BAB 21🌸

245 19 31
                                    

Mereka tiba di kampung terlebih dahulu. Tetapi malangnya, Ashraf masih lagi membuta di belakang.

"Gais bangun gais, dah sampai!" pekik Irfan dengan kuat dan nada yang tinggi.

"Nak test vokal pun agak-agaklah kambing. Jangan dalam kereta, elok-elok sihat kang ada yang cacat." Bryan menumbuk bahu Irfan. Tapi tak kuat mana pun.

"Jerit apa bodoh! Macam perempuan." kata Ashraf yang terbangun selepas terdengar jeritan Irfan.

"HAHAHAHA, relax lah brader."

"Mari keluar, ambil barang masing-masing." kata Irfan lagi. Dia membuka lock kereta terlebih dahulu.

Ashraf bangun sambil membebel, sekejap mata digosok untuk menghilangkan mamai.

"Lelaki ni kalau tak memekak waktu aku tidur memang tak sah. Cair taik telinga aku." bebel Ashraf seorang diri. Pintu kereta ditutup kuat.

"Woi, kereta aku tu. Ingat beli pakai daun ke."

Ashraf hanya menjeling Irfan tanda tidak puas hati.

Bryan hanya memerhati pertelingkahan manja Ashraf dan Irfan. Budak matang kan.

"Opah! Cucu bujang opah dah balik!" teriak mereka bertiga serentak.

"Ye waalaikumsalam. Sekejap!" kedengaran suara opah menyambut dari belakang.

Irfan, Bryan dan Ashraf memandang antara satu sama lain dan

'Auch, deep nya opah.'

Kemudian opah muncul dengan bersarung kain batik dan dengan t-shirt yang lusuh. Peluh menitis-nitis di setiap bahagian muka dan terdapat bekas yang berisi dedak ayam di tangan.

"Ya Allah, opah buat apa kat belakang tu sampai berpeluh-peluh macam ni?" soal Bryan mendekati opahnya.

Opah tersenyum sebelum menyambut salam mereka bertiga.

"Tadi opah bagi ayam makan kat belakang tu. Kesian ayam tu dah lapar tunggu opah."

"Eeee comotnya opah." Irfan memicit pipi opahnya geram.

"Irfan? Kau nak kena karate dengan opah ke?"

Irfan ketawa. Bryan pun hanya tersenyum. Apakan daya Irfan memang macam tu.

"Eh marilah masuk, yang kau bertiga tercegat dekat luar ni dah kenapa?"

"Dah opah tak jemput masuk, hehe. Seganlah kita orang." Ashraf acah-acah malu.

"Tak payah acah malu lah, geli opah dengar."

"Uish, gangster lah opah." usik Irfan. Bonet kereta ditutup dan kereta dikunci selepas mengambil semua barang untuk dibawa masuk ke dalam rumah.

"Eh sekejap, mana Yana, Iqin dengan Ifa? Dia orang tak ikut balik sekali ke?" tanya opah pelik apabila melihat hanya mereka bertiga sahaja yang sampai.

"Oh lupa nak cakap. Dia orang on the way tu, tadi katanya nak singgah pasar raya dulu beli barang masak." terang Bryan.

"Oh macam tu ke? Ok-ok. Ha marilah kita masuk."

Mereka bersama-sama melangkah masuk ke dalam rumah. Seusai masuk, Irfan, Ashraf dan Bryan terus melabuhkan punggung di atas sofa. Kepenatan.

Manakala, opah terus menuju ke dapur.

"Barang-barang tu simpan dalam bilik ya budak-budak bertuah sekalian. Jangan main letak je dekat ruang tamu tu bersepah macam tu." teriak opah dari dapur.

"Ye opah, kejap lagi kami simpan." sahut Bryan.

"Dah lama tak balik kampung ni, aura rindu dia rasa lain macam." kata Ashraf. Kunci kereta dilemparkan ke atas meja.

FIRE GIRL VS FIRE BOYSWhere stories live. Discover now