Bab 10

53 1 1
                                    

Sudah berapa hari aku tidak mendengar perkhabarannya. Apa agaknya khabarnya di sana? Sihat kah dia? Dia tidak rindu sama aku kah seperti mana aku merindui gurau sendanya. ARgghhh sudah! apa yang aku merepek ni? suka2 hati hendak rindu orang. mana tau dia sudah berpunya? masakan muka manis sepertinya tidak berpunya. mustahil.

arghhh.. kenapa aku perlu peduli tentangnya? dia bukan siapa2 bagi aku. tapi salahkah aku ingin mengetahui perkhabarannya? Perlukah aku menghubunginya menggunakan wasap? arghh.. Apa yang aku merepek ni? tapi tidak salahkan mencuba? tanya khabar saja pun. tapi, aku tidak punya nombor telefonnya. arghhh banyak alasan! wasap group tempat kerja kan ada. boleh cari nombornya disana. argghhh gila! Syazirah kau memang gila bayang! 

~Sulsam

kelihatan namanya dihujung nombor wasap dalam grop. nama yang  dipaparkan bagi mereka yang tidak menyimpan nombor telefon sebagai kenalan.

"perlukah?" Aku meminta kepastian dengan diriku sendiri. Benarkah tindakanku ini? arghhh.. tanya khabar shaja pun. bukan apa2. tetapi kalau teman wanitanya yang membalas, naya aku. Aku memikirkan risiko yang bakal aku hadapi. tapi apa salahnya mencuba. kalau tidak mencuba selamanya tidak melepas lah rindu ni! arghhh sudahlah kau.

"Assalamualaikum Sulsam, Syazirah ni.. Kau apa khabar?," Butang hantar aku tekan. 1 tick kemudian 2 tick. kulihat terakhir dilihat wasapnya masih baru, jam 9.55 malam. Sekarang baru jam 10 malam.

Dia sudah tidurkah? Fikirku. kekesalan mula menyelubungi diriku. argh. kalau dia tidak balas macam mana? kalau dia baca sahaja tapi tidak balas? bukankah aku yang malu. 

Tidak. tidak. think postive. tunggu dulu dlam 5-10 minit. kalau dia tidak balas, aku padam! Aku membuat keputusan.

Badan ku guling2kan di atas tilam. balik2 ku pandang telefon menanti balasan darinya. Masih belum ada. 

"Ira, ira.."Emak memanggil aku diluar bilik. Aku keluar, meninggalkan telefon didalam bilik.

Emak meminta tolong kepadaku untuk mengurut belakangnya. aku membantu emak mengurut belakangnya sambil menonton televisyen. kira2 setengah jam selepas mengurut emak, aku kembali semula ke bilik. 

Badanku hempaskan diatas tilam. Selimutku leraikan dari lipatan menyelimuti tubuhku. bersedia untuk tidur. telefon kucapai untuk melihat menset jam untuk bangun subuh.

'3 messege from 2 chat'

'2 missed voice called'

Siapa pula yang menghubungiku tengah2 malam ni? aku kehairanan. kunci telefon ku buka.

1 mesej dari grop, manakala 2 mesej lagi dari nombor Sulsam yang masih belum aku simpan dalam senarai kenalan telefonku.

2 missed voice called? Siapa lagi kalau bukan Sulsam! arghhh sungguh aku rindu!

"Waalaikumsalam, Sihat sahja disni. kau pula?" balasan mesejnya kepadaku.

Fuhh.. kuat pula hati berdebar tengah malam. Senyumku sampai ketelinga. berbunga2 ku rasa hati ini. 

kulihat dia masih dalam talian. aku membalas mesejnya. 1 tick, kemudian bluetick. mesejku langsung dibacanya.

"kenapa wasap? rindu ka?" arghhh sudah! soalannya mematikan akal fikiranku seketika.

"Siapa cakap? Saja wasap. hendak tanya khabar," aku menafikan pernyataannya.

"Cakap ja kalau rindu," Sulsam mengenakan aku lagi.

mesejnya aku baca sahaja. kubiarkan untuk seketika. fikiranku kosong. Entah apa yg harus aku balas. Sejujurnya, memang aku rindu. tapi haruskah aku menyatakan dihadapannya?bukankah aku kelihatan seperti perigi cari timba? kalau aku mengaku pun, lepas tu dia cakap dia gurau sahaja? bukankah aku yang malu. lebih2 lagi kalau dia sudah berpunya. bersalah aku mengganggu hubungan orang lain.

arghhh.. biarkan sahaja mesejnya. lebih baik aku tidur. melepas juga rindu walau sedikit. Telefonku tutup. Aku menyesuaikan kedudukantidurku. Hatiku berbunga2 tetapi aku tidak mahu menaruh harapan terhadapnya. kami memang rapat, tetapi aku tidak pernah bertanyakan mengenai suri hati yg bertakhta dihatinya.

"Saya pun rindu kau juga.." Mesej terpapar di notifikasi.

Arghhh sudah! kau buat aku tak keruan!






random notes: punya panjang intro sampai bab 10 baru dapat kasi cerita main highlight watak utama. HAHAHAHAHA. maaf lah reader, bab 10 bru dpat smpaikan cerita watak utama. panjang betul intro smpai susah mau masuk main bab cintan cintun ni.. huhaiii. apa2 pun, penggunaan ayat dan perkataan masih lagi dilevel yg bwah. tidak setanding dengan penulis yang hebat diluar sna. tulis cerita pun sekadar untuk suka2.. harap2 kamu enjoy dengan penulisan saya.. jangan lupa, like, follow dan komen ya.. saya baca komen kamu..hahahah.. stay tuned gais..

Cerita Cinta KitaWhere stories live. Discover now