S-5 »Alone«

25 6 0
                                    

Taehyung's

Aku berjalan keluar dari pintu tandas. Tisu yang tadi digunakan untuk mengelap tangan yang basah dicampakkan ke dalam tong sampah yang berdekatan.

Sebaik sahaja aku berjalan ke kaki lima, pandangan aku terhenti ke arah seorang budak lelaki. Tiba-tiba sahaja hati aku terdetik untuk mendekatkan diri dengannya.

"Ehm." dehemku sambil memuncungkan mulut. Si kecil itu mendongakkan kepalanya memandangku. Matanya dikedip-kedipkan sedikit.

"Kenapa adik duduk sini seorang diri? Tak masuk makan dengan Teacher Jiyeon dan yang lain ke?" soal Taehyung prihatin. Si kecil itu sekadar menggeleng sebelum kedua-dua belah lututnya dipeluk erat. Dagunya kembali dilapikkan ke atas lutut.

"Ada masalah ke? Kalau ada, boleh ceritakan dekat uncle."

Ujarku lagi dan mengambil tempat disebelahnya. Wajah dia aku pandang dengan senyuman.

"Sungjae nak balik." katanya perlahan. Dapat aku dengar suara kecilnya itu. Comel pula.

"Nak balik? Ala, nanti habis waktu tadika, Sungjae balik lah. Hari ni Sungjae balik dari tadika awal kan?"

"Hm. Tapi... Sungjae takut nak balik rumah. Sungjae nak dekat papa." sambungnya lagi dengan bibir yang dimuncungkan. Aku yang mendengar mula terjungkit kening.

"Kenapa Sungjae takut nak balik rumah?"

"Mama Sungjae tak suka Sungjae. Mama selalu marahkan Sungjae. Papa je yang tak pernah marahkan Sungjae." katanya lagi dengan mata yang berkaca. Dapat aku dengar suara sedihnya. Tanpa ragu-ragu, telapak tanganku naik mengusap rambut hitam Sungjae.

"Mama marah mungkin sebab Sungjae nakal?"

"Tak...mama marah bila Sungjae tanya pasal papa. Sungjae takut." keluhnya lagi. Hati aku betul-betul lemah melihat si kecil itu sewaktu ini. Kesian pada nasib yang menimpa dirinya.

"Papa Sungjae pergi mana?"

"Hilang. Papa tinggalkan mama sejak tahun lepas. Sungjae rindukan papa."

"Oh.. Emm, nama papa Sungjae apa?"

"Kim-"

"Laaa, dekat sini rupanya dia. Puas Teacher cari Sungjae. Ish." suara seseorang menghentikan perbualan kami. Wajah Jiyeon yang berdiri tidak jauh dari aku dan Sungjae dipandang. Senyuman kecil aku tayangkan.

"Sungjae tak nak makan dengan kawan-kawan ke, sayang?" soalnya lagi sambil menyentuh bahu lelaki kecil itu. Aku sekadar memandang.

"Sungjae kenyang, teacher."

"Kenyang makan apa? Teacher tak nampak yang Sungjae makan pun tadi?"

"Sungjae tak ada selera." jawabnya lagi. Mata Jiyeon mula beralih memandangku. Keningnya terjungkit seakan-akan menyoal tentang si kecil itu kepadaku.

"Nanti saya teman dia makan. Jangan risau lah." balasku. Dia mengangguk perlahan. Pipi Sungjae dicubitnya lembut dengan senyuman.

"Nanti Sungjae makan dengan Uncle TaeTae eh? Jangan lama sangat. Nanti dah nak balik."

"Hm." jawabnya acuh tak acuh. Jiyeon kembali menayangkan senyuman lalu badannya ditegakkan. Cuba untuk beredar.

Sebaik sahaja Jiyeon ingin melangkah pergi, lengannya disambar pantas oleh Sungjae yang membuatkan aku terkesima. Begitu juga Jiyeon. Terjungkit dahi isteri aku dibuatnya.

"Kenapa, Sungjae?"

"Teacher, b-boleh tak, Sungjae nak ikut teacher balik?"

"Balik?"

🌸🌸🌸🌸🌸

Piss yow

Flower Road [KTH] Where stories live. Discover now