Bab 6

1.2K 59 2
                                    

'HMMM.. letihnya, baru first day aku kat sini. Macam nak patah tangan aku ni.. Kena siapkan folio untuk projek seterusnya.'keluh hati Shin Hye. Dia mengemaskan barang-barangnya memandangkan waktu bekerja sudah lama tamat.

"Aku nak balik dah la."ujar Shin Hye sendirian sambil bangun dari kerusinya dan mengambil beg tangannya. Dia tarik pintu biliknya dan tiba-tiba dia menjerit. 'Arghhhhh!' Sambil menutup matanya.

"Ehh, kamu belum balik lagi? Dah lewat ni.." ujar Kris turut terkejut dengan jeritannya. Shin Hye membuka matanya perlahan-lahan. "Ohhh, tu... ehhh, awak ke Kris? Saya ingatkan penjahat mana."balas Shin Hye sedikit gugup kerana hampir terlepas memanggilnya 'Tuan'.

Shin Hye mengurut dadanya. Kris hanya ketawa melihat Shin Hye yang begitu terkejut dengan kehadirannya. "Ha.. kenapa tak balik lagi? Ke.. awak tunggu saya ehhh?"usik Kris. Shin Hye hanya tersenyum menyindir. "Saya memang nak balik awal. Tapi, kerja saya masih tak siap. Takkanlah saya nak tinggal begitu je?"balas Shin Hye cuba menerangkan situasi sebenar.

'Perasan betullah dia ni. Tak de masa aku nak tunggu. Baik balik awal tadi lebih baik. Boleh rehat..'ujar Shin Hye dalam hati.

"Eh, janganlah nak nafikan lagi. Awak memang tunggu saya kan?" Kris terus mengusik lalu mamaut bahu Shin Hye. Shin Hye berasa kurang selesa kerana dia masih di pejabat dan itu ialah bosnya!

" Er.. Kris.."Shin Hye cuba melepaskan tangan Kris yang memaut bahunya itu. Namun tangan Kris semakin memaut pada bahu Shin Hye lebih kuat. Lalu, Kris menariknya bersama untuk pulang. "Jomlah, saya hantar awak balik"putus Kris.

"Ehh, tak perlu. Saya drive sendiri.. saya bawa kereta sendiri."balas Shin Hye. Dia masih mengikut Kris keluar kerana dia memang mahu pulang ke rumah tetapi bukan bersama Kris! 'Ishh, kenapalah dengan bos aku ni?'tanya Shin Hye dalam hatinya.

"Tak apa. Awak balik je dengan saya. Tinggalkan kereta di sini. Lagipun dah lewat malam ni." Ujar Kris, nakal sambil mengenyitkan matanya kepada Shin Hye.

"Kris, tak eloklah orang tengok. Awak tu bos saya.. nanti apa orang kata?" Beritahu Shin Hye risau. "Tak apa, lagipun awakkan kekasih saya" Kris masih mengusik Shin Hye. 'Ehhh! Dia ni.. sukahati ke cakap aku kekasih dia. Baru je kenal harini .. and, hari interview haritu.'detik hati Shin Hye.

"Ehh, saya boleh drive sendiri.."ujar Shin Hye apabila Kris membawanya menuju ke arah kereta milik Kris. "Awak, saya hantar awak balik or nak saya potong gaji awak?"ugut Kris.

'Ishh. Mana bolehh, asyik ugut potong gaji je..'Shin Hye mengomel dalam hatinya. Dia hanya mampu mengikut langkah Kris dan mengikut apa kemahuan Kris selagi Kris menjadi bosnya.

Tiba di rumah Shin Hye..

"So, esok saya datang ambil awak ye!"ujar Kris. "Ehh, tak perlu. Omma saya boleh hantar atau saya naik teksi je." Balas Shin Hye tak ingin susahkan bosnya. "Takpe, esok saya ambil pukul 7.30 pagi. Tak perlu susahkan omma awak."balas Kris sambil senyum.

Akhirnya, Shin Hye menurut saja permintaan Kris dan hanya menganggukkan kepalanya. Shin Hye masuk ke dalam rumahnya setelah kereta yang dipandu Kris beredar pergi dari pandangannya.

"Hello omma!" Tegur Shin Hye kepada ibunya yang tunggu di hadapan pintu rumah. Lantas dia memeluk pinggang ibunya dan mengajak masuk ke dalam rumah. "Siapa yang hantar kamu? Mana kereta? Apa dah jadi?"soal ibunya bertubi-tubi kerana anaknya pulang lewat malam begitu.

"Omma. Tu lah bos Shin Hye. Kereta Shin Hye ada je kat pejabat. Bos nak hantar balik sebab dah lewat malam." Beritahu Shin Hye. "Kenapa kamu balik lewat malam, sayang? Omma risaulahh" ujar ibunya.

Shin Hye mengusap lembut tangan ibunya sambil berkata, "omma jangan risau ye? Shin Hye tahu jaga diri. Shin Hye dah besarlah, omma."balas Shin Hye mengingatkan ibunya bahawa dia bukanlah anak kecil lagi.

Misteri Banglo SewaWhere stories live. Discover now