Bab 8

1.1K 51 1
                                    

Bab ini mengandungi unsur-unsur dewasa sedikit. Harap maaf sekiranya tersilap di mana-mana.

》》》》》》》》》》》》》》》》》》》》》》》》》》》》》》》》》》》》》》》》》》》》

DI RUMAH KRIS..

Sejuk dan segar udara pagi. Kris hanya merenung ke luar tingkap. Dia berdiri dan membuka tingkap itu. Dia terfikir apa yang merasuk dirinya hingga membuatkan dia mencium bibir Shin Hye begitu semalam. Dia menghentikan lamunannya.

"Omma, Kris dah ada pilihan hati. Kris ingat nak ikat hubungan kami."ujar Kris sambil menuruni tangga menuju ke ibunya. "Ehh, siapa? Bawalah dia jumpa omma dan appa dulu.."ujar ibunya.

"Omma ingat tak Kris cari P.A untuk Kris? Dialah. Nama dia Shin Hye."beritahu Kris. "Baru je kamu kenal. Kamu pasti ke?"tanya ibunya. "Kris pasti omma. Nanti Kris bawa dia jumpa omma dan appa. Kris ingat nak kawin terus. Heheh"Kris hanya tersengih melihat ibunya.

"Hah? Cepatnyer.."terkejut ibunya. "Lebih cepat lebih baik.."ujar Kris selamba. "Kamu ni nakallah Kris. Masih tak berubah. Macam mana lah kekasih kamu tu boleh layan perangai kamu ni."ibunya menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Hehehe. Kris bawa dia jumpa omma malam ni boleh?"ketawa Kris. "Okay, omma prepare dinner malam ni. Omma nak keluar cari barang dulu"kata ibunya dan berlalu pergi ke dapur.

DI BILIK KRIS...

Kris memandang telofon pintarnya dan menatap skrin itu. Dia mencapai telefon itu lalu dia telefon Shin Hye.

Kris : Hello sayang.. Awak busy ke malam ni?

Shin Hye : Errr. Maybe tak sangat kot. *pelik dengan panggilan itu*

Kris : awak kenapa? Tak salah kan saya panggil awak sayang? Awak kan gf saya.

Shin Hye : erm. Ya, tak apa.. So, kenapa call ?

Kris : Saya ambil cuti lah harini, nak rehat. Tapi rindu pulak dekat awak. *senyum nakal*

Shun Hye : heee. Awak ni.. ada-ada je. *blushing*

Kris : Kita date malam ni jom! Dressing cantik2 untuk saya ye. Saya ambil awak di rumah. Ok see

ya.

Kris terus meletak panggilan. Sengaja dibuatnya begitu agar Shin Hye tidak menolak pelawaannya.

Manakala Shin Hye di rumahnya...

'Ishhh. Suka hati je letak panggilan. Kalau aku tak nak keluar macam mana?' Shin Hye sengaja menaikkan ego dirinya. Tetapi walaupun dia kata begitu, disebalik kata-kata itu dia tersenyum gembira.

Dia keluar bilik lalu memeluk erat ibunya. Ibunya pelik melihat gelagat anak perempuannya yang terlampau gembira itu dan bertanya,"kamu di dah kenapa Shin Hye?" Shin Hye hanya tersenyum.

"Malam ni Shin Hye keluar dengan Kris, omma."beritahu Shin Hye ceria.

"Bukan kamu tak suka dia ke?" Tanya ibunya pelik. "Itu dulu, omma. Okaylah, Shin Hye pergi kerja dulu."Shin Hye masih menayangkan senyuman manisnya itu dan ingin berlalu pergi.

"Yelahh." Ibunya membalas dengan nada perlahan.

PADA MALAM ITU...

Kedengaran bunyi hon kereta. Shin Hye segera mencium pipi ommanya dan terus keluar. Kris menundukkan sedikit kepalanya tanda hormat kepada Pn. Ji Woo.

Setelah Pn. Ji Woo berlalu masuk ke dalam rumah, Kris melemparkan senyuman kepada Shin Hye. 'Kenapa senyum macam tu? Nak luruh jantung aku ni..'detik hati Shin Hye.

Misteri Banglo SewaWhere stories live. Discover now