Instagram : Platform yang menunjukkan kekayaan, kecantikan, populariti
Twitter : Platform untuk mengutuk. Mengeluarkan pendapat yang terkadang tidak berasas dan tidak ada research.
Facebook : tempat untuk melakukan pelbagai aktiviti sosial
whatsapp : tempat yang aku benci kerana terpaksa berhubung rapat. jadi, rutin harian bangun tidur kena tgk whatsapp untuk tengok update dr lecturer dan classmate. mostly bertanyakan tentang studio (student landscape architect)
konklusi dari semua laman sosial ni adalah aku fed up. terasa satu rantai yang tak dapat dibuka walaupun ada kuncinya. aku tak dapat lari dari realiti hidup zaman sekarang. mungkin juga aku tak dapat menerima realiti kerana aku masih hidup di awang-awangan. masih lagi berangan.
cuba korang lepaskan telefon sekarang jangan letakkan kesemua laman sosial tadi dalam otak korang nescaya apa yang korang akan jumpa adalah ketenangan. kerana korang selalunya inginkan ketenangan tp korang tidak mahu mencari penyelesaian maka aku bagitau. YA UMUR AKU 24 TAHUN, TAHUN INI (2020). kalau dilihat dr perspektif umur ya memang aku dikira mentah. tapi kadar kematangan seseorang bukan dikiran dari umur namun pengalamnnya. so superiority terhadapa umur kena berubah.
kenapa aku katakan media sosial punca segala permasalahan?
golongan orang yang berada di media sosial adalah golongan yang menghamburkan cara pemikirannya mengikut emosi sendiri tanpa fakta yang kukuh menyebabkan aku berfikir dengan dalam dan mempersoalkan banyak perkara dan secara tidak langsung aku sendiri mencari masalah dengan mereka dengan bertanyakan persoalan yang ada di otak aku. mula2 ia medan perdebatan bagi aku lama-kelamaan ia merosakkan otak dan emosi aku. emosi aku jadi terganggu dan keliru. dan otak aku tidak habis berfikir dengan sesuatu yang aku tidak setuju. hasilnya, overthinking.
antara penyebab aku depresi adalah overthinking.
Aku di diagnose dengan mental illnesses yang aku kira mustahil untuk aku mempunyai gejala tersebut. therapist aku menyarankan aku untuk menulis untuk melepaskan beban dari kepala aku kerana asyik berfikir. sebagai seorang yang 'bermasalah' aku selalu fikir di manakah kesilapan aku, apakah puncanya, bagaimanakah solusi nya. tanpa aku perasan yang aku sebenarnya dah pun over thinking. aku tenggelam dengan dunia yang aku cipta sendiri sampaikan ianya affect kehidupan realiti aku.
aku sedar bukan aku sorang saja yang bermasalah di dunia ni. aku sedar bahawa semua orang stress dan mempunyai tapi benda ni depends dengan kita. either kita dapat control ke x. kalau korang tak dapat control it's okay. take your baby steps.
dulu aku cuma tahu internet mengeratkan jurang dunia. tapi..... akhirnya aku faham dengan yang lagi dalam. Inilah yang kt katakan dunia tanpa sempadan. bukan sahaja ada jaringan untuk berhubung dengan pantas dari segi maklumat tetapi juga ...
mempunyai jaringan yang membelitkan lagi masalah dan boleh memasuki kehidupan peribadi kita. atau mungkin juga teori konspirasi untuk menghancurkan sesebuah negara dengan mencuri data online. disebabkan itu kebanyakan pakar IT rata-ratanya dari negara barat. kita dalam pemerhatian mereka.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
OKAY ! aku done ovethinking. korang nampak kan kat mana aku bawa topik media sosial yang akhirnya kepada kehancuran dunia akhir zaman ni.
INI la contoh seseorang yang OVERTHINKING. bagi korang yang membaca mesti korang tak faham macam mn aku boleh membuat perkaitan yang macam ni. JUJUR aku katakan aku pun tak faham dengan diri aku sendiri.
wattpad ni adalah platform untuk aku bercakap macam ni untuk mengelakkan aku sendiri membebankan otak aku dengan benda bodoh yang aku fikir.
So, thank you kepada sesiapa yang membaca sampai habis. ^___^ aku bukanlah orang yang pandai buat novel fiksyen ke non-fiksyen tapi aku suka bercerita pasal diri aku, apa yang aku fikir, alami dan juga rasa.
AKU RASA AKU ORANG YANG EKSPRESIF. aku suka express apa yang aku ada, rasa, fikir semua tu.
ASSALAMUALAIKUM, BYE.
YOU ARE READING
Aisyah's open diary
RandomIni adalah diari yang mengumpulkan segala pemikiran yang sekian lama tersemat dalam otak. x mampu diluahkan sebab pandangan orang yang menghalang dan menyekat cara kita berfikir secara independant. kadang terfikir kenapa perlu mengambil ideologi org...