Bab 17

87 4 0
                                    


SAAT HARUS MEMILIH

"Sya ada bawa bubur nasi untuk ibu. Ibu makan, ya?"

"Ibu dah kenyang."

"Makan nasi dari hospital ya, ibu?" Aisya meneka.

"Tak. Ada orang bagi tadi. Sebelum kamu berdua sampai. Kenyang dah ibu."

"Siapa yang datang melawat ibu?"  Kening Aisya dan Aini berkerut.

"Dhani. Tiga hari ni dia datang melawat ibu. Tapi sebelum kamu sampai. Cuma sekejap bagi ibu buah dengan nasi. Setengah jam, lepas tu dia masuk kerja semula."

Membulat mata Aisya. Berbunga hatinya saat itu. 'Aduh! Terharunya. Abang Dhaniku sayang!'

"Betul ibu? Ibu tak marah Abang Dhani kan?" Aisya aju soalan, berharap ibunya tidak marah lagi.

"Kenapa pulak ibu nak marah? Dia ikhlas jenguk ibu. Ibu yang segan dengan Dhani, Sya. Sebelum ni, ibu layan si Dhani tu macam dia tak ada perasaan. Tapi dia sikitpun tak ambil hati. Kalau orang lain, ibu rasa dia tepuk tangan tengok ibu macam ni." Puan Kalsom luah kekesalannya.

"Sya yakin Abang Dhani tak simpan dendam pada keluarga kita, ibu. Ibu maafkan Kak Dahlia, ya? Abang Azhar pun salah juga. Tak adil kita nak hukum Abang Dhani atas kesalahan orang lain."

"Ibu sedar sekarang, Sya. Ibu dah banyak buat silap. Ibu bukan hanya terhutang budi pada Dhani, Sya tapi ibu berhutang nyawa dengan dia. Maafkan ibu, Sya!"

Aisya tertunduk hiba. Berkaca matanya. Sekilas wajah Aini dipandang.

"Cukup la tu. Jangan sedih-sedih. Sekarang ibu dah kenal Dhani tu macam mana. Walaupun dia tu pelik, sisi baiknya masih ada, ibu. Aini yakin, Dhani tu calon terbaik untuk jaga Sya, ibu. Ibu jangan halang hubungan Dhani dengan Sya lagi, ya? Biarkan mereka berdua berkawan."

Puan Kalsom tatap Aini. Satu anggukan diberi, mengakui keterangan Aini tadi.

🌹🌹🌹☺️

Pm pada yg berminat ya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pm pada yg berminat ya... 0175816031



arenayidin

13 Julai 2020

Saat Harus Memilih [ TERBIT ]Where stories live. Discover now