S-9 »Child«

25 6 0
                                    

Aku berjalan perlahan-lahan dibelakang dia. Sesekali bulu romaku tegak disebabkan suasana malam yang agak sunyi itu.

Pintu pagar utama dibuka olehnya tanpa rasa ragu lalu langkahnya diaturkan keluar. Ya Tuhan, kenapa dia ni berani sangat?

"Tae, tak payah lah tengok."

"Ish, jangan mengadalah. Kita dah sampai dekat luar ni." balasnya dan menarik lenganku dari melarikan diri. Bibirku dicebik dengan rasa geram. Pantas dia menarikku keluar menghampiri bunyi tangisan yang semakin kuat.

"Uwaa!!"

"Anak siapa yang menangis ni!" bisikku kuat sambil mencengkam lengan bajunya. Dia yang paksa aku ikut, kan?

"Macam makin dekat je bunyi." katanya dan melangkahkan kaki lebih laju. Aku dengan rasa terpaksa melajukan diri juga ke hadapan.

Langkah kami berdua dengan pantas menuju ke arah tempat lunggukan sampah yang berada tidak jauh dari kawasan rumah. Pemandangan kami mula liar ke sekeliling tempat. Cube mencari dari mana datangnya suara itu.

"A-awak, s-saya pernah dengar k-kalau ada bunyi malam-malam, i-itu tandanya ada benda mengilai-"

"Saya lari tinggalkan awak dekat sini nanti, Jiyeon. Baik awak jangan merapu." balasnya pantas. Lampu suluh yang terpasang melalui telefon itu disuluhkan ke sekeliling tempat. Air liurku ditelan perit.

Tiba-tiba, aku terpandang ke arah sebuah kotak yang berada disebalik sampah sarap tersebut. Kotak itu pula seakan-akan bergerak dengan sendirinya. Laju sahaja lengan Taehyung aku peluk lalu menyorokkan diri dibelakangnya. Ya tuhan, apa pula tu!

"Apa tu apa tu apa tu!"

"Kenapa ni?!" soalnya terkejut. Jariku secara spontan ditujukan ke arah kotak tersebut. Lampu telefon disuluhkan ke arah kawasan itu juga.

"K-kotak tu bergerak lah!!" jeritku dan terus memanjat belakangnya. Lehernya aku paut dengan kuat sehingga tidak menjejakkan kaki ke atas tanah. Biarlah dia tercekik pun!

"Jiyeon! Mati saya nanti!"

"Hantu! Hantu tu hantu!"

"Sakitlah!" balas Taehyung sambil menepuk kuat lenganku yang melingkari lehernya. Merah padam wajah Taehyung sebaik sahaja aku menjatuhkan diri semula ke atas tanah. Fuh, peluh dia lain macam.

"Janganlah takut sangat!" katanya kuat secara berbisik. Aku mula mengertap bibir dan kembali merapatkan diri dengannya. Lelaki itu sekadar menggeleng dengan keluhan lalu langkahnya ditujukan ke arah kotak tersebut.

"Jangan, Taehyung!" kataku sambil menarik kuat legannya. Tetapi itulah, apalah sangat kekuatan aku untuk melawan kudrat dia yang seganda lebih itu.

Kim Taehyung mula menundukkan diri lalu kotak yang dari tadi bergerak-gerak itu disentuhnya. Kotak tersebut perlahan-lahan dibuka dengan lampu telefon yang disuluhkan terang ke arahnya.

Sebaik sahaja dibuka, pandangan aku dan Taehyung mula bertentangan antara satu sama lain. Terdiam kami berdua sejenak. Air liurku ditelan dengan dahi yang berpeluh. Dia pula terkedu dengan bibir yang bergetar.

"T-tae, a-awak nampak apa yang saya nampak?" soalku perlahan. Dia mengangguk benar. Kotak itu dibuka dengan lebih besar dan jelas menunjukkan isi yang ada didalamnya.

"B-baby?"

🌸🌸🌸


Anak siapa tertinggal ni?

Flower Road [KTH] Where stories live. Discover now