BAB 9🌸

290 23 18
                                    

Iqin berjalan dengan pantas menuju ke tempat letak kereta meninggalkan Yana dan Ifa di belakang.

"Iqin!!!!!" jerit Ifa dari belakang sambil berlari mengejar Iqin.

"Weyhhh,tunggu gile . Laju-laju nak pergi mana" kata Yana pula mengikuti langkah Ifa.

Akhirnya , Yana dan Ifa dapat mengejar Iqin . Sampai sahaja di tepi Iqin , dengan pantas Yana memaut bahu Iqin dari tepi .

"Merajuk ke beb?" soal Yana sambil memandang Iqin .

Iqin hanya membalas dengan memberikan pandangan yang kosong .

"Alohhh , sejak bila pandai merajuk ni , nak kita cium ke" kata Ifa yang berada di tepi sambil mengangkat kening. Ifa memuncungkan mulutnya ke arah pipi Iqin.

"Tampar nak? Suka hati je dia nak cium pipi orang." balas Iqin sambil menolak muka Ifa dari mendekati pipinya . Takut tercium pula .

Manakala Ifa sudah membuat muka cemberut yang cukup buruk pada pandangan orang lain.

"Muka Ifa dah macam tapir hilang anak aku tengok."kata Yana sambil menahan ketawa melihat mimik muka Ifa.

Maka tercetuslah ketawa Yana dan Iqin.Suka lah tu bila usik sepupu sendiri.Siapa je yang tak suka usik sepupu sendiri.

"Ish,jahatnya korang berdua ni.Kenakan aku pula."kata Ifa sambil memuncungkan mulut dan berpeluk tubuh untuk menunjukkan tanda bahawa dia sedang merajuk.

"Dah lah tu.Tadi Iqin merajuk,sekarang kau pula nak merajuk.Puaslah aku nak memujuk nanti."Yana melepaskan keluhan kononnya nak tunjuk yang dia penat memujuk dua orang sepupu kesayangannya itu.

"Oh,jadi Iqin dah tak merajuk lah ni?"soal Ifa tiba-tiba sambil melemparkan pandangan ke arah Iqin.

"Siapa kata?"hanya soalan berbalas soalan yang diberikan oleh Iqin kepada Ifa sambil berpeluk tubuh.

Ifa hanya menghadiahkan sebuah jelingan kepada Iqin.

Yana tidak mempedulikan mereka berdua dan terus bergerak menuju ke tempat letak kereta.Ifa dan Iqin hanya mengikuti langkah Yana dari belakang.

Sampai sahaja di tempat letak kereta , Yana terus membuka lock pintu kereta.Mereka bertiga selamat masuk ke dalam perut kereta.

"Yana,Iqin pergi starbuck jom" cadang Ifa sebaik sahaja menutup pintu kereta.Ifa duduk di seat belakang , manakala Iqin duduk di seat hadapan bersebelahan dengan Yana.

"Malas" jawab Iqin sepatah sambil bermain dengan smartphone jenama Samsung Galaxy A51 miliknya.

"Alahh,jom lah . Aku craving gila ni ." desak Ifa sambil menghalakan pandangan ke arah Iqin.

Iqin tidak menghiraukan pandangan Ifa dan hanya bermain dengan smartphone nya.

Kemudian Ifa beralih untuk memandang Yana yang sedang memandu.

"Yanaaaaaa , jomlah.Boleh lah , aku dah lama craving . Nanti bawa nya tiba-tiba tak sempat macam mana , kempunan lah aku nanti." kata Ifa dengan nada sedih buatan.

Yana dan Iqin yang mendengar kata-kata Ifa tadi serentak berkata ...

"Cehh , drama queen"

"Tak apa lah , orang dah tak nak kan buat apa nak paksa" Ifa seakan-akan mengalah dan terus diam.

Yana memandang Iqin , Iqin memandang Yana.Kemudian mereka tersenyum serentak.

"Yelah-yelah , kita pergi starbuck." Yana akhirnya bersetuju.

FIRE GIRL VS FIRE BOYSWhere stories live. Discover now