Bab 4

1.3K 65 0
                                    

  'SEGAR rasanya lepas mandi. Yey! Aku dah dapat kerja tu. Tak rugi aku pergi try interview haritu' detik hati Shin Hye kegembiraan. Dia keluar ke balkoni rumahnya sambil memandang permandangan luar yang sungguh indah di pagi hari.

  Beberapa minit kemudian, Shin Hye masuk semula untuk bersiap. Dia mengeringkan rambutnya yang masih basah. Kemudian dia mengenakan dress berwarna hijau pasture dan mencoretkan sedikit make up pada wajahnya.

  Kemudian dia mendandankan rambutnya agar kelihatan terurus. "Omma, dah siap ke?"tanya Shin Hye mendapatkan kepastian ibunya. "Omma dah lama siap. Tunggu kamu dah dekat setengah jam di ruang tamu." Balas Puan Ji Woo.

  "Okaylah, jom pergi. Shin Hye dah siap. Sorrylah omma."Shin Hye keluar dari biliknya lalu mendapatkan ibunya. "Jom lah"balas ibunya pendek.

  Mereka menuju ke kereta dan Shin Hye memandu kereta ke shopping mall.

  Setibanya mereka di shopping mall. Shin Hye memberhentikan keretanya di hadapan mall itu. "Omma turun dulu dan tunggu Shin Hye di sini ya. Shin Hye nak cari parking dulu." Ujar Shin Hye kepada ibunya. Lalu, Puan Ji Woo turun dari kereta.

  Shin Hye memandu keretanya di parking lot untuk mencari parking sambil berceloteh,"Eh, kenapa harini parking full? Ramai pula yang datang harini. Ada apa-apa ke?" Dia meneruskan usaha mencari parking. "Hah! Ada pun satu!" Dia segera mendapatkan parking tersebut. Dia terus keluar dan lock keretanya.

  Shin Hye terus mendapatkan ibunya di hadapan mall. "Kenapa lama sangat Shin Hye? Risau omma." Kata ibunya risau. "Ishh, omma ni suka fikir bukan-bukanlah. Parking lot full. So, terpaksalah pusing-pusing cari parking." Terang Shin Hye. "Oh.."balas ibunya tanda faham.

  Mereka masuk ke dalam mall dan menuju ke butik pakaian. Serta-merta Shin Hye menjadi rambang mata untuk membeli pakai tersebut. Selepas puas melihat, akhirnya Shin Hye membeli beberapa dress, blouse dan skirt serta seluar untuk pakaiannya di pejabat nanti.

  Kemudian, dia pergi ke kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran. "Terima kasih, cik"kata juru jual. "Sama-sama"balas Shin Hye.

  "Omma, laparlahh. Jom makan dulu nak?" Tanya Shin Hye kepada ibunya sambil menggosok perut tanda lapar."hurm, yelah. Jom!" Ibunya hanya menuruti Shin Hye, sudah masak dengan perangai anaknya itu. Shin Hye memang mudah lapar sekiranya bershopping. Ye lah, penat berjalan.

  Anak-beranak ini menuju ke food court. Tiba-tiba, Shin Hye ternampak kelibat seorang perempuan yang sangat dikenalinya. Tetapi perempuan itu bersama seorang lelaki. "Omma tunggu Shin Hye di meja dulu ya" ibunya terus pergi.

   Lalu, dia menegur perempuan itu," hey! Awak YoonA kan? Kalau saya tak silaplah." YoonA membalas,"ye, saya Yoona. Oh, awak yang datang interview haritu kan? Macam mana? Dapat tak?" Tanya YoonA.

  "Dapat.. saya datang untuk shopping cari pakaian sesuai untuk masuk kerja nanti." Ujar Shin Hye. "Ohh, ya baguslah.. Oh! Lupa. Ini suami saya. Luhan." YoonA memperkenalkan suaminya. "Oh ya? Nice to meet you." Ujar Shin Hye kepada Luhan. Luhan memberikan senyuman dan berkata," me too. Btw, awak ke P.A baru tu?"

  Shin Hye hanya menganggukkan kepala. "Oh, cantik juga orangnya."sambung Luhan lagi. YoonA mencubit tangan Luhan. "Auch! Sakit. Saya main-main je lah. Awak lebih cantik"senyum Luhan sambil menggosok-gosok tangannya.

  Kemudian mereka semua tertawa. "Oh okaylah. Saya perlu pergi dulu. Omma saya sudah tunggu" kata Shin Hye, menghentikan ketawa mereka. "Okay, jumpa di pejabat!" Kata YoonA. Shin Hye mendapatkan ibunya di meja makan.

  Selesai menjamu selera. Mereka terus pulang ke rumah.

  Mereka berdua terlalu letih dan masih kenyang. Jadi, selepas membersihkan diri. Mereka terus tidur untuk mendapatkan rehat yang secukupnya. Nyenyak mereka tidur kerana terlalu letih.

HARI YANG DITUNGGU-TUNGGU TELAH TIBA...

  Kring... kring... "Urghhhh" Shin Hye bangun dari tidurnya dan menggeliat. Lalu, dia mengambil jam dan memerhatikan jarum pada jam itu. "Tepat pada masanya. Goodluck Park Shin Hye for your first day"dia memberi semangat kepada dirinya untuk memulakan kerja.

  Dia menuju ke bilik mandi dan kemudian bersiap-siap untuk ke tempat kerja. Dia menyarungkan blouse dan seluar slack putih yang dibeli olehnya dan Puan Ji Woo. Dia mencalitkan sedikit lipstick merah pada bibirnya agar kelihatan menawan.

  Dia keluar mendapatkan ibunya. "Omma!"tegur Shin Hye. "Iye, breakfast sayang. Cantiknya anak omma ni." Puji ibunya. "Iyalah omma. Nak pergi kerja. Mestilah cantik-cantik." Kata Shin Hye.

  "Iyalah. Makan cepat sikit. First day kerja.. kenalah tunjuk kat bos perangai baik. Awal datang kerja. Mana tahu lama-lama nanti gaji naik." Ujar ibunya.

  "Ish omma ni.. kerja pun belum, dah fikir gaji naik"balas Shin Hye. "Iyalah.. mana kita nak tahu kan?" Kata ibunya.

  Selesai makan,  Shin Hye segera mencium pipi ibunya dan memulakan perjalanan ke tempat kerja.

DI PEJABAT PULA...

  "YoonA, P.A baru saya masih belum sampai kah?"tanya Kris kepada YoonA. "Eh, tuan. Awal tuan sampai. Dia masih belum masuk, tuan"balas YoonA pelik.

   "Baiklah. Harini saya awal lah,dah nak dapat P.A baru kan? Hahaha."ketawa Kris nakal. "Hahaha, yelah tuan. Ada-ada je tuan ni.  Nasiblah tuan ni jenis cool je orangnya."YoonA turut ketawa.

  Setengah jam kemudian, dia tiba di pejabatnya itu. 'Tak sangka aku. Dah dapat kerja, kat syarikat hebat pulak tu. Aku mestilah kena jadi orang hebat jugak kan? Kata Shin Hye kepada dirinya. "Eh, tapi aku tak tahu lagi. Siapa C.E.O merangkap bos aku tu?" Dia berkata sendirian.

  Lalu, dia melangkah masuk ke dalam lif dan naik ke pejabat. Tibanya di pejabat. Dia bertembung dengan lelaki yang meng'interview' dia haritu. "Ahh. Hai!"tegur Shin Hye. "Oh, sampai pun awak. Ingatkan tolak pekerjaan ni. Haha."usik lelaki tersebut.

  "Oh, ye la. Mari saya tunjukkan bilik awak." Kata lelaki itu sambil menunjuk arah bilik Shin Hye. Shin Hye senyum dan mengikut lelaki itu.

Setibanya di bilik kerja Shin Hye. Lelaki itu berkata," sayalah C.E.O di Syarikat XOXO Holding. Nama saya Kris. Mulai ini awak akan bekerja di bawah saya." Ujar Kris. Shin Hye berasa sangat terkejut namun dia masih mampu mengawal riak wajahnya.

  "Oh. Jadi, tuan C.E.O? Baiklah. Saya Park Shin Hye. Boleh panggil saya Shin Hye. Saya akan melakukan kerja dengan baik, tuan." Dia cuba mempamerkan senyuman buat tuannya itu.

  "Okay, baiklah. Kalau saya ada apa-apa. Saya akan panggil awak. Awak kemaslah dulu bilik awak."kata Kris. "Terima kasih, tuan" balas Shin Hye sedikit kekok. Setelah Kris berlalu pergi, Shin Hye melepaskan keluhan.

  'Huh.. dia rupanya bos aku? Kiranya aku dah jumpa bos aku sewaktu interview hari tu lagi lahhh. Apalah aku ni.' Detik hatinya. 'Tapi nampak macam gila-gila and peramah je orangnya. Tak nampak gila kuasa pun. Ni best ada bos macam ni.' Fikir Shin Hye sambil ketawa sendirian.

  Tiba-tiba, sedang dia leka mengemas barang, bunyi ketukan pintu biliknya. "Eh, siapa pulak tu? Tak kanlah bos aku datang balik kot? Baru je pergi tadi..." kata Shin Hye perlahan. Lalu, dia pergi membuka pintu.

"Eh! Awak?!" Ujar Shin Hye terkejut apabila memandang lelaki tersebut...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

So, agak siapa lah lelaki tu ye? Terkejut sekali Shin Hye melihatnya. Apa yang berlaku? Jom! Ikuti episod seterusnya.. Jangan lupa follow dan vote kita! Bye bye! -AqiCheeEXO-

 

Misteri Banglo SewaWhere stories live. Discover now