Bab 8

55 0 0
                                    

" Sudah ada jadual esok?," Aku bertanya kepada Nurul perlahan.

"kurang pasti," Nurul membalas. Jadual harian berubah-ubah tiap hari. kami cuti bergilir-gilir tetapi tidak mempunyai ketetapan hari.

Tanganku cuci mengikut prosedur sebelum menjalankan tugasan ku seperti biasa. Aku mengambil masa 5 minit untuk memeriksa stok bun, coleslow dan sayuran sebelum menyediakan pesanan pelanggan.

Bukan seperti biasa, kali ini rakan sekerja ku untuk shift pagi di bahagian masakan ayam  adalah Noel. terasa janggal sedikit. Noel tidak sama seperti Sulsam. Dia lebih banyak mendiamkan diri dan tidak bercakap dengan orang yang tiada kepentingan baginya. Mungkin sahaja dia sedang menjaga hati kekasihnya. maklumlah kekasih hati bekerja ditempat yang sama cuma sahaja berlainan department.

Sudah dua hari Sulsam balik ke kampung. kemarin tidak terasa ketiadaannya, maklumlah cuti mingguan sehari. kali ini dapur terasa sunyi. tiada senda gurau, nyanyian lagu2 jiwang 90an yang biasa dilagukan oleh sulsam. haih rindu! apa? Rindu? Mustahil.

*********************************************

Jam sudah menunjukkan jam 12 tengah hari. Restoran sudah mulai sibuk. Maklumlah waktu makan tenga hari. juga waktu rehat bagi pekerja bahagian pejabat. seperti biasa, aku bertugas dibahagian backup Supply, manakala Nurul dan Syukri bertugas dibahagian backup operation. Memandangkan hari ni hari jumaat, pekerja swasta mahupun kerajaan mempunyai rehat yang panjang. memberi ruang kepada kaum muslimin untuk menunaikan solat jumaat.

" Nasi last di island," Nurul memberitahu kepadaku.

"Ok," Balasku pendek. aku memang masak nasi sedia 2 periuk. 1 sudah aku pack didalam prepack nasi. tinggal 1 periuk lagi belum di pack. cepat2 ku siapkan kerjaku menyediakan potato whip sebelum beralih tugasan kepada mempack nasi.

kaki ku atur laju ke peti panas tempat penyimpanan potato whip. Sengaja ku tahan pintu peti panas menggunakan kaki ku dibahagian bawah peti panas supaya mudah bagiku untuk menyimpan produkku didalamnya.

"Syazirah!," terdengar suara Syafiq sedikit keras. Bahu ku terhenjut. terkejut.

"Ya?," hatiku berdegup kencang. tiba2 sahaja dia memanggilku dengan nada yang sedikit tinggidan keras. 

"Next time, jangan guna kaki mahu buka pintu FC ni. Keluarkan satu tray ni, tapi jangan bagi keluar semua. fungsinya sebagai penahan supaya pintu FC ni tidak tertutup kalau kamu mahu simpan produk didalamnya," Syafiq menjelaskan.

"Baiklah. Maaf," ucapku perlahan. kakiku atur semula ke backup supply. Nurul dan Syukri hanya melihatku berlalu tanpa berkata apa2. tambahan pula, mereka sibuk menyediakan pesanan yang telah diambil oleh cashier.

Sedikit malu dan terkilan. aku hanya diam menyambung tugasanku.  mungkin memang salahku, menggunakan kaki untuk menahan pintu FC, tapi aku rasa tidak sepatutnya dia menegurku dengan suaranya yang agak tinggi. bercampur baur perasaanku. sedih. kesal.  tapi apa yang aku boleh buat. memang kesalahanku. arghh.. aku benci syafiq. harap shaja muka handsome, segak, tetapi caranya menegur tidak sama seperti penampilannya. arghhhhhh.. Aku benci Syafiq!

Sabarlah wahai hati. ini memang dugaan bekerja.

Cerita Cinta KitaWhere stories live. Discover now