Teaser 13 (1)

98 3 0
                                    

SAAT HARUS MEMILIH

BAB 13 (1)

"Tak apa la mak. Walaupun Dhani sayang Aisya, tak bererti kami berdua ada jodoh. Dhani hormat permintaan Mak Cik Som agar jauhkan diri dari Aisya. Dhani buat demi Sya juga, mak. Dhani tak mahu Aisya dilayan begitu buruk oleh ibunya sendiri." Berkaca mata Dhani saat mengingati gadis itu.

"Walaupun perit, Dhani akan cuba untuk bertahan mak! Mak jangan risaukan Dhani. Dhani boleh hadapi semua ni." Dhani tunduk memandang lantai. Kata-katanya hanya untuk menghilangkan kerisauan ibunya sahaja. Selebihnya hanya menyiatkan hatinya yang sedia terluka.

Beberapa minit kemudian, Dhani bingkas bangun dari beranda, sedikit mengejutkan Puan Amizah.

"Kamu nak ke mana Dhani?"

"Tak ke mana, mak. Dhani nak ke bilik saja. Mak berehatlah. Nanti Dhani makan ya, mak! Mak jangan risau. Dhani senduk sendiri nanti nasinya."

"Hmm... yalah!" Puan Amizah mengangguk. Dadanya diusap perlahan.

Di biliknya, kaki Dhani melorot jatuh ke lantai dengan posisi tubuh yang sedang bersandar di dinding pintu. Tangisan kecilnya terhambur keluar setelah berusaha menahannya dari dilihat ibunya tadi. Esakan keluar dari bibirnya. Dia benar-benar merasa tersiksa kerana perpisahan ini.

"Sya!" Dhani menggengam kolar bajunya.

Beberapa minit melepaskan tangisan, dia mulai beristighfar. Dhani bangkit dari jatuhnya seraya bergerak ke hadapan lalu duduk bersila di atas katil pula. Dhani bermenung di situ pula buat sekian lama.

Teringat akan esak tangis Aisya beberapa hari yang lalu. Hatinya tersayat melihat Aisya begitu. Dia tidak mampu berbuat apa-apa untuk menenangkan gadis itu. Dia hanya mampu melihat Aisya menangis. Melihat kemarahan Puan Kalsom kepadanya.

Dendam Puan Kalsom yang masih membara terhadap ibunya belum reda. Dhani mula merasakan yang hubungannya bersama Aisya mulai berkubur. Tiada apa lagi yang boleh diselamatkan.

Bagaimana pula dengan Aisya di sana? Adakah dia masih lagi bersedih? Talian telefonnya tidak aktif sejak kejadian itu. Sehari pun mereka berdua tidak dapat berhubung. Dhani rindu suara Aisya. Dhani ingin melihat wajah gadis comel itu.

Hatinya meronta ingin pergi ke rumah gadis itu untuk memujuk Puan Kalsom. Tetapi, jika Dhani berbuat demikian, apakah segalanya akan terlerai? Adakah semuanya akan merubah kenyataan? Bagaimana jika ianya semakin parah?

Dhani bingung memikirkannya. Dia mahu menjaga hati ibunya yang masih sedih dengan tohmahan ibu Aisya itu. Rasanya tidak wajar jika dia pergi menemui Aisya saat ini.

Semalam Dhani sempat melihat ibunya sedang menangis di dalam bilik dengan memeluk gambar Dahlia, kakaknya yang telah tiada. Luluh hatinya melihat bahu ibunya terhinjut-hinjut menahan esakan.

Jadi... Dhani tak mahu ego untuk menemui Aisya buat masa ini walaupun rasa rindu itu menjeratnya setengah mati...

Tekan link yang tertera dibawah untuk tempahan. www.wasap.my/60175816031/saatharusmemilih/penerbitanilhamsantai

my/60175816031/saatharusmemilih/penerbitanilhamsantai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



arenayidin

30 Jun 2020

Saat Harus Memilih [ TERBIT ]Where stories live. Discover now