Bab 2

1.9K 87 1
                                    

'AKHIRNYA... Aku dah pun ada ijazah. Sekarang aku perlu cari pekerjaan pula. Yey! Tak sabar rasanya nak nikmati hidup sendiri.' Detik hati Park Shin Hye. "Aku nak balik jumpa omma dululah. Pasti omma gembira!" Kata Shin Hye. "Telefon dululah, nanti omma terkejut pula."Shin Hye tersenyum gembira.

"Hello, omma. Shin Hye dah habis study. Shin Hye nak balik rumah ni" kata Shin Hye pada mamanya, Choi Ji Woo. "Oh ya? Okay, baliklah. Omma tunggu."balas ibunya turut gembira. Shin Hye meletak panggilan. Dia berasa tidak sabar untuk bertemu dengan mamanya setelah sekian lama berjauhan.

Tiba di rumahnya, Shin Hye mengetuk pintu. "Omma!"panggil Shin Hye. "Iya, omma datang.. sekejap ya!" Balas ibunya sambil menuju ke pintu. "Omma!! Rindunya Shin Hye dekat omma. Dah lama tak jumpa omma."kata Shin Hye terlalu gembira lantas memeluk ibunya. "Omma pun.. dah besarpun anak omma ni. Dah jom masuk" ajak ibunya.

"Omma buat apa tadi?"tanya Shin Hye manja. "Omma masak makanan kesukaan Shin Hye. Jom makan?" Ajak ibunya. "Iya? Ni lagi Shin Hye sayang omma ni!" Ujar Shin Hye teruja. Yelah, tak sangka ibunya akan memasak makanan kesukaannya. Mereka menuju ke ruangan makan.

"Jadi.. apa perancangan Shin Hye lepas ni? Bagaimana kerja?" Tanya ibunya. "Shin Hye ingat kan omma.. Shin Hye nak cuba dulu mohon kerja dekat Syarikat XOXO Holding"ujar Shin Hye. "Dengar dekat syarikat tu perlukan assistant untuk C.E.O." sambung Shin Hye.

"Ha. Bagus sangatlah macam tu. Cubalah kamu minta nanti. Bila tarikh interview?"tanya ibunya. "Hari Isnin. Eh, esoklah omma." beritahu Shin Hye.

Selesai makan, Shin masuk ke biliknya untuk membersihkan diri. Kemudian, dia keluar semula ke ruang tamu. Dia membuka televisyen dan menonton drama yang baru disiarkan di kaca televisyen. "Drama apa yang best ? Dah lama tak update"kata Shin Hye sambil menukar rancangan.

Tiba-tiba ibunya datang ke ruang tamu dan menegurnya " Shin Hye, kamu dah siapkan ke baju yang perlu pakai esok?"tanya ibunya. "Nantilah omma.. Shin Hye nak tengok cerita Secret Love ni. Omma dah tengok ke cerita ni?"katanya. "Ish kamu ni. Selalu macam ni. Sukar sangat menangguhkan kerja. Pergilah cari baju dulu.. nanti kelam kabut pula kamu esok." Bebel ibunya tanpa mengendahkan pertanyaan anaknya.

"Okaylah omma..."lantas Shin Hye berdiri untuk ke biliknya. "Haa.. bagus. Kan senang nanti kalau dah prepare awal-awal."kata ibunya. "Anything for you, omma"ujar Shin Hye manja.

Di dalam bilik, Shin Hye membuka almarinya lalu membelek-belek pakaian yang sesuai. Lalu dia mengambil blouse bewarna pink cair dan mencubanya. "Hurm.. macam okay juga ni" sambil mengambil skirt paras lutut bewarna putih lalu memakainya.

Shin Hye keluar ke ruang tamu dan bertanya pendapat ibunya. "Omma, cantik tak?" Sambil menggayakan pakaiannya seperti seorang model. "Cantik.. anak omma sentiasa cantik"kata ibunya. "Hehehe.. Shin Hye tahu.."balas Shin Hye sambil tersenyum.

Selesai makan malam, Shin Hye berehat di ruang tamu seketika. 'Hurm... aku harap-harap, aku lulus interview esok' detik hatinya. "Anak omma ni termenung apa?"teguran ibunya mengejutkan dia dari lamunan. "Ehh, takde apa lah. Shin Hye cuma harap lulus untuk interview esok je."balas Shin Hye.

"Okay. Pergi masuk tidur. Kenalah tidur awal. Nanti terlepas interview pula kalau terbangun lambat nanti"ujar ibunya. "Baiklah, omma. Shin Hye masuk tidur dulu ya.." Dia mencium pipi ibunya sebelum masuk ke bilik.

Keesokan harinya...

"Shin Hye!! Jangan lupa sarapan dulu ya.. nanti kamu lapar pula" jerit ibunya. "Ya omma!"balas Shin Hye sambil menyarungkan heels bewarna pitih ke kakinya. Lalu, dia tutun ke ruang makan.

"Cantik.." ujar ibunya. "Thanks omma." Shin Hye bersarapan dengan sekeping roti bersapukan mentega. Dia minum air teh yang dibancuh oleh ibunya dan terus memohon diri untuk pergi ke interview. Dia mencium pipi ibunya dan terus masuk ke dalam kereta. Dia memandu keretanya keluar dari perkarangan rumah.

Shin Hye memandu kereta berhati-hati agar dia selamat tiba di tempat interview iaitu Syarikat XOXO Holdings.

Tidak berapa lama kemudian, Shin Hye memberhentikan kereta di hadapan syarikat itu. 'Dah sampai pun.. wah!! Besar juga syarikat ini ye.'detik hatinya. Dia melangkah ke dalam syarikat tersegut dengan berhati-hati.

Dia menekan butang lif untuk ke tingkat dua di mana pejabat tersebut berada. Dia berasa sangat gementar. Apabila lif sudah sampai di tingkat dua. Dia keluar lalu menuju ke kaunter pertanyaan. Seorang wanita menegurnya "ye, cik. Boleh saya bantu?" Tanya wanita itu kepadanya.

"Ya... saya datang untuk interview."kata Shin Hye. "Oh, cik sila tunggu di ruangan menunggu.." kata wanita itu sambil tersenyum. "Terima Kasih .....?" Kata-kata Shin Hye terhenti di situ. " ohh, nama saya YoonA."kata wanita tadi. "Okay. Terima kasih , cik YoonA"balas Shin Hye setelah tahu nama wanita itu. "Sama-sama"

Shin Hye menuju ke ruangan menunggu. Terdapat beberapa orang gadis yang menunggu giliran sepertinya untuk di interview. Lalu, Shin Hye duduk di atas kerusi yang disediakan.

Degupan jantungnya semakin laju.

Dup.. dup.. dup.. dup.. dup.. dup..dup..

Dia cuba menenangkan dirinya. Dia pergi ke tandas untuk membasuh muka. Selesai membasuh muka, dia kembali ke ruangan tadi. Tiba-tiba pintu bilik tersebut dikuak. Seorang gadis keluar menandakan selesai di interview. Kini tiba lah giliran orang lain yang akan dipanggil.

Seorang wanita lain keluar memegang sehelai kertas senarai nama. Lalu, dia memanggil.... "Park Shin Hye. Sila masuk sekarang untuk interview". Tiba-tiba, Shin Hye berasa sangat terkejut dan gementar.

'Nama aku ke dia sebut? Eh, akulah Park Shin Hye. Apa aku nak buat ni?' Hati Shin Hye semakin celaru dan dia berasa sangat gugup.. Wanita tadi mengulang semula namanya.

"Park Shin Hye!"

--------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi, bagaimana dengan bab 2? Adakah Shin Hye memberanikan diri untuk masuk ke bilik interview? Nantikan sambungannya di bab 3 akan datang. Leave your comment and do vote also follow us.. AqiChee EXO. Saya, Aqi dan kawan saya, Chee. Bye!!!

Terima kasih kerana membaca!

Misteri Banglo SewaWhere stories live. Discover now