S-12 »Fear«

31 5 0
                                    

   [3 tahun yang lalu]

"Saya tak sempurna. Awak tak akan bahagia dengan saya, Taehyung." ujarku sambil memandang redup wajahnya. Dia menggeleng dengan senyuman. Telapak tanganku dicapai dan digenggam.

"Kita belum cuba, Jiyeon. Saya tak kesah kalau kita ada anak ataupun tidak. Asalkan, awak tetap ada dengan saya. Bukan ke itu impian awak?"

Soalannya membuatkan aku menghelakan nafas. Ragu-ragu aku dibuatnya. Tanganku yang digenggam ditarik perlahan. Kotak cincin itu ditolak hampir dengannya juga.

"Saya tak nak jadi penghancur masa depan orang. Awak carilah perempuan lain. Saya tak layak untuk dijadikan isteri. Saya tak nak rumah tangga kita nanti hancur disebabkan benda ni. I cannot trust men anymore. "

"Tapi saya bukan macam lelaki yang lain. Believe me. I will never do such those crazy things. I will take care of you like my own. Will you trust me? "

Kata-katanya kembali membuatkan aku terkedu. Rasa bersalah pula apabila menolak lamarannya. Rasa bersalah juga jikalau aku menerimanya. Aku bukan seperti wanita lain yang boleh berikan kebahagiaan kepada pasangan masing-masing. Aku tak sempurna.

"Saya tak nak. Jangan paksa saya."

"Please. Saya ikhlas untuk jadikan awak pasangan hidup saya."

"Kita tak akan ada anak, Taehyung. Apa gunanya perkahwinan tanpa ada anak? Tak bermakna, awak tahu tak?" bidasku dengan mata yang mula berkaca. Dia mula terdiam.

Aku agak sensitif dengan perkara ini. Aku pun mahukan kehidupan seperti wanita lain. Aku cemburu dengan kehidupan mereka yang serba sempurna.

"Saya tak akan kahwin dengan sesiapa sehinggalah hujung hayat saya. Saya tak nak jadi pemusnah kehidupan seseorang. Please understand me. "

"Tapi saya yakin yang kita akan bahagia." jawapan laju yang meluncur keluar membuatkan air mata aku menitis. Lelaki itu kembali menarik tanganku lalu digenggamnya erat.

"Terima saya, Jiyeon. Saya janji yang saya akan jadi your perfect husband."

🌼🌼🌼🌼

"Termenung apa tu, wak?"

"Hah? Oh- tak ada apa." balasku terkejut apabila suara dia menyapa di gegendang telinga. Terus dia tertawa kecil lalu kerusi disebelah dihenyaknya.

"Tipu. I've been with you for 3 years. Tell me, what is it?"

"Nothing. Jangan risau." balasku dengan senyuman. Dia mula mengangguk lalu kedua-dua belah bahunya diurut. Penat agaknya.

"Penat sangat ke hari ni?" soalku. Dia mengangguk buat kali kedua lalu bahu kanannya ditumbuk perlahan olehnya. Aku sekadar tersenyum melihat kelakuannya sewaktu itu.

"Letih jaga anak ke?"

"Ish, mana ada lah. Saya tak pernah penat jaga diorang. Rasa lagi happy ada lah." jawabnya dengan senyuman lebar. Tergelak kecil aku dibuatnya.

"Seronok ada anak?"

"Of course lah. Rasa macam rumah ni riuh sikit dengan adanya diorang. Iyelah, dah nak dekat tiga tahun kita tinggal berdua je. Tiba-tiba diorang muncul." katanya dengan senyuman mekar.

Senyuman aku semakin lebar. Tiba-tiba sahaja hati aku bagaikan tersentuh. Wajahku didongakkan sedikit untuk mengelakkan air mata daripada mengalir. Keluhan aku lepaskan lalu memandangnya semula dengan senyuman yang tidak lekang.

"A-awak kenapa?" soalnya terkejut apabila melihatku.

"Apa?" jawabku kecil. Tiba-tiba pipiku disentuh perlahan. Jarinya yang basah akibat titisan cecair itu membuatkan aku terkedu.

Jatuh juga air mata aku tadi.

"Menangis ke? Lah, kenapa ni? Saya ada salah cakap ke, Jiyeon?" tanyanya risau dengan kening yang bertaut. Pantas aku menggeleng lalu pipiku yang sedikit basah itu diseka laju dengan telapak tangan. Mulalah hidungku pula bertukar warna kemerah-merahan.

"T-tak ada apa. Betul."

"Jangan tipu. Cakaplah Jiyeon. Saya nak tahu, sayang. Kenapa awak menangis?" ujarnya lagi sambil merenungku lama. Keluhan aku lepaskan perlahan sebelun kembali tersenyum memandangnya. Pipi dia aku sentuh seketika sebelum mula menuturkan kata.

"Saya gembira, Tae. Saya rasa gembira sangat sekarang ni. Saya ada awak, Sungjae dan Aera. Walaupun, diorang tu bukan anak saya sendiri, tapi saya rasa bahagia. Saya suka tengok awak macam ni. Saya risau yang awak tak bahagia dengan saya, Taehyung."

Tuturku dengan air mata yang mengalir. Sesekali esakan aku berbunyi. Biarlah aku luahkan segala yang terpendam di dalam hatiku kepadanya.

Taehyung yang mendengar mula tersenyum kecil. Air mata yang mengalir di pipiku kerap disekanya. Sambil aku bercerita, sambil dia mengelap air mataku yang mengalir.

"Bukan ke yang saya dah janji dengan awak, Jiyeon? Saya cakap yang saya akan tetap bahagia dengan awak walaupun kita tak ada anak." katanya lagi dengan senyuman. Aku mengangguk faham.

"Saya risau kalau diorang pergi. Saya tak tahu bila ibu bapa diorang akan ambil diorang semula. Saya tak nak hilangkan kebahagiaan kita, Taehyung. Saya takut." luahku lagi dengan esakan. Pantas sahaja tubuhku didakapnya. Belakangku ditepuk dengan pujukannya.

"Saya pun takut, Jiyeon."

🌸🌸🌸

Saya buat bila ada mood and free time je hehe





You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 06, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Flower Road [KTH] Where stories live. Discover now