Bab 12

535 31 8
                                    

"Jangannn!!" Jerit Shin Hye yang masih tidak membuka matanya. Kris yang menahan kesakitan akibat pukulan isterinya itu segera mengejut Shin Hye yang menjerit tanpa henti itu. "Sayang, bangun. Sayang mimpi ni. Bangun..." kejut Kris. Namun, isterinya masih tidak menyedarkan diri. Dia cuma mendiamkan diri dalam keadaan matanya masih tertutup. Kris kehairanan dan kemudian hanya memerhatikan wajah isterinya.

Tiba-tiba, Shin Hye membuka matanya dan memandang Kris dengan pandangan tajam. Kemudian dia mengilai kuat. . Kris mula panik. "Sayang?" Shin Hye terus mencekik leher Kris. Kris meronta-ronta untuk dilepaskan. Akhirnya, Kris menolak Shin Hye sepenuh hati hinggakan Shin Hye jatuh tidak sedarkan diri di lantai.

Kris melihat darah mengalir dari bibir isterinya itu. Dengan segera, dia mengangkat Shin Hye dan masuk ke dalam kereta untuk dihantarkan ke hospital. Dia memandu laju ke hospital untuk menyelamatkan isterinya itu. Dia berasa menyesal atas tindakannya yang melulu itu hingga membuatkan isteri kesayangannya itu tercedera.

Setibanya di hospital, dia segera membawa isterinya ke unit kecemasan. Doktor segera membawa Shin Hye ke bilik kecemasan. Doktor meminta agar Kris sabar menunggu di luar.

Dengan penuh rasa resah, Kris mundar-mandir di hadapan pintu bilik kecemasan itu. Dia menampar mukanya beberapa kali kerana tidak dapat menerima tindakan yang dilakukannya itu.

Sudah sejam menunggu, Kris memandang jam di telefon bimbitnya itu. Sudahpun pukul 8.00 pagi. Kemudian, pintu bilik tersebut terbuka. Kris meluru ke arah doktor lalu bertanya "bagaimana keadaan isteri saya doktor?" Ujar Kris sayu. "Encik suami Puan Shin Hye ye? Sila ikut saya ke bilik untuk berbincang."

Kris mengikut langkah doktor itu ke biliknya. "Silakan duduk encik"ujar doktor itu tenang. "Bagaimana ye doktor keadaan isteri saya?"balas Kris setelah melabuhkan punggungnya.

"Isteri encik tak apa-apa. Cuma dia masih tak sedarkan diri. Berikan masa untuk dia berehat dahulu. Kepalanya meengalami pendarahan disebabkan hentakan yang kuat di kepala. Tapi kami sempat menyelamatkannya." Kris bertanya"tak ada kesan lain ke doktor?" Lalu doktor itu terdiam seketika.

"Sebenarnya, hal itu yang kami risaukan" "kami masih tidak dapat tahu apa kesannya nanti" ujar doktor itu keresahan. "Jadi, untuk memastikan nyawanya selamat. Encik perlu sentiasa membawa isteri encik untuk melakukan pemeriksaan kesihatan"sambungnya lagi.

"Baiklah doktor" ujar Kris ringkas dan sedikit gelisah.

Kris masuk ke dalam wad kecemasan untuk melihat isternya yang masih terbaring kaku di atas katil. Kemudian, jururawat datang untuk mengalihkan isterinya ke wad biasa.

Kris meratap wajah isterinya itu di birai katil" maafkan saya, sayang. Saya terkasar ada awak." Air jernih mengalir pada pipi Kris. Kris menutup mukanya ke tilam. Tidak berapa lama kemudian dia terdengar bunyi keluhan kecil.

Dia segera mengangkat kepalanya dan tersenyum melihat isterinya yang telah sedar. "Oppa, apa yang berlaku?" Tanya Shin Hye " kenapa saya disini?" Kris mendiamkan diri. "Oppa menangis?" Tanya Shin Hye lagi. Kris terus bangun untuk beritahu doktor tentang isterinya yang sudah sedarkan diri.

Akhirnya, Shin Hye dibenarkan keluar dari wad. Mereka pulang ke rumah. Tiba di rumah, Kris membuka pintu kereta untuk isterinya lantas mengangkat isterinya. Shin Hye terjerit kecil. Dia menampar dada Kris perlahan. Kris mencium bibir Shin Hye.

Shin Hye terdiam kaku. Kris terus senyum dan berkata" boleh pun diam sayang ni." Kris mengangkat Shin Hye terus ke bilik mereka. "Sayang rehat dulu ye." Shin Hye , mengangguk perlahan. Kris meninggalkan bilik.

Kris menyediakan bubur untuk isterinya dan membawa ke bilik serta ubat yang diberikan oleh doktor.

Dia masuk ke dalam bilik dan lihat wajah tenang Shin Hye yang nyenyak tidur. "Sayang, bangun makan ye. Nanti sejuk bubur ni" Shin Hye buka perlahan matanya. Kris terus meniup bubur itu dan menyuapkan ke dalam mulut isterinya.

Tiba-tiba, pintu bilik mereka tertutup kuat. Kris terkejut dan segera ke pintu untuk melihat jika ada sesiapa. Namun, ketiaka Kris cuba memulas tombol pintu, ianya terkunci! "Siapa yang main-main ni hah??! Buka pintu ni!"marah Kris.

Shin Hye sudah menggigil ketakutan, dia memandang ke arah tingkap. Dia terlihat kelibat yang terbang laju di tepi tingkap itu. Dia menjerit lalu menutup matanya dengan rapat.

Kris segera mendapatkan isterinya lalu memeluknya erat. "Sayang, tenang ye.." dia menenangkan isterinya. Mereka terperangkap dalam bilik itu! Kris masih memikirkan cara untuk keluar dari situ.

___________________________________will be continue__________________________________________

Nantikan sambungan seterusnya! Bagaimana cara untuk mereka melepaskan diri dari bilik itu dan jauhi daripada gangguan roh perempuan itu? Tunggu yaaa! Keep reading. Do vote. Leave your comment. Sorry for a long waiting. Thanks for keep supporting me. Byeeeee ! With love.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 03, 2015 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Misteri Banglo SewaWhere stories live. Discover now