BAB 19🌸

219 20 59
                                    

Prangggg....

Bunyi seakan-akan barang kaca pecah yang jatuh membangunkan Darwish dari tidurnya. Kedengaran bunyi tersebut datang daripada bawah.

Dia bergegas dan berlari menuruni tangga. Bunyi tersebut datang dari arah dapur.

"Mak!" teriak Darwish apabila melihat emak nya terbaring lemah di atas lantai dapur. Dia segera menghampiri emak nya.

"Mak, kenapa ni mak? Kenapa boleh jadi macam ni? Siapa buat mak macam ni?" tanya Darwish. Emaknya yang terbaring diangkat dan dipapah disuruh duduk di atas kerusi yang terdapat di dapur.

Ayu hanya menurut saja perbuatan anak sulungnya. Dia tidak berdaya lagi untuk berkata banyak. Terasa sakit yang mencucuk isi tubuhnya setelah disepak, ditampar oleh insan yang telah disayangi tidak terhingga.

Secawan gelas berisi air masak disuakan kepada emaknya.

"Mak ok? Ada sakit dekat mana-mana?" Darwish membelek muka emaknya. Tak cukup dekat muka dekat tangan dibeleknya juga.

"Mak ok je sayang. Tak sakit pun." jawab Ayu perlahan.

"Kenapa mak boleh terbaring dekat situ? Ada pencuri pecah masuk rumah ke mak?" Darwish cuba membuat andaian sendiri.

Dia berlari ke arah pintu dapur, tapi pintu dapur tertutup elok. Sebaik sahaja dia ingin berpatah balik dia ternampak smartphone di atas singki dapur.

"Ayah...." bisik hati Darwish. Penumpuk dikepal.

Dia melangkah dengan perasaan yang membara. Dia dah tahu dah siapa yang buat kerja bangang macam tu.

"Along kenapa ni along?" tanya Diana yang tiba-tiba sahaja muncul bersama Danish.

"Mak kenapa along? Kau kenapa?" tanya Danish juga.

Persoalan adik-adiknya tidak dijawab.

"Kau orang pergi duduk dengan mak dulu. Orang tua ni dah melampau." hilang gelaran seorang ayah di mulut Darwish.

Dia berjalan melintasi Diana dan Danish. Danish ternganga.

"Macam tu je? Orang tua mana pula ni? Waktu aku nak tidur lah ada je benda jadi. Dunia memang susah nak adil eh?" Danish membebel. Kepala yang tidak gatal digaru.

"Angah, aku tahu kau mamai. Tapi jangan jadi bangang waktu-waktu macam ni." selesai berpesan Diana terus berjalan menuju ke arah emak nya.

"Kalau aku bangang dia pun bangang kan. Ye la adik aku juga." sempat Danish mengutuk di dalam hati.

Tubir mata Ayu panas dan tidak dapat dibendung lagi. Sakit badannya lagi sakit hatinya. Hanya disebabkan dendam seorang manusia yang begitu marak menjadikan hidup dia dan anak-anaknya sengsara.

"Mak kenapa pipi mak merah ni?" tanya Diana dengan nada yang kelat. Pipi emaknya disentuh. Serentak itu juga air mata emaknya jatuh.

"Ayah pukul mak lagi ya?" Diana juga tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir. Emaknya dibawa ke dalam pelukan.

Ayu tersedu-sedan menangis di bahu Diana. Diana menepuk bahu emaknya perlahan-lahan. Cuba untuk menenangkan emaknya.

Danish juga tidak dapat menahan sebak bila mengenangkan nasib emaknya yang sering kali menjadi tempat menempiaskan geram oleh ayah kandungnya sendiri.

"Ayah! Ayah pukul mak lagi kan?" terjah Darwish di meja makan.

"Apa kau ni, jangan kacau aku lah. Aku lapar nak makan." balas Syah persis orang mabuk. Dengan kepala yang berpusing-pusing dan tutur kata yang kurang jelas Syah tetap menyuap nasi ke dalam mulutnya.

FIRE GIRL VS FIRE BOYSWhere stories live. Discover now