Bab 10

1.3K 55 0
                                    

SHIN Hye sedang masak di dapur untuk makan malam mereka. Dia tertanya-tanya apakah masalah yang difikirkan oleh suaminya. Sambil leka dia memikirkan hal itu, tiba-tiba dia terjerit dan menghentikan lamunannya.

"Auchhhhh!"Shin Hye melihat jarinya yang luka akibat kecuaian semasa gunakan pisau. Kris yang terdengar jeritan itu segera mendapatkan isterinya.

"Kenapa sayang?"tanya Kris sedikit cuak. Dia terkejut melihat jari Shin Hye yang berdarah itu. Dia segera mengangkat tubuh Shin Hye dan membawanya ke ruang tamu. Shin Hye hanya menahan kesakitan dan melihat gelagat suaminya itu.

Kris membersihkan luka itu dan kemudian meletakkan plaster. "Thanks, oppa" ujar Shin Hye lembut sambil merenung tepat ke dalam anak mata Kris. Kris membalas renungan itu dan menganggukkan kepalanya. Dia mengusap lembut kepala Shin Hye.

"Sayang, kita dinner di luar lah malam ni."ujar Kris. "Tapi..."belum sempat Shin Hye menghabiskan kata-katanya, Kris memotong,"okay, naik atas cepat. Tukar baju, sayang." Kris mengenyitkan matanya kepada Shin Hye.

"Okay, oppa." Balas Shin Hye tersenyum dengan usikan nakal Kris itu dan bergerak naik ke bilik mereka.

Kris hanya melirikkan anak matanya ke arah Shin Hye. Shin Hye masuk ke bilik dan mencari baju yang sesuai untuk keluar dinner. Dia mengenakan blouse ungu dan skirt pendek bewarna putih. Dia menatap mukanya pada cermin sambil mencalitkan sedikit lips gloss pada bibirnya.

Tiba-tiba, dia ternampak kelibat putih yang berlalu pantas di belakangnya. Shin Hye segera memusingkan kepalanya untuk mendapatkan kepastian. "Oppa?" Shin Hye berdiri dan bergerak menuju ke pintu.

Tiba-tiba matanya terpandang pada sebuah bilik. Dia seperti ternampak sebuah lembaga perempuan yang sedang menyisir rambutnya. Dia terpaku melihat lembaga itu.

"Sayang! Dah siap ke? Sayang buat apa lama sangat di atas?"jerit Kris sambil menaiki tangga untuk melihat isterinya.

Shin Hye segera melihat ke arah Kris yang menaiki tangga itu. "Sayang buat apa tercegat kat situ? Dah siap ke?" Tanya Kris. Shin Hye tidak membalas pertanyaan Kris dan memandang semula ke arah bilik itu. Lembaga tadi sudahpun tiada.

"Sayang, tengok apa tu? Okay tak?" Tanya Kris lagi. "Uhhh. Oh, jap saya ambil handbag."Shin Hye memandang sekilas ke arah bilik itu dan masuk ke bilik untuk ambil tasnya. Kemudian dia mendapatkan Kris yang menunggunya di luar bilik.

Kemudian mereka keluar untuk dinner di sebuah restoran mewah dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Chanyeol.

Tiba di restoran itu, mereka segera mendapatkan tempat duduk. Selesai order untuk dinner, Kris memandang muka Shin Hye yang sedikit cemas itu. "Sayang. Kenapa? Awak tak sihat ke?" Tanya Kris lembut.

Shin Hye hanya menggelengkan kepalanya. Dia masih tertanya-tanya tentang kelibat perempuan yang dia nampak di rumah tadi. Kemudian dia segera meyakinkan dirinya. 'Shin Hye, kau salah tengok tu. Jangan risau..' ujarnya dalam hati.

Selesai menikmati makan malam, mereka bergerak pulang ke banglo tersebut. Tiba di rumah, Shin Hye menghempaskan punggungnya di atas sofa yang empuk itu. Kris kemudian mengambil tempat disebelah isterinya itu.

"Sayang, dahlah. Jom naik atas."ajak Kris sambil menunjukkan muka nakalnya. Shin Hye memukul lembut bahu Kris. Kris menarik pinggang Shin Hye lalu mengangkatnya naik ke bilik mereka. Shin Hye terkejut dan hanya melemparkan senyumannya.

Kris menghempaskan tubuh Shin Hye di atas katil dan membaringkan dirinya di sebelah isterinya. "Sayang, awak happy tak ?"tanya Kris manja dan menghadap ke arah tubuh Shin Hye. Shin Hye hanya memandang ke atas dan berkata "saya happy sangat. Asalkan awak bersama saya." Shin Hye memandang muka Kris.

Misteri Banglo SewaWhere stories live. Discover now