BAB 16🌸

265 24 67
                                    

Frame gambar yang terletak elok di atas laci diambil kemudian diusap.

"Ayah, Shah rindu ayah. Kalau tak disebabkan tak guna tu, ayah tak akan tinggalkan Shah sorang-sorang. Dia orang punca ayah tinggalkan Shah. Shah benci dia orang dan Shah akan tuntut atas kematian ayah." air mata dikesat kasar sebelum pandangannya jatuh kepada sekeping gambar yang dilekatkan di dinding.

Dia tersenyum jahat. Pisau diambil dan dilemparkan tepat tercacak di atas gambar tersebut.

"Disebabkan kau aku merana, ayah aku merana, mak aku mati. Sebab kau, semua orang tinggalkan aku!" jerit dia. Segala barang yang berada di atas laci ditepis dan ditolak jatuh.

Dia kemudian bangun. Gambar yang tercacak pisau tadi dibelai sambil tersenyum jahat.

"Tak apa anak-anak kau akan menyusul ikut kau tak lama lagi. Dan aku akan pastikan keturunan kau semua lenyap, aku akan seksa family kau slow-slow." dia ketawa dengan cukup psiko.

Ketawa dia terhenti sebaik sahaja pintu bilik diketuk. Dia bangun membuka pintu.

"Kau nak apa Darwish?" soalnya malas kepada anak sulung lelakinya.

"Mak ajak turun makan." kata Darwish.

"Ok." belum sempat Shah menutup pintu. Darwish menahan pintu.

"Kau nak apa lagi?" tanya Shah sambil mengetap gigi geram.

"Ayah masih teruskan lagi buat benda tu?" Darwish bertanya kerana dia mendengar ayahnya dari mula ayahnya mengamuk sehinggalah ketawa seperti psiko.

Shah mengecilkan matanya.

"Kau jangan nak sibuk hal aku boleh tak." sambil dahi  Darwish ditunjal.

Darwish tidak melawan dan tidak lah terkejut kerana dia sudah biasa bahkan Darwish pernah kena lebih dari itu. Bukan sahaja Darwish, ibunya dan adik-adiknya juga begitu.

"Dah blah sana. Semak." pintu ditutup dengan kuat.

Darwish menggeleng kepala melihat perangai ayahnya yang masih tidak berubah. Kehidupan ayahnya yang penuh dengan benci dan dendam. Puas dinasihat oleh ibunya sendiri namun tidak memberi sebarang impak.

Paling menyedihkan, ayahnya sekarang jarang duduk di rumah meluangkan masa bersama dia beradik dan ibunya setiap malam dan destinasi yang selalu dituju ialah kelab malam. Kehidupan mereka sekeluarga masih mewah kerana mereka bergantung kepada pendapatan syarikat ayahnya yang sekarang dijaga oleh pakciknya iaitu adik kepada ayahnya.

Mereka juga mempunyai harta peninggalan yang diamanahkan oleh arwah atuk dan neneknya yang diserahkan kepada ayahnya dan ibunya. Arwah atuk Darwish seorang pelabur yang berjaya.

Darwish mempunyai seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Darwish anak sulung, Danish anak kedua manakala Dania anak bongsu. Darwish berada di tingkatan 5, Danish tingkatan 4, Dania pula tingkatan 2.

"Darwish, ayah tak turun makan ke?" soal mak dia, Puan Ayu yang sedang sibuk menyediakan makanan dibantu oleh adik bongsunya.

"Dia kata nanti mak." kata Darwish sambil berjalan menuju ke meja makan. Dia mengambil tempat di tepi Danish.

"Ayah marah kau ke tadi?" soal Danish.

Darwish mengerutkan dahi. Dia memandang Danish yang sudah mengangkat kening.

"Tak ada lah. Aku ajak ayah turun makanlah macam biasa." dia menidakkan apa yang terjadi tadi.

"Tak payah nak menipu long. Asal dahi kau tu merah." sampuk Diana. Air yang ditatang di dulang diletakkan di atas meja.

FIRE GIRL VS FIRE BOYSWhere stories live. Discover now