapi sampai bila?" sambungku menyoal silih berganti. Dia mengangkat bahu dengan bibir yang dimuncungkan. Sungjae yang berada dibahagian tengah sekadar mendongak memandang kami berdua.

"Sampai kita dapat bersemuka dengan mama dia balik?" balas Taehyung. Aku mengangguk setuju. Kini, wajah comel Sungjae dipandang kembali. Pipinya aku usap lembut.

"Sungjae duduk rumah teacher sampai kita jumpa mama, ok?"

"Noo noo! Sungjae tak nak mama. Sungjae nak papa." jawab si kecil itu lagi. Spontan aku memandang Taehyung semula.

"Tapi uncle dan teacher tak kenal siapa papa Sungjae. Muka dia pun kami tak pernah tengok. Lagi-lagi Sungjae ni pelajar baru dekat tadika. Macam mana nak cari, Sungjae?"

Kata Taehyung lembut dan perlahan. Telapak tangan lelaki itu mula bermain-main di atas rambut Sungjae. Budak lelaki itu mula memeluk tubuh dengan bibir yang memuncung. Kepalanya digelengkan lagi.

"Sungjae tak kira! Sungjae tak nak jumpa mama selagi Sungjae tak jumpa papa. Nanti mama akan pukul Sungjae. Sungjae takut!"

"Ok, ok. Teacher tak hantar Sungjae dekat mama. Teacher jaga Sungjae." pujukku apabila melihat reaksi si kecil itu berubah. Kim Taehyung mendiamkan diri.

"Teacher kena janji untuk cari papa Sungjae. Teacher dan Uncle kena jaga Sungjae dan jangan hantar Sungjae pada mama. Kalau tidak, Sungjae lari rumah!" katanya lagi.

Aku mengangguk dengan senyuman kecil. Begitu juga suamiku yang berada di sebelah kanan Kim Sungjae. Telapak tangan Sungjae dicapai lalu aku genggam.

"Sungjae tak nak sedih tau? Nanti kita pergi tadika sama-sama lepastu balik rumah sama-sama, ok?"

"Betul ni?"

Anggukan aku balas diatas persoalan yang disoalnya. Dia mula tersenyum gembira lalu tubuhku didakap erat. Terkedu juga aku dibuatnya dengan mata yang membuntang. Taehyung yang melihat juga turut tersenyum lebar.

"Sungjae sayang mama Jiyeon."

Bertambah tersentak aku dibuatnya. Jantung aku mula berdegup kencang. Statik bebola mataku memandang Taehyung.

Ini kali pertama aku mendengar panggilan itu. Panggilan yang sangat aku ingin rasakan. Ya tuhan.

"M-mama?"

"Hm! Sungjae nak panggil teacher, mama. Mama Jiyeon." jawab si kecil itu lagi dan mengeratkan pelukan. Aku mula tersenyum mekar. Mataku mula berkaca. Tanganku mula naik mengusap belakangnya. Helaan nafas aku lepaskan dengan tawaan kecil.

"Kalau uncle Taetae pula macam mana?" sampuk Taehyung. Terus pelukan yang tadi erat dilepaskan. Pandangan si kecil Sungjae pantas dikalihkan ke arah suamiku. Dagunya diketuk perlahan-lahan menggunakan jari telunjuk seakan-akan sedang berfikir.

Tertawa kami berdua dibuatnya. Ya tuhan, comel sungguh Sungjae ni.

"Papa?"

"Papa? Sungjae nak panggil uncle, papa?" soal Taehyung tidak percaya.

Speechless aku dan dia dibuatnya. Kim Sungjae mengangguk benar dengan sengihan. Pipi Kim Taehyung dicium sekilas olehnya. Sekaligus membuatkan aku dan suamiku tertawa. 

"Sungjae akan dengar cakap mama Jiyeon dan Papa Taehyung. Sungjae janji."

Tuturnya sambil mengeluarkan jari kelingking. Aku dan Taehyung mula mengeluarkan jari yang sama lalu dicantumkan dengannya. Hidung Sungjae aku cuit geram.

"Good boy, Sungjae."

"Papa gonna loves you, Sungjae."

🌸🌸🌸

Uit!

Flower Road [KTH] Where stories live. Discover now