BAB 17🌸

255 22 38
                                    

"Akhirnya saya bebas yeayyy. Home i'm coming!!!!" teriak Iqin.

Hari ni merupakan hari di mana mereka keluar dari hospital atau lebih tepat mereka anggap sebagai penjara tersebut. Penjara? Apa-apa je lah.

Ash menggeleng kepala apabila melihat perbuatan adiknya yang tidak berapa nak senonoh. Ada ke patut teriak kuat-kuat tak cukup dengan tu boleh menari pula.

Kau nak mengaku adik kalau doktor yang nampak?

"Keluar dari hospital je pun tapi lagak macam dapat bebas dari neraka." komen Ash pedas sambil melipat baju Iqin. The best brother in the world erm.

"Dengki aku je kerja kau kan. Kau tunggu aku datang situ basak rambut kau aku kerjakan" kata Iqin mendatar sambil berdiri di depan cermin untuk  membetulkan lilitan tudungnya.

"Balik-balik rambut aku je kau jadikan mangsa kan. Siap kau kalau kau rosakkan rambut aku taulah apa aku buat." Ash memberi amaran sambil tangannya masih lagi sibuk memasukkan baju-baju Iqin.

Yana menghiraukan pergaduhan sepupunya yang tak berapa nak matang tadi. Dia sibuk menyusun barangnya sendiri kerana Bryan bersama Irfan turun untuk menyelesaikan pembayaran bil hospital.

Ifa pula masih lagi duduk di atas katil bermain dengan smartphone nya.

Selesai menyimpan dan menyusun semua barang dan dimasukkan ke dalam beg sementara menunggu Bryan dan Irfan, smartphone yang berada di atas meja diambil dan dibuka.

Dia membuka aplikasi whatsapp. Status ditekan. Dia terkejut apabila dia menyemak kenalan terdapat satu kenalan yang disimpan dengan nama
My Boy❣️.

"Pula dah nombor siapa lak ni?" monolog Yana sendirian. Alien mana pula sesat dalam telefon aku ni.

Yana cuba untuk mengingat kembali tetapi masih juga tak dapat apa-apa. Dia kemudian beralih dan duduk di tepi Ifa yang sedang scroll instagram.

"Asal?" tanya Ifa.

Yana menghulurkan smartphone nya kepada Ifa. Ifa ambil kemudian dibaca.

"Ha dah kenapa dengan ni?" tanya Ifa lagi. Jujur Ifa betul-betul tak faham apa yang Yana cuba nak sampaikan.

"Ni nombor ni. Aku pelik sejak bila pula aku save nombor ni macam ni. Siapa punya nombor ni?" keluh Yana. Sumpah dia memang tak ingat apa-apa sekarang ni.

"Lah tak kan kau dah lupa? Tu kan nombor Razif." Ifa mengingatkan Yana kembali.

Yana segera mengimbas kembali.

"Oh mamat tak bertauliah tu. Hehe sorry aku lupa lah." Yana senyum menunjukkan barisan giginya yang begitu putih sekali.

Ifa menjeling. Hai lah sepupu SPM tak habis lagi dah nyanyuk.

Sedang seronok Ifa menjelajah instagram nya tiba-tiba timbul notification daripada whatsapp.

"Lah sibuk betul lah. Baru nak tengok Mukbang." bebel Ifa seorang diri. Hendak tak nak dia buka juga whatsapp.

"Message from future husby? Mende bodoh." Ifa membebel geram lagi. Dah bila masa pula aku ada partner ni.

"Gosh sejak bila aku nak kahwin?" tukas Ifa bersendirian lagi. Dusta apakah ini semua.

"Kau pahal borak sesorang?" tegur Iqin yang baru sahaja selesai melilit tudungnya tadi.

"Dah puas dah duk lilit tudung tu dari tadi. Asal tak lilit satu badan je biar jadi mumia terus." Ifa menjeling.

Apalah nasib kau Iqin, datang-datang je kena perli.

Iqin membuat muka cemberut. Tanpa bicara dia mengambil tempat di tepi Ifa.

FIRE GIRL VS FIRE BOYSWhere stories live. Discover now