Bab 1

225 2 0
                                    

"Mak, aku berkira mahu cari kerja hujung bulan nanti,"

Suapan terakhir disuap kedalam mulut. Nasi dan lauk dikunyah dengan pelahan. Emak menghabiskan  kunyahan kemudian meneguk sedikit air.

"dimana kau hendak mencari pekerjaan?," balas emak perlahan.

"Entah. Mungkin di ibu kota. Atau di seberang, di kepulauan bebas cukai. dimana sahaja, ditempat tumpuan warga dunia." balasku.

"mana sahaja yg kau ingin pergi, jika tujuan mu untuk yang baik-baik, Aku bersetuju sahaja. Cuma kau juga perlu minta izin kepada bapa mu. Kerana izinku tidak mencukupi tanpa izin bapamu,"

"cuma aku sahaja ingin mengingatkan, dimana pun kita berada, sentiasa jaga diri. Jaga hubungan dengan Pencipta, jaga hubungan sesama manusia, jaga juga hubungan dengan makhluk lain yg hidup di dunia ini. Solat jangan pernah tinggal. Kalau tertinggal qada', Jika sudah berjaya suatu hari nanti, jangan lupa asal usulmu,"

Emak berdiri dari meja makan. Piring dan gelas diangkat. Di bawa ke sinki dan terus dicuci. Aku  Masih dimeja makan. Memerhati gelagat  emak.  Sesungguhnya,Nasihat seorang ibu sentiasa ada benarnya.

Dari dahulu lagi aku memang berniat mencari pekerjaan. Pekerjaan yang biasa-biasa sahaja. Walaupun aku mempunyai kelulusan peringkat STPM, tetapi aku tahu itu tidak mencukupi untuk pekerjaan yang melibatkan pengurusan pentadbiran jika aku tidak mempunyai asas serta pengalaman dalam bidang tersebut.

Cerita Cinta KitaWhere stories live. Discover now