Bab 37

207 3 0
                                    


"Mari minum. Makan pisang goreng. Sedap ni," pelawa Aisya namun dia melepaskan satu keluhan apabila melihat Fitri sedang mengambil dua helai tisu di atas meja seraya melapik tempat duduknya terlebih dahulu.

Aisya tepuk dahi. Bapak borek anak rintik!

"Dah bersih! Mama dah lap tadi sebelum along duduk." Aisya geleng kepala.

"Tak boleh, mama! Ada kuman kat situ abah cakap. Kena lapik dulu." Fitri pandang Dhani dengan kerutan di muka. "Kan, abah?"

Dhani tayang sengihnya macam kerang busuk."Eh! Abah cakap macam tu ke? Rasanya takde," balas Dhani seraya melirik Aisya.

"Yalah... yalah. Apa-apa je. Dah, duduk elok-elok. Nah, minum milo. Hati-hati, panas. Minum perlahan-lahan. Abang, ni abang punya."

"Ya, sayang, terima kasih." Dagu Aisya dicuit Dhani. Sebelumnya seperti anaknya juga, Dhani ingin mengambil tisu untuk mengalas tempat duduknya. Namun tangan Aisya lebih pantas menyambar gulungan tisu itu.

"Sya dah lap. Dah bersih. Abang duduk je. Jangan membazir tisu."

"Alaa Sya. Along boleh je?"

"Abang kena ingat janji abang pada Sya. Ini tidak, abang galakkan along pula. Sya tak nak along jadi OCD tegar macam abang. Tolong Sya, abang."

"Okey, okey. Abang duduk sekarang, ya," ujar Dhani seraya melabuhkan duduknya. Sekeping goreng pisang masuk ke dalam mulutnya lalu dikunyah perlahan."Hmm... sedapnya."

"Pisang gorengnya beli kat mana, abang?" tanya Aisya sambil mencicipi milo panas itu.

"Tempat biasa. Mak cik Zainab. Sedap, kan? Tapi tak boleh lawan air yang Sya buat ni, lagi sedap! Tambah lagi Sya milonya." Dhani tersenyum sambil tangannya mengelus bahu Fitri.

"Abah... along nak mainan kereta dengan lori, boleh tak, abah?" Fitri pegang tangan Dhani.

"Eh? Bukan ke bulan lepas abah baru beli? Dah rosak, ke?" Berkerut dahi Dhani memandang wajah lucu anaknya meminta dibelikan mainan lagi. 'Hmmm... rabak lagi duit aku hari ni.'

"Dah patah lori tu. Kereta dah tercabut tayarnya, abah. Along nak yang lain." Fitri bercerita.

Dhani buat muka seposen. "Biar abah repair je, ya? Cuma tercabut tayar je, kan? Masih boleh guna. Tak baik membazir!" Dhani cuba memujuk.

"Tak baik kedekut sangat dengan anak tu, abang. Abang nak ganti tayar tu dengan apa pulak? Penutup botol? Abang ni kan... Sya geram betullah. Berjimat boleh tapi biar kena tempatnya." Aisya mula mengomel.

"Boleh kan mama, beli kereta mainan yang baru?" Fitri menyoal Aisya pula.

"Boleh. Tu tengok abah dah senyum. Abah cakap okey." Aisya tunjuk ibu jarinya tanda isyarat bagus.

"Sya. Sya jangan manjakan sangat along tu. Nanti dia mua. Minta macam-macam. Masa kecik ni kita kena ajar dia berjimat. Dah besar nanti, dia pandai urus diri sendiri. Pandai urus kewangan dengan bijak. Macam abang... kedekut tapi ada hasilnya. Boleh beli rumah, kereta. Tu yang abang mahu."

"Itu betul, abang. Sya setuju. Tapi sesetengah perkara abang tak boleh berjimat sangat. Sya pening dengan abang ni." Aisya juih bibirnya.

"Eh pening pulak kenapa? Ke ada isi?" Dhani cuba mengusik. "Kalau ada okey juga kan, along dah lima tahun. Mesti dia suka kalau dapat adik."

"Hah? Along nak dapat adik? Betul ke mama?" Fitri sedikit teruja.

"Taklah! Abah tu saja main-mainkan mama." Aisya cubit lengan Dhani seraya berbisik di telinga suaminya. "Abang ni gatal betul. Kenapa cakap depan along macam tu?"

"Eh tak boleh ya, sayang?  Apa salahnya. Kan along dah lima tahun. Dah tiba masanya along ada teman. Kesian dia asyik main sorang-sorang je." Dhani kenyit matanya kepada Aisya.

Aisya tertunduk malu. Sekilas wajah Dhani dilirik. Sejujurnya dia sentiasa bersedia jika Dhani ingin mempunyai anak lagi. Dia tidak keberatan untuk hamil buat kali kedua.

"Eh... Sya malu, ya? Alahai comelnya dia malu-malu tu. Geram abang tengok."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


arenayidin

20 November 2020

Saat Harus Memilih [ TERBIT ]Where stories live. Discover now