S-6 »Sungjae«

25 5 0
                                    

Aku terdiam sejenak apabila pertanyaan itu dituturkan oleh si kecil Sungjae. Pandangan aku serta merta dikalihkan ke arah Taehyung. Lelaki itu juga terpaku.

"K-kenapa Sungjae nak ikut teacher? Nanti mama Sungjae selalu ambil macam biasa, kan?" soalku serba salah. Pantas dia menggeleng. Kini, air matanya keluar dari tubir mata dengan bibir yang mencebik. Mendongak dia memandang aku.

Taehyung yang melihat secara statik mengusap belakang Sungjae. Tersentak suami aku apabila Sungjae mula mengeluarkan air mata.

"Sungjae nak jumpa papa, teacher. Sungjae tak nak mama." esaknya lagi sambil menarik hujung blaus berwarna  putihku. Serta merta aku bercangkung dihadapannya lalu wajahnya aku tekap dengan telapak tangan.

"Sungjae ada masalah ke, sayang? Cuba cerita dekat teacher."

"Awak, dia dah ceritakan dekat saya. Nanti kita bincang dekat rumah tentang ni." potong Taehyung yang berada disebelahnya. Sungjae semakin teresak-esak.

Ya tuhan, ini kali pertama aku lihat pelajar aku menangis sebegini sehingga merayu-rayu. Ujian apa yang menimpa Sungjae ni?

"Sungjae nak duduk dengan teacher. Teacher tolong carikan papa Sungjae." pintanya lagi. Tersekat-sekat suara si kecil itu dihadapan kami berdua. Tanpa menunggu lama, wajah aku bertembung dengan Taehyung lagi. Cuba meminta pendapatnya.

"Sungjae, tak nak menangis. Nanti Uncle Tae dengan Teacher Jiyeon tolong Sungjae carikan papa. Tak nak nangis, sayang." pujuk Taehyung dengan suara yang lembut. Lengan Sungjae ditarik sehingga masuk ke dalam dakapannya. Rambut lebat si kecil itu diusap perlahan-lahan.

Sejuk saja hati aku melihat perbuatannya. Ciri-ciri kebapaan itu memang dari dulu ada pada diri suami aku ni. Cuma itu lah, aku pula yang mengecewakannya.

"Nanti teacher bincangkan. Awak, jaga Sungjae kejap. Saya nak tengok yang lain." kataku sambil memandang Taehyung. Dia mengangguk dengan senyuman. Lekas aku berdiri lalu beredar dari situ.

🌼🌼🌼

Aku memandang sesuatu keadaan yang agak riuh di luar pagar sekolah. Entah mengapa, suara-suara itu menarik perhatianku untuk melihatnya.

"M-maa! Sakit-ma!"

"Kau diam sekarang! Kau masuk!"

"S-sakit- Sungjae tak nak balik! P-papa!"

"Puan!" pantas aku menarik Sungjae yang tadi dicengkam kuat oleh seorang wanita. Terkedu wanita itu dibuatnya lalu memandang aku dengan mata yang memerah.

Sungjae yang tadi dipegangnya kuat kini dilepaskan. Serta merta si kecil itu berlari menyorokkan diri dibelakangku.

"Apa masalah puan? Kenapa puan buat macam tu dekat Sungjae? Dia ni anak puan, kan?" soalku mendatar. Wanita itu sekadar mendecit dan menggeleng. Rambutnya yang terlepas itu dikuaknya ke belakang.

"Kau siapa?"

"Saya cikgu dekat sini. Puan ini ibu kepada Sungjae, kan?" soalku lagi. Dia mengangguk dengan keluhan. Kini, lengan Sungjae disambarnya lagi dan sekaligus membuatkan lelaki kecil itu menjerit kuat.

"Mama cakap masuk kereta!"

"Sungjae tak nak! Mama jahat!"

Jerit Sungjae sehingga jatuh terduduk ke atas tanah. Dapat aku lihat air mata dan kemerahan wajahnya sewaktu itu. Wanita ini betul-betul memaksa.

"Kau ni!"

"Puan! Sudah lah! Ini tadika!" jawabku lalu menundukkan diri menghampiri Sungjae. Berdengus kuat wanita itu dibuatnya.

"Tak, apa masalah kau ni sebenarnya, Sungjae?! Mama cakap benda mudah! Masuk kereta dan kita balik!"

"Papa! Sungjae nak papa! Mama suka pukul Sungjae! Sungjae tak suka!"

Tersentak aku mendengar perbualan mereka berdua. Laju sahaja aku memandang wanita itu. Dia mula menekup wajahnya dengan telapak tangan dan kembali mengeluh kasar.

"Kau tak nak balik, kan?! Kau duduk sini! Kau jangan cari mama lagi, Kim Sungjae!"

Tengkingnya dan terus berjalan menuju ke arah pintu pemandu. Pintu dibuka dan dihempas kuat sebelum kereta itu meluncur laju di atas jalan raya.

Pandangan aku dikalihkan memandang Sungjae semula. Kedua-dua belah bahunya aku pegang lalu badannya didakap erat. Menangis kuat dia dengan esakan.

"Tak apa, Sungjae. Teacher ada, sayang. Malam ni Sungjae tidur rumah teacher, ok?" pujukku. Dia sekadar teresak-esak. Air matanya laju mengalir. Lengannya yang dipenuhi dengan debuan pasir aku sapu menggunakan tangan.

"Biar teacher yang jaga Sungjae."

🌸🌸🌸🌸

Okehhh

Flower Road [KTH] Where stories live. Discover now