BAB 13🌸

250 20 71
                                    

"Are they know each other?" Ifa memandang Yana. Tiba-tiba sahaja perkara yang berlaku petang tadi terlintas dalam kepala dia.

"Hmmmm. Maybe." Yana mengeluh. Dia kemudian bangkit berdiri dan menuju ke arah Ifa. Paha Ifa menjadi sasaran.

Pap

"Ish..nak apa gila main pukul-pukul orang."

"Hehe, nak baring boleh?" Yana tersengih menunjukkan barisan gigi dia yang putih bersih suci murni. Oke dah.

Oh lupa nak maklumkan. Sekarang ni waktu malam dan mereka bertiga sekarang ni ada dekat ruang tamu.

"Ha dah datang dah perangai manja dia. Baringlah."  Yana segera melabuhkan kepalanya atas paha Ifa selepas mendapat keizinan.

Kau ada kawan macam ni? Mesti comel kan bila perangai manja dia dah sampai. HEHE.

"Pfttt.. Sejak bila kau pandai minta izin ni Yana. Selalu main terjah aje. HAHAHAHAHA." Iqin datang dengan menatang dulang di tangan yang berisi jus oren. Dia meletak dulang itu di atas meja kecil sebelum mengambil tempat di sofa berhadapan Ifa dan Yana.

"Alah bisinglah kau. Aku nak jadi budak baik ni."

Pap

Bantal hinggap di muka Yana. Siapa yang baling?

"Amende kau ni Iqin. Eyyaaiiiii. Tak puas hati apa ha nak gaduh meh sini meh." Yana tangkas bangun dari pembaringannya.

"Ifa kau pegang tangan aku jap." Ifa tanpa banyak soal terus memegang tangan Yana.

"Ha kau nak gaduh enn , sini ah. Eyyyy eyyy aku sabar je ni." Yana bertindak seolah-olah mengacah ingin bergaduh dengan Iqin.

"HAHAHAHHAHA , bodo lah Yana. Lek lu , minum air yang aku buat ni dijamin bahagia seumur hidup." Iqin mengambil cawan yang berisi air oren tersebut sebelum dibawa ke mulut untuk diminum.

"Hotak lu memalam gini minum air oren. Manis kau tau tak."

"Dah ni je yang ada dekat dapur tu. Aku buat je lah. Bising pula kau. Kau kena belajar hargai jasa pengorbanan aku." Iqin menjawab Yana. Yana memandang Iqin menyampah.

"Aku siap buat Perjanjian London tadi. Baru aku dapat ambil balik air oren yang aku buat , kalau tak buat perjanjian mesti air oren ni jatuh dalam tangan British." tengoklah betapa drama queen nya seorang insan yang bergelar Iqin.

"Apa benda kau merepek ni setan." Iqin dijeling. Dia juga mengambil air oren tersebut tanpa banyak cakap kemudian diminum dan kembali duduk di tepi Ifa. Tangan didaratkan di atas paha Ifa.

Iqin hanya tergelak sinis melihat Yana. Eleh tadi beria marah orang buat air oren tu manis lah apa lah. Hujung-hujung dia minum juga. Dasar tapir tak bertauliah.

Ifa tersenyum kecil melihat pertelingkahan Iqin dan Yana. Bahagia rasa apabila sentiasa dekat dengan orang tidak pernah bosan mewarnai dan menceriakan hidup dia. Segala resah dalam hati serta-merta hilang bahkan dapat menjadi semakin kuat.

"Ya allah aku tak sanggup hilang dorang berdua." monolog Ifa sendirian. Tanpa sedar mata dia mulai panas.

"Eh, Ifa." Yana terkejut apabila terasa ada air yang menitis terkena tangannya.

Dia segera menoleh Ifa yang sedang menundukkan pandangan.

"Haish, kenapa ni." Yana bertanya kepada Ifa.

Ifa mengesat kasar air matanya. Dia memandang Yana kemudian mengelengkan kepala tanda 'tiada apa' sambil tersenyum.

"Kau nangis ke Ifa?"

FIRE GIRL VS FIRE BOYSWhere stories live. Discover now