Bab 4

88 1 0
                                    

"Jumaisah, tolong handle staff  baru ni,"  Arah Miss Narkesh Banu ataupun lebih mesra dipanggil Miss Banu.

" Hai. Sebelum mula, boleh perkenalkan diri kamu dua?. Awak siapa nama,umur berapa, asal mana," ibu jarinya menunjuk ke arahku.

" Nama saya Norsyazirah. Umur 20 tahun, Asal Kuala Penyu," aku memperkenalkan diri.

"Nama saya Nurul Fatihah, umur 19 tahun, asal Kuala Penyu juga," Senyumannya meleret.

"ouh kamu bersaudara atau kawan semasa sekolah?," tanya nya lagi.

"kami hanya kawan sekampung," balasku pendek.

" Baiklah, giliran saya memperkenalkan diri. Nama saya Jumaisah binti muhammad Ali, saya bukan supervisor manager disini. Saya hanyalah All star. Hari ini, saya akan memperkenalkan kepada kamu tatatertib sebelum semasa dan selepas bekerja. Dari awal kamu masuk bekerja sehinggalah sebelum habis waktu kerja kamu tamat, kalau boleh sediakan pen dan kertas la, untuk buat sedikit catatan,"

Dari awal hingga akhir, kami dijelaskan tatacara kerja. Aku mendengar dengan penuh teliti. Maklumlah baru pertama kali bekerja . Perlu sedikit sebanyak asas sebelum belajar dengan lebih mendalam.

" Ka Jumaisah. Nanti kalau sudah siap training dorang, ka jumaisah cari saya ya. Ada hal sikit mahu bincang tentang event yg kena booked semalam,"

Syafiq. Tag nama Berwarna kuning keemasan yg terpampang di atas dada kirinya kubaca. Segak. Sesiapa sahaja yg melihat wajahnya pasti akan tertarik dengan rupa parasnya yang menawan. Matanya sepet. Kulitnya sawo matang. Raut wajahnya agak tampan.   Penampilannya Sesuai dengan baju kemeja bergaris hitam kelabu. Mungkin dia mempunyai jawatan yg tinggi di sini. Tekaan ku.

" Ada apa² yg kamu nak tanya lagi?," tanya Jumaisah.

"tiada," Balas Nurul pendek,

mata ku liar memandang  ruang pekerjaan baharuku. Suasana serta aroma Ayam kentucky yang mempunyai sebelas rempah yang berlainan bercampur baur dengan  fikiranku. Disinilah bermulanya alam pekerjaanku. Disinilah bermula segala-galanya selepas alam persekolahanku tamat. aku berharap agar aku dapat bertahan disini selagi aku belum dipanggil kerja kerajaan. 

"Dinas, Nanti tolong training mereka ya," arah Jumaisah,

"Dua-dua training mereka di backup supply?," Dinas meminta kepastian.

"Training seorang backup supply,seorang lagi backup operation, " arah Jumaisah lagi sebelum berlalu pergi.

"Relax. Chillax. Ambil nafas dulu sebelum training. Jangan Kelam kabut."  Tanda Nama di dada kirinya bertulis Rozina. tetapi, Jumaisah memanggil namanya tadi lain dengan nama yang terukir ditanda namanya.

"Baiklah. Sebelum kita mula, saya mahu memperkenalkan diri terdahulu. nama saya Rozina Bt Abu Bakar. tetapi mereka menggelar nama saya sebagai Kak Dinas sebab dulu ada staff yang sama nama dengan saya, Rozina juga. tapi dia sudah resign la.," ucapnya pendek.

"Kamu, siapa nama?" Ibu jarinya ditunjuk ke arahku. Aku memperkenalkan diriku seperti sebelumnya. begitu juga dengan Nurul. 

"Baiklah. Oleh kerana kamu dua orang, satu orang saya akan training di bahagian backup supply, seorang lagi akan ditraining oleh backup operation di bahagian hadapan," Jelas Rozina.

Aku dan Nurul hanya mengangguk perlahan. 

"Affandi, sini sekejap." Rozina memanggil staff dibahagian backup hadapan. Affandi datang menuju kearah Rozina.

"Nanti kamu training seorang di bahagian backup operation, ajar prosedur ya, bukan shortcut!," Rozina memberi arahan sambil mengolok Affandi. Affandi hanya mengangguk perlahan.

Aku dilatih di bahagian Backup supply. Manakala Nurul diajar di bahagian Backup operation. Aku memerhati persekitaran aku kerja semula. Bahagian memasak ayam bersebelahan dengan bahgian backup supply. tanpa penghadang. cuma ruang berjalan sahaja yang memisahkan.

Bermula dengan prosedur mencuci tangan, sehinggalah tatakerja sebelum tamat masa kerja, Aku dan Nurul diajar dengan dengan penuh teliti.

Cerita Cinta KitaWhere stories live. Discover now