Bab 2

120 1 0
                                    

Kepalaku menoleh dari Kiri ke  kanan kemudian ke kiri semula sebelum melintasi jalan raya. Laju sahaja kakiku melangkah berjalan untuk melewati ke seberang jalan. Langkahku teruskan. Mataku melilau mencari tempat yg sesuai utk aku berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi sebenar.

"patutlah panas semacam. Matahari sedang tegak diatas kepala." aku bermonolog sendiri.

Telefon kucapai didalam beg tangan sandang milikku. Waktu menunjukkan jam 12.45 tengah hari, 20 minit selepas waktu zohor bagi kawasan kota kinabalu dan kawasan yang sewaktu dengannya.

Wilayah Perseketuan Labuan. Disinilah tanah tumpahnya darahku. Disinilah aku dilahirkan. Aku datang kembali setelah 12 tahun aku dibesarkan di kampung halaman, Sabah. Kedatanganku tidak bersendirian, ditemani dengan kawan sekampungku, Nurul, juga ingin mencari rezeki di kepulauan bebas cukai ini. Kami berharap agar misi kami untuk mencari kerja berjaya. Walaupun hanya sebagai pekerja sambilan sahaja.

" Jadi, apa rancangan kau seterusnya. Makan dulu, solat dulu atau langsung saja ke tempat kerja kosong itu,?"
Punggung dilabuhkan dikerusi awam yang sengaja diletakkan dibawah pokok rimbun sesuai untuk orang awam duduk berehat seketika.

"kita zohor dulu, kemudian kita makan. Dalam jam 2, kita pergi ke kedai yang ada kerja kosong itu. Lagipun, tuan kedai tersebut suruh kita datang dalam jam 2," balasku.

Nurul hanya menganggukan kepalanya. Bersetuju dengan rancanganku. Aplikasi 'google maps' ku buka di telefon pintarku. Mencari lokasi masjid terdekat bagi menunaikan waktu solat fardhu zohor.

Cerita Cinta KitaWhere stories live. Discover now