DEBAT

8 0 0
                                    


2:09 am : Masih lagi bangun dan bernafas. 

Masa menyendiri masa untuk aku banyak mengelamun dan bercakap dengan diri sendiri.

So aku dah bazirkan masa aku dengan menonton Youtube Channel Hazeman Huzir. 

Yes, aku kerap kali bazirkan masa aku menonton youtube channel haze. Aku suka dengan cara pemikiran dia yang dalam tapi simple. Aku rasa ada sedikit hazeman dalam aku. 

Sebabnya aku x suka ambil port dalam isu yang tah pape contoh; isu fynn jamal, caprice n wardina tu. Jujur aku x suka sangat pendekatan kak fynn dalam berdakwah.

TAPI !!! aku x salahkan apa yang kak fynn cakap dan cuba perbetulkannya dengan cara aku supaya aku puas ! 

Rata-rata Orang MELAYU kita nak orang lain bersependapat dengan kita. KENAPA? 

korang kena sentiasa faham yang SEMUA ORANG ADA PENDAPAT dan TIDAK semestinya pendapat tersebut disangkal dan diterima bulat2. Kita sendiri sebagai pendengar kena digest maksud dia. FIKIR LA. GUNAKAN SENI BERFIKIR ANDA. HUSNUDZON. 

mungkin cara penyampaian dia x kena dengan kita tp janganlah samakan cara perbahasan dia dengan cara kita. 

kita kena faham

ADA ORANG X NAK KITA FAHAMKAN DIA,

ADA ORANG TERIMA PENDAPAT KITA

macam ko nak LGBT berubah

Korang nasihatkan dia, supaya berubah 

tapi kalau diorang x nak DIUBAHKAN...

so korang rasa korang terus putus asa ke?  KORANG DOAKAN DIA. bukankah mencegah Amar Makruf Nahi Mungkar ada 3 cara? korang tahukan itu? kalau korang orang islam. 


macam tu juga kalau korang dikurniakan ilmu yang lebih daripada Orang yang korang  debatkan, Kalau opponent korang orang yang tidak berilmu bukankah korang patut diam untuk elakkan masalah sebab diorang memang dah TAK NAK DENGAR selepas ilmu tu disampaikan.

So korang doakan dia agar diberi cahaya untuk memahami. 

Benda ni selalunya terjadi dengan aku. di mana aku selalu menolak pendapat atau cerita orang lain tapi setelah aku mengambil masa untuk berfikir dan relatekan sesuatu benda dengan sekeliling aku, aku faham kenapa certain orang beri certain nasihat daripada aku. 


POKOKNYA minta hati untuk menerima teguran agar ilmu itu boleh masuk. 


cara terbaik adalah korang perjelaskan dengan nada dan cara yang diorang boleh terima. mungkin tunjukkan situasi/ contoh yang betul barulah penerimaan terhadap sesuatu perdebatan tu boleh diterima oleh kedua-dua pihak walaupun pendapat still tidak diterima. sebab dengan cara ini opponent korang akan sedikit sebanyak akan berfikir.

sesetengan daripada kita TIDAK ADA kemampuan berdebat seperti ZAKIR NAIK YE. jangan nak memandaikan HUKUM ORANG SESUKA HATI dan mengkritik. 

Aisyah's open diaryWhere stories live. Discover now