bab 21

3 1 0
                                    

" Assalamualaikum. " Lia Maisarah segera melangkah masuk.

" Waalaikumusalam, Lia. Cantik nya Lia. " Datin Dhia memeluk Lia.

" Terima kasih ummi, mana abang Az?. "

" Tu!. "

" Azriel!. "

kejut Lia Maisarah bila melihat Tengku Azriel sedang di buai mimpi di ruang tamu.

" Ummi, abang Az dah lama ke tidur dekat sini?. " soal Lia.

" Dari pagi tadi. Ngantuk sangat kata nya. "

" Lia, ummi nak cakap boleh?. "

" Cakap apa tu ummi?. "

" Lia duduk lah sini. " Datin Dhia menarik perlahan tangan Lia Maisarah. Lia mula rasa pelik.

" Lia, boleh tak Lia tunai kan hajat ummi?. " soal Datin Dhia.

Lia mula berkerut. Tidak faham dengan apa yang ingin di sampaikan oleh Datin Dhia.

" Ummi nak... " kata kata nya mati bila Tengku Azriel menyampuk.

" Cucu?. Ye ummi, nanti kita bincang pasal ni. Az dengan Lia balik dulu. " Tengku Azriel menarik tangan Lia sebaik sahaja mereka menyalam tangan orang tua nya.

" Biadap gila, ummi tengah nak bercakap kau sampuk, lepastu bla. " sampuk Tengku Fazriel.

" Kau diam!. Kau tak ada kena mengena dalam rumah tangga aku!. " jeling Azriel.

***

*Dalam kereta.

" Engkau ni tak baik tau buat ummi kau macam tu. "

" Eh aku serabut lah!, dengan ummi memekak nak cucu, dengan kau busy  kerja!, si mangkuk ayun tu nak try kau!. Aku stress lah bodoh!. " jerit Azriel. Lia terdiam.

" Kau tolong diam boleh tak!. " suara nya mula mengendur. Kerutan di dahi jelas kelihatan. Lia Maisarah masih mendiamkan diri nya.

***

*rumah.

" Tuan dengan Puan dah balik. Mak Esah ada masak sup ayam. Tuan dengan puan boleh lah makan. "

" Terima kasih mak Esah. "

Ucap Lia Maisarah. Dia melihat Tengku Azriel hanya mengendahkan sahaja. Kaki nya melangkah naik ke atas.

" Kenapa tu puan?. "

" Angin dia tak berapa baik. Mak Esah simpan je dulu, nanti saya lapar saya makan ok. "

" Baik puan. "

Lia Maisarah terus melangkah mendaki anak tangga. Tidak hairan lah kalau dengan ibu yang melahirkan nya pun dia sudah bersikap biadap, tambah dengan mak esah yang diendahkan sahaja. Kesian pun ada!. Penat orang tu masak untuk tuan nya, tapi tak di layan pun.

Sebaik sahaja tiba di dalam bilik, dia melihat Tengku Azriel yang sedang baring terkulai di atas katil. Beg sandang Lia Maisarah di letak di atas meja solek nya. Baju uniform nya, di buka begitu juga tudung nya.

Lia Maisarah segera mencapai tuala untuk memulakan proses pembersihan. Sedang mandi, dia asyik teringat tentang kejadian yang baru sahaja berlaku, bila Tengku Azriel menengking nya.

" Haish!. "

Ngeluh nya sendirian di dalam bilik air itu. Air shower yang di hadkan tidak begitu panas, membuatkan Lia Maisarah berangan di bawah air yang menitik laju turun ke rambut nya serta mengalir ke muka dan angota badan nya.

Selepas hampir beberapa minit, Lia Maisarah menutup pili air. Tuala di samping nya di capai lalu mengikat ke tubuh nya. Kepala nya masih bingung memikirkan hal tadi. Tuala lagi satu di capai seraya di pakaikan di rambut nya.

Pintu bilik air di buka. Kaki nya melangkah laju menuju ke arah bilik salin baju.

" Patut ke aku berhenti kerja?. Aku tahu, dia jadi macam ni mesti sebab aku dah tak banyak masa dengan dia. " bisik hati nya. Runsing memikirkan apa keputusan yang akan di buat nya nanti.

Next chapter

Kita Bukan MemberWhere stories live. Discover now