" Hai," seorang lelaki datang menyapa aku dari belakang.
"Hai," aku membalas semula sapaannya. Aku kembali menyambung tugasanku.
"Kamu asal mana?," Syukri. Tag nama di dada kirinya kubaca. Badan agak sedikit berisi. tetapi tingginya kelihatan kurang sedikit dariku.
"Kuala Penyu," Balasku pendek. sepatah ditanya sepatahku jawab. aku kurang pandai berkomunikasi dengan orang lain lebih2 lagi mereka yang baru aku jumpa hari ni,"
"Ouh.. Kuala Penyu. di seberang sahaja. tidak berapa jauh," Syukri cuba bawa aku untuk berbual. aku hanya senyum meleret.
Sambil tangan ligat membuat kerja, sambil itu juga dia membawa aku berbual. aku hanya membalas pendek sahaja. bukan sombing, tetapi aku inginkan privasi jika berbicara latar belakang hidupku. sepertinya Syukri ingin berbual panjang lagi denganku mujur saja manager yang betugas datang ke tempat kami.
"Cook department, masak ayam 1 port spicy dan half original," Syafiq memberi arahan kepada pihak cook department iaitu bahagian masakan ayam. walaupun aku hanya berjumpa dengannya pada hari pertama aku bekerja, namun cara percakapannya masih jelasku ingat. Suara garau tetapi lembut dalam berbicara membuatkan aku terkesima.
argh sudah. apa yang kufikirkan ni. tujuan ku datang kemari untuk cari pengalaman dan wang saku. bukan pergi bercinta! aku mengingatkan diriku semula.
"Ok juga kerja?," Tanyanya lantas mematikan lamunanku.
"OK," jawabku pendek. mahu gugur jantungku dia datang menghampiriku. Produk Whip yang kusediakan diperhati satu persatu agar penyediaan produk makanan yang akan dijual kepada pelanggan berkualiti dan bebaloi dengan harga yang ditetapkan.
aku meneruskan tugasanku. walaupun pada masa yang sama hatiku berdegup kencang. Aku berharap agar dia cepat2 pergi dari sini. Nafasku tidak teratur. Aku takut gerak geriku diluar kawalanku.
"Sulsham, nanti lepas kamu siap racking, kamu datang jumpa saya di ofis," arahnya lalu pergi dari tempatku. pandanganku kualihkan kepada Sulsham. Tertanya2 kenapa Sulsham tiba2 dipanggil di ofis. pada pandanganku, sepanjang aku bekerja satu syif dengannya, dia membuat kerja dengan telus. Argh. biarkan mereka. Aku tidak perlu menjaga tepi kain orang lain. Bisikku dalam hati.
Produk whip yang kusediakan tadi aku bawa kedepan untuk disimpan di peti panas KFC. kelihatan Syafiq berdiri di tepi peti tersebut. Argh sudah. perlukah dia berdiri di tepi peti tersebut? tidak ada tempat lainkah dia perlu berdiri. Aku menahan debar di dada.
" Nanti kamu tulis holding time di tepi peti ni ya. Masa expirednya 2 jam. Sudah kamu kena ajarkan?,"
"Ya," Jawabku pendek. Pen marker ku keluarkan dari poket seluarku lalu menulis holding time seperti yang diarahkan oleh Syafiq. jantungku berdegup kencang. aku menahan tanganku daripada terketar-ketar menahan debaran didalam dada. cepat2 aku pergi dari situ. ARgh. ini semua kerja gila.
YOU ARE READING
Cerita Cinta Kita
Random"kita berada dalam dunia yg sama. hanya saja perjuangan cinta kita yg berbeza" "jarak bukan alasan untuk curang, tapi pilihan kita sendiri untuk mendua,"