Tragedy

48 2 0
                                    

Aku selalu berfikir bahawa, aku sudah tidak diperlukan lagi, aku selalu merasa ingin menamatkan kisah ku sehingga disini sahaja namun semua berubah bila aku mengenalinya.

Dia merubah hidup ku lebih berwarna dari yang terdahulu. Dia seorang lelaki yang menurutku telah merubah hidup aku dengan kelakuannya. Membuat aku memilih untuk membuka buku baru bersamanya namun siapa sangka itu hanya sebentar bila aku mengetahui dia telah menduakan aku.

Itu sakit rasanya namun kini aku hanya ingin menjadi seorang yang tidak pernah orang akan fikir atau bakal terkejut dengan perubahan aku.

Aku berterima kasih padanya kerana telah hadir di dunia aku sebelumnya dan membawakan warna kehidupan pada aku. See Hayra akan menjadi seorang yang kuat dan takkan menjadi seorang yang lemah lagi. . . .

"Hayra, kau dah tengok berita?"

"Kenapa?"

"Aku tengok pagi tadi, ada kejadian kebakaran di syarikat encik Jangjun dan katanya tiada siapa yang terselamatkan,"

"Jangjun? Syarikatnya terbakar? Tiada siapa yang selamat? Begitu terukkah kebakarannya?."

Itulah yang bermain di mindaku  mendengar berita itu dan berharap bahawa korbannya tiada yang bernama Jangjun namun ternyata benar sahaja mimpi burukku menjadi kenyataan apabila syarikat tempat ku bekerja riuh dengan berita bahawa salah satu korbannya ialah Jangjun dan isterinya.

Itu merupakan tamparan terhebat buatku, seorang yang telah membawaku keluar dari dunia kegelapan akhirnya meninggali ku pergi bersama dengan wanita tercintanya.

Setelah habis waktu kerja aku terus menuju ke rumah dukanya keluarga Lee yang tidak jauh daripada tempat ku bekerja.

Sesampai ku disana aku dapat melihat puan Lee yang sudah nangis terduduk melihat wajah anak dan menantunya di pajangkan agar wajah mereka akan terus dikenali ramai dan itu membuat memoriku bersama Jangjun terputar dan aku menangis tanpa suara kerana betapa besarnya peranan Jangjun dihidupku pada saat itu.

Aku memutarkan tubuhku bila mendengar nama ku dipanggil dan itu ialah sahabat aku yang merupakan saksi cinta kami bermula dan berakhir.

"Sungyoon,"

"Aku tak sangka yang kau akan datang ke sini",

"Walauapapun dia tetap sahabat aku yang sudah banyak menolongku, menolongku keluar dari dunia gelap itu,"

"Yeah, aku juga merasai kehilangannya,"

Aku memukul perlahan bahu sungyoon dan aku terkejut bila mendengar jeritan dari dalam rumah, aku dan sungyoon pun berlari dan melihat ternyata puan Lee sedang menjerit-jerit tidak tentu arah memarahi seorang budak kecil lelaki , terus menerus menyalahinya kerana dia menyebabkan anaknya pergi, dia pembawa sial keluarga nya. kata-kata itu terus dilontarkan membuat aku sakit dan marah tanpa aku sedari aku melangkah masuk dan menarik anak lelaki itu ke pelukanku, lalu aku menatap tajam puan Lee yang hampir menjadi mertuaku

"Maafkan ketidaksopanan aku, bukankah ini sudah keterlaluan? , bukankah dia anak kepada mendiang Jangjun dan Sujeong? kenapa anda memarahinya?"

"Dia bukan cucuku, dia bukan darah daging Jangjun, dia hanya pembawa sial di keluargaku, dia anak haram yang Jangjun jaga kerana kasian terhadap wanita sial yang di tinggal oleh kekasihnya bila mengetahui dia hamil. Kamu tidak tahukah kenapa Jangjun meninggali kamu bila hari pernikahan kalian sudah dekat? Dia membatalkannya untuk perempuan itu dan mengahwininya di hari pernikahan mu dengannya, dia merasa tanggungjawab dan tidak ingin anak itu tidak merasai kasih sayang seorang ayah tapi sekarang ibunya malah membawa anak aku pergi! Dasar anak pembawa sial!" lalu cuba memukuli anak itu namun aku melindunginya.

Sakit? semestinya kerana selama ini aku berfikir kerana dia mencurangiku namun ternyata aku sudah salah kerana kenyataannya dia hanya ingin melindungi anak ini dengan memberi rasa kasih sayang seorang ayah namun sekarang yang terjadi malah dia kehilangan kedua-duannya sekarang.

Marah? tidak aku tidak merasakannya yang ada hanya rasa simpati dan rasa bertanggungjawab terhadapnya. Aku pun menatap wajah puan Lee lalu berkata "Saya akan menjaganya jadi aturkanlah dia berada di bawah hak penjagaan saya,"

"Ohh tidak sayang, eomma tidak membenarkannya, dia hanya akan membawa sial ke dalam hidup mu,"

"Maka dengan itu saya akan merubah takdirnya, saya mohon kerana saya merasa ini sebuah amanah dan amanat yang mungkin akan diberikan oleh Jangjun padaku."

"Benar apa yang dikatakan oleh cik See. sebenarnya Tuan Jangjun sudah pun menulis wasiatnya dan benarlah, hak penjagaan anak lelakinya iaitu Lee Jeahyun diberikan kepada cik See jadi serta merta marga nya juga bertukar kepada See." terang peguam itu mebuat ku melihat dalam ke gambar Jangjun dan Sujeong silih berganti.

"Ternyata kau sudah menekanya dan kau mempercayainya padaku, jadi mulai sekarang aku akan menjaganya seperti nyawaku sendiri. terima kasih kerana mempercayaiku." Kataku lalu tunduk hormat kearah mereka untuk terakhirnya

Aku menatap wajah cilik itu yang kuat menahan tangisnya walaupun dia tahu bahawa dia sudah kehilangan mereka dan dicaci maki oleh seseorang yang di panggil nenek selama ini olehnya.

Aku pun mendukungnya dan membawanya keluar dari rumah duka itu, diikuti oleh sungyoon

"Kau betul ke nak jaga dia?" tanya Sungyoon

"Semestinya kerana dia amanah Jangjun untuk aku, aku akan jaga dia seperti anak aku sendiri sambil menatap wajahnya aku berkata "Mulai sekarang Jeahyun tinggal dengan mama ya, mulai sekarang mama yang akan jaga Jeahyun. faham?" anak itu hanya menangguk faham dan memelukku, "dia menangis?" Ya dia menangis dipelukkan aku membuat aku merasa lega dan sakit kerana dia telah mengeluarkan kesemuannya di hadapan ku.

Disini bermulalah cerita hidupku bersama si cilik yang membawa lagi warna warni dalam hidup ku lagi. tunggukanlah kisah selanjutnya.

My LifeWhere stories live. Discover now