Bab 14(2)

97 4 0
                                    


SAAT HARUS MEMILIH

BAB 14(2)

"Aisya! Masuk fitting room tu. Kita cuba yang warna putih ni, ya?" Amri di sampingnya menghulur sepasang gaun persalinan untuk dicuba. Aisya menghulur tangan menerima gaun putih itu dengan hati yang tersayat hiba.

"Aisya! Apa lagi dimenungkan? Pergilah. Lepas ni nak pergi kedai bunga pula. Kalau lambat kat sini, lambat la kita balik nanti..." Puan Kalsom mengomel pula.

Aisya mengerut muka. Dia tidak suka begini. Dijerat dengan permainan bodoh seperti ini. Wajah Amri dipandang sekilas.

Kenapa harus aku?

"Ibu tinggalkan kamu berdua di sini, ya? Ibu nak ke kedai bunga. Nanti kita jumpa kat tempat parkir je. Tunggu kamu di sini lama sangat!" Puan Kalsom ingin melangkah kaki meninggalkan tempat itu namun dihalang Aisya.

"Ibu! Sya tak selesa. Sya tak mahu. Kita tunggu Kak Aina saja ya, ibu? Sya takut cuma berdua..."

"Heh? Aina tak sempat datang. Dia sibuk. Boleh tak jangan banyak songeh sangat, Aisya? Buat je apa yang ibu suruh. Jangan banyak soal."

"Ibu tunggu la kat sini dulu. Ibu nak tinggalkan Aisya dengan Abang Amri je ke?" Aisya menjongketkan keningnya pula.

"Eh! Ibu nak cepat ni. Amri bukannya nak telan kamu. Nak takut apa? Kalau dah kahwin nanti berdua juga kan? Bukan ibu nak kena teman. Sudah! Buat je apa ibu minta." Puan Kalsom terus beredar dari butik itu tanpa mempedulikan permintaan Aisya lagi.

"Sya! Biar je ibu pergi. Sya jangan bangkang. Nanti lain jadinya. Cepat pergi cuba baju tu." Amri yang sedari tadi diam cuba bersuara.

"Tapi abang..."

"Abang minta tolong, Sya! Jangan tolak. Abang betul-betul sibuk lepas ni. Hari ni je abang free. Maaf kalau Sya betul-betul tak sedia."

Aisya tertunduk. Mengapa harus seperti ini? Mengapa harus bersama Amri? Jika orangnya Dhani, 10 kali pun dia mahu. Aisya pamer riak sedihnya. Perlahan kakinya diatur menuju ke bilik persalinan.

Tanpa di duga, Dhani di balik persembunyiannya muncul di hadapan Aisya. Terkejut bukan kepalang gadis itu dengan mulut yang ternganga namun cepat-cepat ditutup dengan telapak tangannya.

"Sya! Kenapa secepat ni? Kenapa?" Keras suara Dhani bertanya berhasil menarik perhatian pelanggan di situ.

"Abang? Err... Sya... Sya..."

"Siapa ni Sya?" Amri menyoal seraya jari telunjuknya menuding ke arah Dhani.

"Kau tu yang siapa? Tetiba je nak kahwin dengan awek aku. Kau apa hal? Dah takde pompuan lain dah kat dalam dunia ni? Awek aku juga kau nak rembat. Kau nak cari gaduh dengan aku ke, hah?" Lantang suara Dhani dengan penuh amarah.

"Woi... woi apa ni bro? Kita bincang, boleh? Jangan buat kecoh kat sini."

"Tak payah! Kang tak pasal muka kau kena penumbuk aku." Dhani merebut gaun putih di tangan Aisya lalu meletakkannya di tangan Amri. Tercengang lelaki itu dengan perbuatan Dhani.

Tangan Aisya ditarik hingga mereka berdua keluar dari pintu butik itu. "Kau jangan ikut!" ugut Dhani kepada Amri.

"Abang! Lepaskan. Sakit tangan Sya!"

Dhani melepaskan tangan gadis itu setelah mereka berdua sedikit menjauh. Ditatap tajam wajah gadis itu. "Hati abang ni lebih sakit, tahu? Sampai hati Sya kan? Baru seminggu Sya! Cepat sangat ya cari pengganti? Abang kat rumah macam nak mati rindu kat Sya. Ingat Sya. Tapi Sya? Sya dah ada orang lain. Sya kata Sya sayang abang. Apa ni Sya!"

Aisya menutup mulutnya dengan telapak tangannya lagi. Berkaca matanya.

"Abang! Biar Sya jelaskan dulu. Bukan kehendak Sya! Apa yang abang lihat semua ni pun bukan untuk..."

"Untuk apa? Patutlah handphone Sya off. Sya memang tak nak berhubung dengan abang langsung pun kan? Macam tu kan? Sekarang puas hati? Mana kad undangannya? Bila tarikh nikahnya?" Sinis kata-kata Dhani menusuk hati Aisya.

"Abang!"

"Hei! Korang buat apa pulak ni?" Amri menyapa setelah lama menunggu di dalam.

"Abang, tolong. Bagi Sya lima minit. Tolong, abang!" rayu Aisya menatap Amri.

"Okey, okey!" Amri berlalu masuk ke dalam butik semula dengan hati yang berkecamuk.

Kali ini mata mereka berdua beradu pandang. Aisya hanya mampu berdoa agar Dhani tidak meneruskan niat untuk memarahinya.

"Abang... Sya minta maaf!"

"Kenapa? Ibu Sya paksa kahwin dengan dia kan?"

"Bukan, abang!"

"Bukan? Habis tu? Yang abang lihat ni apa? Sya nak bagi alasan apa lagi?"

"Abang tolonglah. Dia bukan sesiapa pada Sya!"

"Okey! Tapi untuk apa Sya setuju?"

"Ibu... ibu cuma minta..."

"Hello? Jangan buang masa aku boleh, tak? Aku banyak urusan lagi selain nak tengok drama ni. Sya! Boleh masuk sekarang sebelum ibu datang? Please Sya!"
Kepala Amri muncul di balik pintu butik pula.

Dhani yang geram mengepal tangannya.

'Eii dia ni! Ada juga yang kena penyepak aku ni kang! Hah!'

Aisya tertunduk hiba. Mata Dhani yang tajam menikam menatapnya tadi serasa membunuhnya. Aisya melangkah kaki meninggalkan Dhani di situ. Dia segera mahu menyelesaikan urusan di dalam butik itu.

Menjelaskan kepada Dhani sekarang tidak kena pada waktunya. Bila-bila masa ibunya akan muncul. Segalanya akan menjadi lebih parah.

Untuk itu, Aisya memilih untuk pergi.

"Sya... Sya! Aarggh!"

Dhani menumbuk dinding bangunan itu. Pecah buku limanya bersimbah darah. Rasa sakit di tangannya tak sebanding dengan rasa sakit di hatinya...

Tekan link yang tertera dibawah untuk tempahan. www.wasap.my/60175816031/saatharusmemilih/penerbitanilhamsantai

my/60175816031/saatharusmemilih/penerbitanilhamsantai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Ada yang nak order blh pm ya
0175816031


arenayidin

08 Julai 2020

Saat Harus Memilih [ TERBIT ]Where stories live. Discover now