Bab 5

95 0 0
                                    


"Sulsham!," Miss Banu menyeru nama staffnya yang baharuku jumpa hari ini dengan penuh keriangan.

"Apa khabar kau gia? Lama sudah saya tidak nampak kamu," Senyuman Miss Banu tidak lekang dari bibirnya.

Lelaki yang dipanggil oleh Miss Banu hanya senyum menampakkan gigi. Tegap. Putih. Manis. tidak berapa tinggi, tidak berapa rendah. lebih kurang tinggiku. mungkin. aku hanya memerhati dari jauh. Miss Banu memberi arahan kepada mereka yang bertugas bahagian ayam untuk  mempastikan supaya keadaan sekeliling tempat kerja sentiasa dalam keadaan bersih dan selamat.

Aku masih lagi di ajar oleh Rozina untuk penyediaan makanan. Begitu juga dengan Nurul.

" Nanti dalam jam 2 petang, salah seorang dari kamu akan rehat selama 30 minit. macam kelmarin. cuma kali ini kamu tidak rehat bersama," Jumaisah memaklumkan kepada aku dan Nurul. Aku memberi peluang kepada Nurul untuk rehat terlebih dahulu. 

*****

" macam mana? ok juga ka kerja bahagian backup operation?," aku bertanya kepada Nurul. Punggung kulabuhkan diatas tilam.

"Ok juga. cuma banyak yang mahu diingat di bahagian depan," Nurul mengurut kakinya yang lenguh.

"Sama la juga di bahgian backup supply. di sana tidak banyak yang mahu diingat cuma tangan perlu laju. Nasi, Whip, Coleslow dan Jalapeno. itu sahaja yang perlu dijaga dibahagian supply," aku berkongsi maklumat.  buat masa sekarang, kami dibahagian yang berlainan, tetapi kalau sudah dapat menguasai bahagian yang kami sedang pelajari sekarang, kami akan ditukar pula tempat belajar.

"kau mahu tahu tadi aku rehat sama siapa?,"

"Siapa,?" tanyaku. tiba2 sahaja Nurul mengajukan soalan sedemikian ke arahku.

" Sulsham. yang kerja bahagian masak ayam tu. macam gila-gila tu lelaki. dia cakap pula saya malu makan depan lelaki. memanglah saya malu, pertama kali saya makan sama dorang ramai2. lagipun, kita kan masih baru disini, masakan dia mahu sya terlampau banyak cakp. nanti pelik pula dorang tu," Nurul meluah.

Aku ketawa kecil. teringat pula masa di tempat kerja tadi. Miss Banu selalu menyakat Sulsham sambil mengarahnya untuk membuat kerja. Hanya senyum sahaja tindak balas Sulsham kulihat. Tidak pula ku sangka dia jenis yang gila-gila.

Aku baring ditilam ku bersebelahan dengan Nurul. kami tinggal di hostel yang disediakan oleh pihak KFC. walaupun ruangan agak sempit, dengan jumlah kakitangan yang tinggal di hostel agak ramai, aku masih bersyukur kerana tidak perlu menghabiskan duit untuk membayar sewa bilik bulanan kerana pihak KFC menyediakan tempat tinggal kakitangan pekerja dengan percuma.

Syafiq, tiba2 namanya bermain diruang legar fikiranku. terakhir aku berjumpa dengannya dua hari lepas, pada hari pertama aku memulakan alam pekerjaanku di KFC. Agak tampan. walaupun mukanya berwajah gelap sedikit. mungkin gemar dengan aktiviti luar. tebakku. 

"arghh. aku tidak seharusnya memikirkan tentangnya. mustahil muka yang tampan itu tidak mempunyai teman wanita.  arghh. apa yang ku fikirkan ni? ini bukan aku, yang memikirkan hal percintaan. cuma suka2 sahaja." Bentak Hatiku. 

Pakkk!  Bunyi pintu bilik terhempas kuat. Aku dan Nurul yang hanya ada didalam bilik tersebut terkejut. 

Dalam keadaan samar, sekejur tubuh jatuh dihadapan pintu. Nasib sahaja kepalanya jatuh betul2 diatas tilam milik Jumaisah. hanya badannya sahaja terhempas dilantai simen. Aku dan Nurul bergegas bangun menuju kearah pintu. Nurul menghidupkan lampu.

"Hasmah?," Nurul duduk berhampiran dengan tubuh tersebut. Nurul menggerak- 

 Aku masih berdiri kaku disebelah pintu.

" Hei! Hei!" seorang lagi wanita yang kelihatan mabuk menuju kearah kami.

Aku dan Nurul lantas menjauhkan diri dari Hasmah. 

"Mabuk rupanya," Bisik hati kecilku. 

"Kamu, jauh! jauh! HAHAHAHAH," wanita tersebut ketwa kemudian menghempaskan tubuhnya bersebelahan dengan Hasmah.

Aku dan Nurul kembali ketempat tidurku. Lampuku matikan. Kubiarkan pintu terbuka. aku masih hendak mengalihkan mereka dari pintu. Biar sahaja mereka yang balik dari bekerja syif malam menguruskan mereka. Bukan aku hendak menyusahkan mereka, tetapi mereka lebih tahu menguruskan mereka.

Cerita Cinta KitaWhere stories live. Discover now