S-10 »Milk«

25 5 0
                                    

Suara tangisan bayi yang kuat itu meriuhkan keadaan didalam rumah. Buntu aku dibuatnya apabila si kecil itu menangis tidak henti-henti.

"Tae, jumpa ke belum?" soalku sambil menepuk-nepuk badan bayi tersebut yang dibaringkan diatas sofa. Taehyung yang sibuk mencari sesuatu di laman web itu mencebik lalu jarinya laju meluncur di atas skrin telefon.

"Dia cakap mungkin sebab baby lapar kot? Ah! Mungkin dia lapar?!" kata Taehyung dengan kening yang terjungkit.

"Dah tu kalau lapar kita nak bagi apa? Dia boleh minum air kosong ke?"

"Baby boleh minum air kosong ke? Tak kembung perut dia ke nanti?" soalnya kepadaku semula. Leherku yang tidak gatal digaru. Makin lama makin kuat bayi tersebut menangis. Tepukan aku pada badannya semakin laju. Ya tuhan, aku mana reti benda-benda macam ni.

"Rumah kita mana ada susu formula untuk baby. Lagi satu, botol susu pun tak ada. Macam mana nak suap dia?"

Tanyaku lagi. Dia mula mengeluh kecil dan melabuhkan punggung di atas lantai bersebelahan denganku. Kepalanya digaru sebelum pipi merah si kecil itu diusap. Sambil mengusap, dia juga turut memujuk.

"Shhh. Kenapa ni? Kenapa menangis ni, sayang?" soalnya kepada bayi tersebut.

Bayi perempuan itu masih lagi kecil usianya. Lihat saja pada tubuh badannya, kurus sahaja dapat kulihat. Tapi itulah, manusia mana yang sanggup buang dia? Dia langsung tidak bersalah.

"Awak, dia menangis lagi kuat. Macam mana ni?" ujar Taehyung dengan wajah yang mula kerisauan. Aku menghelakan nafas perlahan.

"Apa kata kita-"

"Mmm... Baby siapa menangis ni?" suara seseorang mematikan perbualan kami. Spontan aku mengalihkan pandangan ke arah anak tangga. Sungjae melangkah turun sambil menggosok-gosok kedua belah kelopak matanya.

Mesti tidur dia terganggu, kan?

"Eh, ada baby? " sambungnya lagi dan terus menuju ke arah sofa yang adanya aku, Taehyung dan bayi tersebut. Punggungnya pantas dihenyakkan ke atas sofa lalu wajah si kecil itu dipandang.

"Comelnya! Baby siapa ni?" tanya Sungjae. Aku tersenyum kecil lalu rambut anak lelaki itu diusap.

"Baby ni tumpang rumah kita sekejap. Tapi... mama tak tahu macam mana nak pujuk dia. Dia menangis teruk." kataku. Sungjae yang mendengar mula mengangguk dengan membulatkan mulut.

"Sungjae tahu nak buat apa."

"Macam mana? Nak buat apa?" soal Taehyung dengan kening yang terangkat. Sungjae tersenyum lebar lalu kembali berdiri. Telapak tangannya ditunjukkan.

"Kejap! Sungjae ambil sesuatu!"

Dalam beberapa saat, terus si kecil itu hilang dari pandangan. Laju sahaja dia berlari naik ke tingkat atas. Aku memandang Taehyung dan dia hanya memuncungkan bibir.

"Dia nak buat apa?"

"Entah."

"Dah jumpa!" buat kali kedua aku memandang ke arah anak tangga. Dapat aku lihat sesuatu benda yang dipegangnya ditangan kanan. Kim Sungjae pantas menghampiri kami semula lalu benda itu disuakan. Aku mula memandangnya pelik. Benda tersebut aku ambil dari tangannya.

"Botol susu?"

"Hm! Sungjae selalu bawa dalam beg sekolah Sungjae. Hihi!" gelaknya kecil. Aku yang melihat mula tersenyum mekar. Akhirnya, selesai satu masalah. Aku memandang Taehyung semula. Dia juga tertawa kecil. Tangannya tidak henti menepuk bayi tersebut.

"Emm.. Sungjae ada bawa susu sekali tak?" soalku lagi. Mungkin dia bawa juga kan?

Kim Sungjae menggeleng dengan bibir yang dimuncungkan. Senyuman aku perlahan-lahan pudar. Tiba-tiba aku dapat rasakan bahu kananku disentuh. Terus aku memandang ke arahnya.

"Tak apa. Saya ada idea."

Kata Taehyung dengan senyuman senget. Keningnya diangkat dan diturunkan berkali-kali. Kali ini aku memandang ke arah Sungjae pula.

"Apa pula yang papa Sungjae tu nak buat?"

"Entah."

🌼🌼🌼

"Tadaaaa!"

Tersentak aku dibuatnya apabila Taehyung muncul dihadapan pintu rumah dengan berbekalkan botol susu yang terisi dengan susu sekali. Dia curi mana ni?

"Dapat mana ni? Kedai buka ke pukul 4 pagi ni?" tanyaku. Dia menggeleng lalu pintu rumah ditutup dan dikunci. Pantas sahaja langkahnya menuju ke arah sofa. Botol susu itu diberikan kepada aku.

"Minta dekat jiran sebelah. Fuh, selamat dia baik hati bagi dekat kita sikit. Selamat juga diorang bangun tidur tadi." balas Taehyung. Aku mengangguk faham.

Kini, tubuh si kecil itu aku angkat lalu letakkan ke atas riba. Kepalanya aku lapikkan dengan lengan lalu puting botol susu tersebut aku suakan ke dalam mulutnya. Laju sahaja dia minum. Bibir aku serta merta kembali melebar. Sukanya dia!

"Alaaa, senyap dah dia."

"Itulah. Comelnya dia." pujiku. Sambil memegang botol susunya, sambil tanganku menepuk badannya. Hati aku tiba-tiba sahaja merasakan sesuatu yang agak pelik.

Mataku berkaca tanpa sebab. Senyuman aku tidak henti-henti ditayangkan. Kepalaku ditundukkan sehingga hidungku berlanggar dengannya. Mata si kecil itu mula memandang ke arahku dengan bibir yang setia dengan puting botol. Perlahan-lahan air mataku mengalir. Senyuman aku mekar bak bunga yang mengembang.

"Kenapa ni? Awak menangis ke, Jiyeon?" ujar Taehyung lalu belakang tubuhku diusap. Aku mula teresak kecil.

"Mama Jiyeon? Kenapa mama menangis?" kata Sungjae lalu memandang aku dari bawah. Pipi aku diusapnya. Aku terus mengangkat wajah lalu senyuman aku dimekarkan. Air mata yang mengalir aku biarkan. Pantas pipi Sungjae dikucup olehku.

"Awak? Kenapa?" tanya Taehyung kerisauan. Aku menggeleng lalu air mataku dikesat dengan telapak tangan. Helaan nafas aku lepaskan lalu senyuman lebar aku tayangkan.

"Tak ada apa. Saya cuma... dapat rasakan kebahagiaan tu datang. Saya rasa yang impian saya dah tercapai, Taehyung." jawabku dengan air mata yang mengalir turun. Taehyung yang mendengar mula kembali tersenyum kecil. Rambutku diusapnya pula.

"Saya pun rasa bahagia, Jiyeon. Lagi-lagi bila ada Sungjae dan Aera."

"Aera?" aku menyoal dengan kening yang terjungkit. Dia mengangguk laju lalu rambut yang sedikit lebat pada bayi kecil itu diusap. Senyumannya mekar.

"Aera. I will give her name, Kim Aera. Kim Aera dan Kim Sungjae "

Aku mula terkedu. Wajah Taehyung yang penuh dengan kegembiraan itu aku pandang. Luluh hatiku dibuatnya. Wajah gembiranya betul-betul membuatkan aku rasa tenang.

"Saya akan sayang diorang macam anak saya sendiri."

🌸🌸🌸

Happy family betul.

Flower Road [KTH] Where stories live. Discover now