" Hai, kau buat apa tu," untuk kesekian kalinya, Sulsham datang kepadaku. sengaja dia bertanya walaupun dia sudah nampak apa yang sedang aku lakukan.
"Bermain," balasku pendek. sengaja mengenakannya.
" Ouh, sedang bermain apa?," Sengaja dia menyakat aku semula.
"Bermain badminton," aku mengenakannya balik.
"Sulsham kamu tolong masak ayam spicy 2 port original 1 port, sekarang," Arsinah. setelah seminggu aku bekerja disini, baru hari ini aku melihat kewujudannya. Baju garis hitam kelabu yang dipakainya jelas membuktikan dia salah seorang Manager di sini.
Sulsham kembali ke bahagian dia bertugas. pandanganku kualihkan kepadanya. tangannya ligat menggaul ayam didalam tepung. dengan posisinya yang selesa, dia kelihatan memang sesuai dengan pekerjaan ini.
" Buat apa tu?," sengaja aku mengoloknya lagi. walaupun aku tahu dia sedang sibuk menggaul ayam didalam tepung.
"Bermain," balasnya pendek. aku ketawa kecil. Entah dari mana kekuatanku menyakat Sulsham.
" Bermain apa?," sengajaku menambah.
" Bermain bola sepak. ni sedang menyepak bola la ni," tangganya masih lagi menggaul ayam didalam tepung. Aku tersenyum. kulihat dia memandangku sambil tersenyum. menampakkan gigi taringnya di sebelah kiri. Manis senyumannya. Tetapi tidak membuat hatiku bergetar. Entah mungkin kerana aku tidak mempunyai perasaan terhadapnya.
* * * * * ** * * * * *
Hampir dua bulan di KFC, aku sudah mulai biasa dengan kawan2 sekerjaku. Walaupun mempunyai pelbagai peringkat umur, mereka ku anggap seperti keluargaku sendiri. Sulsham antara staff lelaki yang aku paling rapat. tidak seperti teman2ku yang lain, aku lebih biasa bergurau senda dengannya. mungkin sahaja kerana kami selalu satu syif.
" Esok saya balik kampung," Sulsham datang kearahku.
"Ouh. Untunglah bercuti," balasku pendek.
" Dimana kampung kau?" baru hari ini aku bertanya mengenai latar belakangnya walaupun aku seringkali bergurau senda dengannya.
"Ranau," Balasnya pendek.
"Waw! Seronoknya! Jauh pula kampung kau kan. Berapa lama ambil cuti?,"
" Seminggu mungkin," Mukanya kelihatan sedikit sedih. Mengapa perlu bersedih? Bukankah balik kampung itu begitu menyeronokkan. Entah malas aku bertanya aku kembali menyelesaikan tugasanku.
" Syazwa. nanti kamu training shift midnight ya. boleh kan?," Syafiq bertanya kepadaku.
Aku berfikir, baru dua bulan kerja, mampukah aku handle shift midnight? shift midnight tidak semudah shift pagi dan petang. shift midnight semua kena handle sendiri. dari backup operation sehingga backup supply. tapi apa salahnya jika aku mencuba. keluar dari zon selesa selama ini.
"Boleh," jawabku pendek.
"Esok kamu cuti, tapi kalau dapat kamu training sekejap sahaja dengan Affendi dari jam 2pagi sampai 4pagi. nanti dia akan tunjuk prosedur shift midnight macam mana. boleh kan?" Syafiq meminta kepastian. Matanya yg sepet aku tenung. Entah dari mana kekuatan ku melihat mukanya lama. Kacak. Segak. hatiku memuji penampilannya.
Aku hanya mengangguk perlahan. Aku kembali menyambung tugasanku yang tergendala seketika. mata ku alihkan kearah sulsham dibahagian tempat masak ayam. kulihat dia masih fokus menggaul ayam dalam tepung. Entah kenapa dia kurang bercakap sejak kebelakngan ini. mungkin sahaja dia mempunyai masalah peribadi yg masih belum diselesaikannya, entah kenapa. aku penasaran. mungkin sahaja dia sedih untu meninggalkan KFC untu seminggu. Apa yang menyedihkan meninggalkan KFC untuk satu minggu? bukan kah balik kampung itu satu hal yang menggembirakan lebih2 lagi jikalau kampung halaman jauh.
YOU ARE READING
Cerita Cinta Kita
Random"kita berada dalam dunia yg sama. hanya saja perjuangan cinta kita yg berbeza" "jarak bukan alasan untuk curang, tapi pilihan kita sendiri untuk mendua,"