Bab 16

98 4 0
                                    

SAAT HARUS MEMILIH

BAB 16

"Aisya Marissa! Ibu cakap cukup la tu. Hiish budak ni!" Puan Kalsom menggerutu geram seraya bingkas bangun dari duduknya lalu meluru ke arah Aisya dan Dhani dengan mata yang terjegil.

Kedengaran kumat-kamit mulutnya membebel dengan butir bicara yang tidak jelas. Terkedek-kedek wanita itu berjalan sambil membimbit plastik yang berisi bunga dan barangan lain di tangan kanannya.

Sebaik sahaja Puan Kalsom menghampiri Aisya dan Dhani, dengan tidak semena-mena tubuh tua wanita itu jatuh terjelepok di atas jalan.

"Ibu!" raung Aisya melihat ibunya yang menggelupur di atas jalan dengan kepala yang bersimbah darah.

"Sya! Hei, tunggu!" Dhani menjerit melihat kejadian di depan mata."Woi! Kurang ajar kau!" Sepantas kilat Dhani mengejar lelaki yang merempuh dan meragut beg tangan Puan Kalsom hingga wanita itu terjatuh di atas jalan hingga kepalanya bersimbah darah.

Aksi kejar mengejar berlalu dua minit hingga akhirnya peragut itu semakin dihampiri Dhani. Dhani punya peluang mengejar kerana dia merupakan pelari pecut di sekolahnya dulu. Lebih-lebih lagi boleh dikatakan di hari cuti, dia selalu berjogging untuk menjaga kesihatannya.

Geram dengan tingkah peragut itu yang berusaha untuk meloloskan diri, akhirnya Dhani yang mula naik angin membaling topi keledar yang masih berada di tangannya hingga tepat mengena kepala peragut itu. Seperti yang dikehendaki Dhani, lelaki itu jatuh tersungkur di atas jalan dengan memegang kepala yang sakit.

"Orang tua pun kau nak ragut juga, ya? Tak ada otak ke apa, hah? Hei kau ni kang, kena juga penyepak aku ni kang!" marah Dhani sambil menunduk seraya mencengkam kolar baju lelaki itu.

"Tolong! Lepaskan aku. Maaf! Maaf!" rayu peragut itu.

"Kau salah orang! Orang tua yang kau ragut tu, mak mertua aku tahu tak, mangkuk! Suka-suka kau je ya... eei ikutkan hati aku ni pecah muka kau tu... hah! Geram aku!" bentak Dhani lagi, naik angin melampiaskan barannya.

Orang ramai mulai berkerumun dan peragut itu ditangkap serta diserahkan kepada pihak polis yang dihubungi kemudiannya. Selamat beg tangan milik Puan Kalsom yang kini bertukar tangan kepada Dhani.

"Sya! Dah la tu. Bagi ibu Sya berehat." Dhani cuba memujuk Aisya yang masih memeluk ibunya.

"Ibu tak apa-apa, kan? Sya takut tengok darah banyak kat kepala ibu tadi. Maafkan Sya sebab tak sempat pegang ibu sampai ibu jatuh. Maafkan Sya, ibu."

"Sya... ibu tak apa-apa... cuma sakit sikit. Sya dah bagitahu ayah ke? Aina dan Aini?" Puan Kalsom menggosok belakang Aisya dengan lembut.

"Dah, ibu. Ayah dan kakak dalam perjalanan. Tadi ayah tak ada kat rumah. Kak Aini baru balik dari rumah tunang dia, ibu."

Puan Kalsom menghela nafas. Sekilas dia memandang Dhani yang berdiri sedikit jauh dari katilnya.

"Kamu belum balik, Dhani?"

"Abang Dhani yang selamatkan ibu. Peragut tu dah kena tangkap polis, ibu. Ini hand bag ibu." Aisya menunjukkan beg tangan ibunya.

Tekan link yang tertera dibawah untuk tempahan. www.wasap.my/60175816031/saatharusmemilih/penerbitanilhamsantai


my/60175816031/saatharusmemilih/penerbitanilhamsantai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Boleh wasap saya untuk dapatkan buku ni. 0175816031

arenayidin

12 Julai 2020

Saat Harus Memilih [ TERBIT ]Where stories live. Discover now