BRO 16 - END

517 17 20
                                    

Jam menunjukan tepat 7.30 pagi. Daniel teragak-agak untuk meneruskan langkah nya untuk menuju masuk ke dalam bilik kelas.

Dia menarik nafas nya dalam-dalam dan menghembuskan untuk kali terakhir. Mana lah tahu kot-kot dia hilang darah, pucat lesi muka nanti bila semua orang tengok dia semacam.

Ini kerana Daniel masih lagi sakit hati dengan apa yang telah Ana lakukan. Tak pasal-pasal sudah kecoh satu sekolah dengan berita yang tak betul tu.

Kalau ikutkan hati Daniel mahunya dia titik-titikan sahaja jari Si Ana tu. Sungguh geram Daniel apabila benda-benda tu akan menjatuhkan reputasi nya nanti.

Sebaik sahaja dia muncul dimuka pintu kelas, semua pelajar serentak memandang ke arahnya dan sunyi sepi seketika. Bak kata orang  macam ada malaikat lalu. Orang kata lah tak tahu lah betul ke tak kan.

Perlahan-lahan dia menuju ke tempat duduknya yang bersebelahan dengan Ivan. Dan serentak itu juga, Ivan menolak kerusinya bergema di dalam kelas dan melangkah keluar.

Semua pelajar memusingkan kepala melihat Ivan, termasuklah Daniel yang terhenti seketika dek bunyi geseran kerusi yang agak kuat memecah kesunyian tadi.

Kudin sudah mula menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal dan memandang ke arah Daniel.

Kudin:
Awat ni? Hangpa gaduh kaa? Pasai apa?

Daniel:
Eh mana lah aku tahu.

Kudin:
Kalu hang pon tak tahu, anda rasa saya ada masa untuk ambil tahu ini semua?

Daniel:
Ko jangan nak merepek boleh tak.

Kudin:
Kalu hang tak nak aku merepek. Hang kena kasi tahu apa yang dah berlaku ni. Aku tahu lah ini mesti ada apa-apa ni. Ke hang dengan Ivan pon duk merebut Amir? HAHAHAHA

Sepantas kilat tangan Daniel menepuk belakang kepala Kudin kerana geram dengan kata-kata yang langsung tidak masuk akal.

Sengaja Daniel tidak mahu kecoh-kecoh dengan apa yang telah berlaku semalam. Kudin ni pon satu bukan jenis yang duk simpan cerita. Sejenis mulut tempayan lah orang kata.

Tiba-tiba, suasana kembali riuh semula. Masing-masing menghadap telefon bimbit dan berbisik-bisik sesama sendiri dan sesekali memandang ke arah Daniel dan kembali memandang ke skrin telefon masing-masing.

Daniel dan Kudin memandang sesama sendiri dengan muka yang penuh tanda tanya. Masing-masing mencapai telefon bimbit.

Facebook Amir posting tertera:

"CLASH!...NO MORE DEAL, NO MORE DANIEL!"

Tertera ungkapan pemutusan hubungan yang tidak cukup seminggu diantara Daniel dan Amir di posting di mukabuku miliknya. Daniel membulatkan matanya menatap skrin telefon bimbit.

Serentak dengan itu, beberapa orang pelajar di dalam kelas nya mengerumuni Daniel dan diasak dengan pelbagai pertanyaan, kenapa Amir memutuskan perhubungan dia dengan Daniel walaupon belum cukup seminggu.

Tiada kata yang dapat di berikan jawapan oleh Daniel, kerana dia juga terkejut dengan posting FB itu tadi.

~~~***~~~

Ketika rehat di kantin sekolah, Ivan sengaja berlalu dan melewati meja yang sedang diduduki oleh Daniel dan Kudin. Dia sengaja mengambil tempat di meja belakang mereka. Semua yang ada di kantin melihat adegan tersebut dengan pandangan yang agak pelik.

Kudin:
Haa ni yang aku tak berapa nak gemar ni. Hey Daniel hang pi usya budak belakang hang tu.

Daniel:
Hmm nanti-nanti lah. Biar lah dia duk situ dulu.

Bromance Dude!Where stories live. Discover now